🕋 Keseimbangan Zahir dan Batin Dalam Tasawur Ahli Sunnah Wal Jamaah
✍️ Muqadimah:
Agama Islam dibina atas kesempurnaan yang menyatukan dua dimensi utama:
Zahir – syariat, hukum, disiplin ibadah.
Batin – tauhid, ikhlas, penyucian qalb.
Memisahkan salah satu daripadanya akan melahirkan ketidakseimbangan dalam tasawur agama. Manhaj Ahl Sunnah Wal Jamaah ialah manhaj pertengahan (wasatiyah) yang menghimpunkan kedua-duanya secara harmoni.
Keseimbangan ini menjadi asas tasawur Ahl Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, sebagaimana diwarisi daripada generasi salaf dan disusun secara ilmiah oleh para imam muktabar.
✍️ Pengenalan Erti Tasawur:
Secara bahasa, tasawur bererti:
“Terbentuknya gambaran sesuatu dalam akal atau hati.”
👉Tasawur ialah:
Gambaran menyeluruh yang terbentuk dalam akal dan hati seseorang tentang sesuatu perkara sehingga ia memahami hakikatnya secara jelas.
👉Ia bukan sekadar tahu, tetapi memahami dengan susunan yang teratur.
👉Secara Ringkasnya:
Tasawur agama ialah:
Cara seseorang melihat dan memahami agama secara keseluruhan — meliputi zahir dan batin, syariat dan hakikat, dunia dan akhirat.
Tasawur Islam yang sahih merangkumi:
▪️Tauhid tanpa tajsim dan tasybih.
▪️Syariat tanpa kekeringan rohani.
▪️Tasawuf tanpa keluar dari batas hukum.
▪️Sunnah zahir dan sunnah batin Rasulullah.
👉Agama bukan sekadar hukum fiqh, dan bukan juga sekadar pengalaman rohani — tetapi gabungan keduanya.
1️⃣ Hakikat Dua Sudut: Zahir dan Batin
Dalam memahami agama, insan tidak boleh lari daripada dua sudut utama:
✅ Sudut Zahir:
▪️Mentaati Allah melalui hukum syariat.
▪️Mengikuti sunnah Nabi secara amali.
▪️Berpegang kepada dalil al-Quran dan Sunnah.
▪️Memelihara disiplin fekah dan hukum.
✅ Sudut Batin:
▪️Ikhlas dalam ibadah.
▪️Mengenal Allah tanpa tajsim dan tasybih.
▪️Menjaga penyakit hati.
▪️Menghidupkan hati dengan musyahadah, muraqabah dan ihsan.
👉Agama menjadi sempurna apabila kedua-duanya dihimpunkan.
2⃣ Implikasi Penyimpangan Apabila Hanya Berpegang Kepada Zahir
✅ Dalam Mengenal Allah
Apabila akal digunakan tanpa disiplin tauhid:
▪️Berlaku tajsim (menjisimkan Allah).
▪️Berlaku tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk).
▪️Mentafsir sifat Allah secara literal zahir.
👉Akal zahiriah akan cuba membayangkan,meyerupakan atau mengambarkan sifat Allah seperti mahluk
👉Sedangkan prinsip tanzih menegaskan bahawa Allah tidak menyerupai sesuatu pun dan bersalahan diatas sekelian yang baharu.
✅Manhaj akidah Ahl Sunnah telah disusun secara sistematik oleh:
🔹Imam Abu Hasan al-Asy'ari
🔹Imam Abu Mansur al-Maturidi
👉Mereka menjaga umat daripada penyimpangan tersebut.
✅ Dalam Mentafsir Ayat Mutasyabihat
Pendekatan yang sahih:
▪️Tafwid (menyerahkan makna hakiki kepada Allah).
▪️Takwil yang muktabar menurut disiplin ulama.
👉Pendekatan literal zahir tanpa kaedah boleh membawa kekeliruan dan kesesatan akidah.
✅ Dalam Itiba' Rasulullahﷺ:
👉Mengikuti Rasul secara zahir tanpa menghidupkan batin:
▪️Sunnah menjadi bentuk tanpa ruh.
▪️Ibadah menjadi gerakan tanpa ihsan.
▪️Hilang dimensi musyahadah dan muraqabah.
👉Mengikuti Rasul secara zahir sahaja tanpa memahami maqam batin Baginda menyebabkan:
▪️Sunnah difahami secara kaku.
▪️Roh ihsan terpisah daripada syariat.
▪️Hilang dimensi tarbiah qalb.
👉Sedangkan Rasulullahﷺ: adalah contoh kesempurnaan zahir dan batin.
3⃣ Implikasi Terhadap Penyakit Batin
Apabila tasawuf diabaikan, muncul penyakit hati:
▪️ Ujub (bangga diri dengan ilmu dan amal)
▪️ Takabbur
▪️ Riya
▪️ Fanatik berada dikelompok yang batil
▪️ Mudah menyesatkan dan mengkafirkan orang lain
▪️Ilmu tanpa tazkiyah melahirkan kekerasan.
▪Zahir tanpa batin melahirkan kesombongan rohani.
4⃣ Manhaj Wasatiyah: Gabungan Zahir dan Batin
Golongan pertengahan (wasatiyah) mengambil keseluruhan tasawur agama:
▪️Syariat dan hakikat.
▪️Dunia dan akhirat.
▪️Dosa dan pahala.
▪️Ilmu, akhlak dan adab.
👉Inilah jalan Ahl Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
✅Struktur Ahl Sunnah Wal Jamaah mempunyai warisan keilmuan yang tersusun:
📚 Dalam Akidah
▪️Imam Abu Hasan al-Asy'ari
▪️Imam Abu Mansur al-Maturidi
👉Menjaga tauhid daripada tajsim dan tasybih.
📚 Dalam Fekah:
▪️Imam Abu Hanifah
▪️Imam Malik
▪️Imam al-Syafi'i
▪️Imam Ahmad ibn Hanbal
👉Menjaga disiplin hukum dan ibadah zahir.
📚 Dalam Tasawuf:
▪️Imam Junaid al-Baghdadi
▪️Imam al-Ghazali
▪️Abdul Qadir al-Jilani
👉Menjaga penyucian qalb dan perjalanan suluk.
5⃣Kepentingan Guru Mursyid
Dalam disiplin tasawuf:
▪️Ilmu zahir melalui sanad.
▪️Ilmu batin melalui tarbiah.
👉Guru mursyid membimbing agar tidak terpedaya dengan nafsu tersembunyi.
👉Tanpa murabbi:
▪️Mudah merasa diri benar.
▪️Sukar menerima nasihat.
👉Terperangkap dalam kelompok kefahaman sendiri.
6⃣ Kesimpulan Ilmiah:
Agama yang benar ialah agama yang:
✔ Menyatukan zahir dan batin
✔ Menghimpunkan syariat dan hakikat
✔ Memelihara ahklak dan adab
✔ Menjaga tauhid daripada tajsim dan tasybih
✔ Menjaga hati daripada riya dan takabbur
✔ Mengambil ilmu daripada sanad yang sahih
👉Golongan inilah yang mewarisi sunnah Rasul secara menyeluruh — bukan hanya pada bentuk amalan, tetapi pada nur dan akhlaknya.
✳️ Penutup Bicara:
▪️Agama yang sahih ialah agama yang:
Menghimpunkan syariat dan hakikat.
▪️Menghidupkan sunnah zahir dan sunnah batin.
▪️Menjaga tauhid dan menyucikan qalb.
👉Tasawur yang benar menentukan arah kehidupan seorang mukmin.
👉Apabila tasawur dibina atas wahyu, dipandu ulama yang bersanad, serta dihimpunkan antara zahir dan batin — maka lahirlah keseimbangan dalam beragama.
👉Tasawur yang sahih akan:
✔ Meluruskan akidah
✔ Menghidupkan syariat
✔ Menyucikan hati
✔ Membentuk akhlak
✔ Menenangkan jiwa
👉Sebaliknya, tasawur yang sempit atau terpisah antara zahir dan batin akan melahirkan kekerasan, fanatisme, dan kekeliruan dalam memahami agama.
👉Maka membetulkan tasawur adalah asas sebelum membetulkan amal.
👉Kerana amal yang benar lahir daripada kefahaman yang benar.
🌷Semoga Allah membimbing kita kepada tasawur yang lurus, seimbang, dan bersambung sanadnya kepada Rasulullah ﷺ — zahirnya mengikuti sunnah Baginda, batinnya dipenuhi nur tauhid dan ikhlas serta mencapai ikhsan.
Waullahu'allam
SalamPerkongsian.
#KalamSalikin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan