.

.

Isnin, 14 Oktober 2013

Adab-adab Menziarahi Kubur

Aishah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seseorang hamba yang menziarahi kubur saudaranya dan duduk di sisinya kecuali (mayat itu) berjinak-jinak dengannya dan menjawab salam terhadapnya hinggalah orang itu bangun (meninggalkan kubur itu).”
(HR al-Khatib dan Ibn ‘Asakir)


Nabi SAW bersabda: ” Apabila seseorang itu lalu di sebuah kubur orang yang kenalnya, lalu ia memberi salam maka mayat di dalam kubur itu menjawab salamnya dan kenal dengannya. Jika ia lalu di kubur orang yang tidak kenalnya, lalu ia memberi salam ke atasnya, mayat itu menjawab salam tersebut.” (HR al-Baihaqi dan Ibn Abi al-Dunya)
gambar hiasan  Pada Hari Hol Habib Ali Arifbillah Batu Pahat Th 2013




(1) Perkara utama yang tidak harus dilupakan apabila kita melawati tanaah perkuburan atau meziarahi kubur oarng-orang alim, disunatkan kita memberi salam (1) samada dalam keadaan berdiri atau duduk dalam menghadap muka si mati.

Sabda Rasulullah S.A.W.. : "Berkata orang yang hendak memberi salam kepada simati hendaklah berada dekaat dengan kuburnya. Menurut adab kebiasaannya dengan erti kata yang lain, sekiranya orang yang meninggal itu masih hidup tentu mereka dapat mendengar ucapan salam tersebut. Disunaat juga membaca Al-Quran
(2) dan seboleh-bolehnya dalam keadaan duduk dan menghadap kearah muka simati. Di dalam kitab( ) menyebut di antara amalan yang afdhalnya ialah membaca lima ayat dari awal surah al-Baqoroh tiga ayat akhir surah Al-Baqarah dan suraah yaasin. Kemudian terus berdoa kepada simati sekalipun tidak mnengangkat tangan. Keadaaan kita berdoa afdhalnya selepas membaca Al-Quran
(3) dan hendaklah mengadap kiblat sebaagaimana yang dinukilkan daripada kitab kitab( ) dan ulama' Khurasaan juga berkata muka orang yang berdoa itu mengadap ke muka simati ketika berdoa. Ini kerana berdoa untuk simati selepas aahaja membaca Al-Quran adalah lebih diharapkan agar doa itu diperkenankan. Orang-orang yang mati juga diharapkan segala rahmat Allah melimpahinya. Segala pahala bacaan al-Quran dan doa akan sampai kepada simati walaupun bacaan itu dibaca jauh daripada tempat perkuburan dengan syarat oaring yang membaca itu tidak mendapat upah. Setengah ulama' menyatakan sekiranya pembaca mendapat upah maka pahalanya tidak sampai kepada simati(4) Ibnu Qosim menungkilkan kata-kata imam Ramli yang mengatakan walaupun si pembaca itu tidak mendapat pahala bacaannya kerana mendapat upah si mati tetapi akan mendapat pahala bacaan Al-Quran yang disedekahkan kepadanya.
Diriwayatkan oleh ulama' salaf bahwa barangsiapa membaca surah AlIkhlas 11 kali dan disedekahkan pahalanya kepada orang mati didalam satu perkuburan maka dosa-dosa si mati akan di ampunkan. Begitu juga dengan membaca tahlil kepada si mati dengan bacaan:
Imam berkata bahawa masalah ini mempunyai di sisi ulama' tetapi tidak seharusnya dilupakan. Imam Ahmad bin Hambal menceritakan , "Apabila kamu menziarahi kubur maka bacalah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al falaq dan An Nasr. Sedekahlah pahala itu kepada semua orang di perkuburan itu. Semua pahala itu akan sampai kepada si mati selepas membaca surah-surah dan di akhirnya bacalah:
Daripada Ibnu ‘Umar Ra, Rasulullah Saw bersabda: 
“Barangsiapa menziarahi kuburku, wajiblah baginya mendapat syafa‘atku.”
(Hadits riwayat ad-Daraquthni)

Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi, para ulama dan aulia. 

Wallahualam

Habib Syech - La ilaha Ilallah

Ahad, 13 Oktober 2013

Badiuzzaman Said Nursi

Badiuzzaman Said Nursi, seorang Mujaddid abad ke 20. Mujaddid maksudnya orang alim yang diutuskan Allah bagi menyelesaikan masalah pada zamannya. Dan dia kurniakan karamah atau maunah.
Setelah Nabi Muhamad wafat tidak ada lagi Nabi atau Rasul sesudahnya. Namun Allah itu Maha Bijaksana. Untuk menjaga umat ini dan agama Islam yang diredaiNya dari lenyap dari muka bumi ini, maka Allah mengutus Mujaddid bagi menguatkan agama.

Antara mereka yang dipercayai Mujaddid ialah Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Bukhari, Syeikh Abdul Kadir Jailani dan beberapa orang lagi.

Ramai yang percaya Badiuzzaman Said Nursi adalah Mujaddid abad ke 20 ini. Pada masa hidupnya beliau dapat mempertahankan umat Islam Turki dari fahaman sekular. Setelah meninggal dunia karyanya Risalah an Nur diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia kerana pemikirannya dapat membantu menyelesaikan masalah umat Islam pada zaman ini.

Selagi al Quran ini berada di tangan orang-orang Islam maka selagi itulah kita tidak dapat menguasai mereka. Kerana itu kita mesti jauhkan al Quran dari mereka atau berusaha membuat mereka tidak lagi mencintai al Quran.”
Demikian kata-kata Gladstone (1809-1898) semasa berucap dalam House of Common Britain. Kemudian dia menghempaskan al Quran itu ke lantai.
Apabila Tahir Basya Gabenor Van... membaca berita itu dalam surat khabar lalu memaklumkannya kepada Badiuzzaman Said Nursi. Dengan penuh semangat beliau pun berkata.

“Aku akan buktikan kepada dunia bahawa al Quran itu bagaikan matahari. Cahayanya tidak akan padam dan tidak siapa boleh memusnahkannya.”

Kemudian Badiuzzaman Said Nursi menubuhkan madrasah sendiri yang menitik beratkan pelajaran agama dan pelajaran moden kepada anak-anak muridnya.
Beliau juga berusaha mendirikan sebuah Universiti Islam di Anatolia Timur .
Untuk menjayakan rancangan itu Badiuzzaman Said Nursi pergi ke Istanbul mengadap Sultan Abdul Hamid 11. Namun permintaannya tidak diperkenankan. Malah beliau dituduh menghina sultan lalu dihadapkan ke mahkamah. Hakim memerintahkan beliau dihantar ke hospital gila.

Doktor yang memeriksanya berkata. “Jika orang seperti ini dikatakan gila maka tidak ada lagi orang yang waras di dunia ini.”
Badiuzzaman Said Nursi dibebaskan. Dia meneruskan perjuangnya mengajak umat Islam kembali kepada al Quran serta mencintainya…Akibatnya beliau dihadapkan ke mahkamah dengan hampir 2 ribu pertuduhan, dikurung dalam penjara selama berpuluh tahun, diberi racun sebanyak 19 kali dan dibuang ke tempat yang terpencil dengan tujuan supaya beliau menjadi gila atau mati sendirian.

Setelah berjuang selama berpuluh tahun akhirnya beliau meningal dunia pada tahun 1960 ketika berumur 83 tahun.

Seorang rakan karib Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bernama Fakirullah Molazade yang ketika itu sudah berusia 96 tahun.
Menurut Fakirullah Molazade pada suatu hari Badiuzzaman Said Nursi berkata, “Kamu akan hidup sampai usiamu 100 tahun. Dan aku meninggal dunia di Urfa. Kemudian orang akan menggali kuburku dan memindahkan ke suatu tempat rahsia…”

Benarlah seperti apa yang dikatakan Badiuzzaman Said Nursi, beliau meninggal dunia di Urfa pada 23 Mac 1960/ 25 Ramadan 1379). Tiga bulan selepas dikebumikan, kuburnya digali pihak tentera lalu dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui…
Mayatnya tidak reput seolah sedang tidur malah kain kafannya masih elok…”kata beliau dalam esakan tangisnya.

Beliau yang juga seorang Imam tidak dapat menahan perasaan sedih dan hiba apabila diminta menceritakan kisah pembongkaran kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi. Beliau adalah seorang anak murid Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang masih hidup sewaktu penulis temui di Sanliurfa…beliau sendiri menyaksikan pembongkaran kubur itu.

Alasan membongkar kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bagi mengelakkan kurafat apabila orang ramai berjunjung ke kuburnya tidak boleh diterima. Ini kerana kubur Sultan Salahuddin Al Ayubi, Abu Ayub Al Ansari dan kubur Nabi Yusak juga dikunjungi orang ramai.

Namun ada juga hikmah daripada peristiwa tersebut kerana Ustaz Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata beliau tidak mahu kuburnya di ketahui orang. Mayatnya tidak reput itu juga bukti bahawa beliau orang mukmin yang mulia di sisi Allah kerana Nabi Muhamad bersabda yang maksudnya sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput antaranya para Nabi dan Rasul, mereka yang syahid, alim ulama… 
Fakirullah Molazade pula meninggal dunia pada tahun 1973 ketika berumur 100 tahun.

Kifiyat tauhidul asma (Darun Nafis)


الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء

Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma� ertinya mengesakan allah ta�ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan (shahadan) bermula kifiyat mengesakan allah ta�ala pada segala asma�nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahawasanya segala asma� itu kembali kepada ia kepada esa allah ta�ala ya�ni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma� iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya allah ta�ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada allah ta�ala maka sebab itulah kembali segala asma� itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu wata�ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma� dan zhohir ia dengan dia itu satu jua ya�ni bahawasanya segala asyia� itu kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala asyia� itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul maha tinggi allah ta�ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua (ada pun) allah subhanahu wata�ala itu maha suci dan maha tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap2 sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta�ala akan dikau pada barangyang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barang  yang kami mithalkan akan dia itu.(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta�ala atasmu menselak2 daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri ahadiyah allah ta�ala

petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087