.

.

Isnin, 9 Februari 2015

Tasauf Dan Pengenalannya



{إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ …} (2) سورة الأنفال
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka…”(QS. Al-Anfal: 2).


 Memaparkan isi kandungan kitab Prinsip-Prinsip Tasawwuf Islam oleh Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani iaitu wakil Amanah Am Lajnah Tertinggi Dakwah Islamiah Universiti Al-Azhar ,Mesir oleh Al-Sheikh Al-Hafiz Abu Al-Fadl Al-Siddiq Al-Ghumari [Ulama Ahli Sunnah-ASHA`IRAH].Buku ini telah disemak oleh Dato` Mufti Sheikh Hj. Mohd. Murtadza Hj. Ahmad sendiri serta Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Hj. Md. Hashim Hj. Yahya dan YDP Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Haji Saleh Haji Ahmad.

1.al-Sya'rani mendefinasikan tasawwuf sebagai "ilmu yang terbit di dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama'-ulama' fiqh, setiap amalan yang dilakukandengan panduan kedua-duanya akan menerbitkan pelbagai ilmu, adab-adab, rahsia-rahsia, dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan, dengan syarat jika amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak-kehendak hawa nafsu." (al-Sya'rani, Tobaqat al Qubra, halaman 4).

2.Ma'ruf al-Karkhi mengatakan, "Tasawwuf ialah bergantung harap kepada Allah dan tidak kepada makhluk."

3.Menurut Abu Turab al-Nakhsyabi, "Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatu apapun malahan bersih daripada semua perkara."

4.Kata Sahl bin Abdullah al-Tustari, Sufi itu ialah seseorang yang bersih dari maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah tidak kepada manusia. Oleh yang demikian di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.

5.al-Jariri pula mengatakan, "Tasawwuf ialah berakhlak dengan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji."

6.al-Nuri berkata, "Tasawwuf itu bukan tulisan atau ilmu tetapi tasawwuf itu adalah akhlak, kerana jika tassawuf itu tulisan, ianya boleh diperolehi dengan latihan, dan jika ia adalah ilmu, ianya boleh diperolehi dengan belajar, tetapi sebenarnya tasawwuf itu ialah berakhlak dengan akhlak-akhlak rasul (akhlak terpuji). Seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak kurniaan Illahi hanya melalui ilmu dan tulisan."

8. Syeikh Muhyiddin Ibn 'arabi menerangkan di dalam kitabnya al-Futuhat, "Sesungguhnya jalan untuk sampai kepada ilmu ahli sufi ialah iman dan taqwa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan