.

.

Selasa, 8 Oktober 2013

Buah Amal Hasil Amalan Yang Istiqamah

Bertemulah kita dengan apakah yang dimaksudkan dengan buah amal itu.  Maka buah amal itu ialah sesuatu yang memberikan kita rasa manis dalam melakukan amal ibadat rutin kita.  Rasa berselera dan rajin beribadat sehingga diri asyik menghabiskan waktu dengan mengekali dan menambah amal-ibadatnya.  Dengan demikian adalah didapati rasa yang sedemikian manis itu,  pada seorang yang sentiasa membanyakkan dan menyempurnakan pelbagai amalan dengan tetap Istiqamah.

Hanya orang yang berlazat dan merasai manis sahaja yang akan membanyakkan amalan mereka sama ada secara zhohirnya atau pun pada amalan batinnya.  Semakin ditambah semakin bertambah manis.  Semakin dijangkau semakin lazat.  Dengan itu mana mungkin hamba yang begini tidak akan berhenti daripada melakukannya,  malah dirinya sentiasa tidak puas dan tidak jemu-jemu mengulangi dan melebarkan jangkaunnya.
Dengan ini,  rasa manis dan lazat itu hanya akan ada pada mereka yang sentiasa membanyakkan dan mengistiqamahkan amalan/wirid-wiridnya.

Sekiranya buah amal ini (rasa kelazatan tiba-tiba hilang) amalan yang iklas perlu diteruskan kerana pada Allah jua yang dimaksudkan dan hanya  keredaannya yang dituntut.bukan rasa kelazatan itu yang dicari yang hanya akan menjadikan hijab kepada salik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan