.

.

Sabtu, 21 Februari 2026

TARBIAH MUHASABAH SUFI: MENYEDARKAN HATI YANG LALAI DARIPADA TIPU DAYA DUNIA, NAFSU DAN MAKHLUK

 🕋 TARBIAH MUHASABAH SUFI:

MENYEDARKAN HATI YANG LALAI DARIPADA TIPU DAYA DUNIA, NAFSU DAN MAKHLUK


✍️ MUQADIMAH:

Dalam jalan tasauf, tarbiah muhasabah bukan sekadar menilai amal zahir, tetapi adalah kembalinya qalb kepada hadrat Allah dengan penuh sedar, takut dan harap. 


Para arif billah menyebut muhasabah sebagai cermin batin yang menyingkap penyakit tersembunyi di dalam jiwa seperti ujub, riak, ghurur, cinta dunia dan bergantung kepada makhluk.


🔹Ibn Ataillah al-Sakandari berkata dalam al-Hikam:

" لَمْ يُحَاسِبْ نَفْسَهُ حُجِبَ عَنِ الْمَعْرِفَةِ

Maknanya jelas:

siapa yang tidak bermuhasabah, maka hijab akan menutup hatinya daripada nur makrifat.


👉Ini kerana hati yang tidak dimuhasabah akan terus merasa dirinya benar, suci dan selamat — sedangkan di sisi Allah ia mungkin sedang karam dalam penipuan nafsu.

👉Kerana kelalaian tidak mengenal martabat — ia boleh menimpa orang kaya atau miskin, orang berilmu atau jahil, orang dihormati atau dilupakan.


✅ HAKIKAT TIPU DAYA YANG MELALAIKAN HATI:

👉Sesiapa yang:

▪️bergantung kepada harta,

▪️berbangga dengan pangkat,

▪️berasa tinggi kerana ilmu,

▪️atau merasa hina kerana tidak memilikinya

👉maka dia sedang berada di bawah pengaruh nafsu (نفس) yang menipu dengan rasa keakuan (انا).

👉Nafsu membuat manusia menyangka:

“Aku yang memiliki. Aku yang berjaya. Aku yang gagal.”

👉Sedangkan hakikatnya, Allah-lah yang mengatur segalanya.


📖 DALIL AL-QURAN

Allah berfirman:

وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ

“Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

(Surah Aal ‘Imran: 185)

👉Isyarinya:

Dalam pandangan ahli makrifat, “dunia” bukan semata-mata harta, jawatan atau makhluk —

👉tetapi segala sesuatu yang melalaikan hati daripada Allah.

👉Maka “مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ” (kesenangan yang memperdaya) ialah:

▪️rasa memiliki,

▪️rasa berkuasa,

▪️rasa aman selain Allah,

▪️rasa cukup tanpa Allah.

👉Ia kelihatan manis pada zahir,

👉tetapi hakikatnya ia sedang menutup mata qalb daripada hakikat Tauhid.


👉Kerana dunia pada zahir memberi:

▪️nikmat, kemudahan dan kejayaan

▪️tetapi pada batin ia menyuntik: rasa bergantung, rasa bangga dan rasa lupa kepada Allah.

👉Inilah al-ghurur —

▪️bukan dusta yang kasar,

▪️tetapi dusta yang halus, yang membuat engkau merasa:

“Aku selamat, aku kuat berpengaruh, aku lebih baik.”

👉 Isyarat Sufi

Seorang salik yang sudah terjaga akan membaca ayat ini seolah-olah Allah sedang berkata kepadanya:

👉“Wahai hamba-Ku, apa sahaja yang membuat engkau lupa kepada-Ku — walaupun ia kelihatan halal dan baik — itulah dunia yang memperdayakanmu.”

👉Maka dunia bukan ditinggalkan dengan tangan,

👉tetapi dikeluarkan dari hati.


🔹 Natijah Isyari:

▪️Semakin seseorang mengenal Allah,

▪️semakin ia melihat dunia sebagai:

bayang yang berlalu, bukan tempat bergantung.

▪️Dan ketika dunia jatuh dari hati,

👉di situlah qalb mula hidup dengan hakikat:

👉Allah sahaja yang benar, segala selain-Nya adalah fana'.


✅ QALAM ULAMAK SUFI

🔹Ibn Ata Allah al-Iskandari:

مَا نَفَعَ الْقَلْبَ شَيْءٌ مِثْلُ عُزْلَةٍ يَدْخُلُ بِهَا مَيْدَانَ فِكْرٍ

“Tiada sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada hati selain uzlah yang dengannya hati masuk ke medan fikir.”

👉Isyarinya:

▪️Uzlah → memutus hati dari dunia, bukan dari manusia.

▪️Medan fikir → ruang qalb melihat tanda Allah.

▪️Uzlah membuka pintu hati.

▪️Fikir menghidupkan nur makrifat.

👉Hasilnya → lahir rasa fakir & kehambaan.

👉Inilah jalan menuju ‘ubudiyyah yang hakiki.


🔹Syaikh Abdul Qadir al-Jailani:

لَا تَعْتَمِدْ عَلَى الْخَلْقِ، فَإِنَّهُمْ مُعْتَمِدُونَ عَلَى اللَّهِ

“Jangan engkau bergantung kepada makhluk, kerana mereka sendiri bergantung kepada Allah.”

👉Isyarinya:

▪️Jangan sandarkan hati kepada manusia.

▪️Semua makhluk itu fakir dan berhajat kepada Allah.

▪️Bersandar pada makhluk → melahirkan lemah dan kecewa.

▪️Bersandar pada Allah → melahirkan tenang dan yakin.

👉Ini tanda tauhid tawakkal telah hidup dalam qalb.


✅ INTIPATI TARBIYAH:


1️⃣ Dunia bukan untuk dimiliki hati, hanya 

untuk dilalui

2️⃣ Harta bukan kemuliaan, tetapi ujian

3️⃣ Pangkat bukan kehebatan, tetapi amanah

4️⃣ Makhluk bukan tempat bersandar, tetapi perantaraan

5️⃣ Allah sahaja tempat hati bergantung

👉Sesiapa yang tidak bersama ahlillah, mudah terjatuh ke dalam (غفله) — kelalaian yang membutakan hati daripada makrifat nurani.


✳️ KESIMPULAN:

▪️Bukan dunia yang menyesatkan

👉 tetapi hati yang terpaut kepadanya

▪️ Bukan harta yang membinasakan

👉 tetapi cinta kepadanya

▪️Bukan manusia yang menutup jalan

👉tetapi bergantung kepadanya


🌷 PENUTUP QALAM SUFI

Kata Ibn Ata Allah:

ارتحل من أوصافك إلى شهود مولاك

“Berpindahlah daripada memandang dirimu kepada menyaksikan Tuhanmu.”


👉Sesiapa yang memutuskan hati daripada dunia,

👉Allah akan menyambungnya dengan makrifat keoadaNya.


-------------------------------------

Waullahua'allam.

SalamPerkongaian.

#KalamSalikin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan