.

.

Sabtu, 21 Disember 2013

Perkara Yang Menghalang Jalan Sampai Kepada Allah

Dan yang menegahkan sampai orang yang salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat. Dan setengah daripadanya *رياء* riya', ertinya memperlihatkan 'ibadatnya kepada orang yang lain atau menghendaki dengan 'ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala, jikalau syurga sekalipun. Dan setengah daripadanya *سمعة *sum'ah ertinya mengkhabar2kan 'ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang. Dan setengah daripadanya *عجب* 'ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan 'ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala. Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan 'ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Taala atasnya. Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding iaitu dinding 'ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap2 tiap2 satu amal 'ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akan perhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian itu. Syahadan, tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang petama ini. Insyaa Allah Taala.

petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087

Fasal 1A - Pada Menyatakan Tauhid Af'al,

* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
Bermula fasal pertama pada menyatakan tauhid Af'al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma'siat, kerana kafir dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara' datang ia mencela akan dia.





petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087

Fasal 1B - Bermulakifiat Memandang Segala Pebuatan Itu Daripada Allah Taala

Bermulakifiat memandang segala pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan dengan matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * . Dan ertinya perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyuruh. Dan ertinya perbuatan dengan tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.

Bermula dalil yang menunjukan bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allah taala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata syeikh Muhammad ibnu Aljazuli rahimallah dalam syarah 'Dalail AlKhairat' 'tiada terbit daripada sesaorang daripada segala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, 'intiha'.



petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087

Fasal 1C - Minta Berlindung Kepada Allah Taala Daripada Kejahatan

Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu. Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.

Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.

Syahadan, dibuat mithal olih setengah daripada arifin billah kerana menghampirkan faham jua, tiada pada haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan. Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya.

Kemudian apabila sampailah kita kepada musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita pada barangyang telah menamakan allah ta'ala akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barangyang telah menamakan allah ta'ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barang yang telah kita ketahui itu kerana mengamal akan firman allah ta'ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akan dikau daripada kebajikan itu maka ia itu daripada allah ta'ala dan barang yang mengenai akan dikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.Waullahu alam


petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087

Fasal 1D - Wajib Atas Mengikut Syariat Rasulullah Mengerjakan Atas Apa Yang Disuruh

Tetap, sesungguhpun seperti demikian itu, ya'ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua. Maka jangan engkau melampaui akan syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali2 'itiqadkan gugur taqlif syara'. Maka jikalau engkau 'itiqadkan gugur taqlif syara' nescaya jadilah engkau kafir zindiq 'nauzubillah min zalik'. Dan berpeganglah engkau pada syariat Muhammadiyah serta engkau 'itiqadkan dan engkau pandang dengan matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allah taala. Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu. Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli sekalipun. Dan erti syirik jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu kepadanya.


petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087

Fasal 1E - Melepaskan Diri Dari Daripada Syirik Khofy,

Dan tetapi, engkau dikatakan didalam kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu'min yang sebenarnya, sebab yang demikian itu. Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mu'min yang sebenar, melainkan bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua. Maka ketika itu baharu engkau dinamai mu'min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik. Dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli Tauhid yang sebenarnya, daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera didalam dunia ini. Maka lazimlah olihmu atasnya kerana bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau kepada yang lagi akan datang didalam akhirat. Maka engkau perolihi akan nikmat dua syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه جنّتان * ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan maqam TuhanNya. Syurga yang pertama itulah syurga ma'rifah akan Allah taala diadalam dunia ini. Dan syurga yang kedua itulah syurga yang maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang mulia, iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.

petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087

Selasa, 10 Disember 2013

Melafaskan Zikir Allah Didalam Hati Sebanyak-banyaknya

Seseorang melafaskan ismu zat Allah Allah sebanyak-banyaknya sebagaimana firman Allah dalam surat Hamim Sajadah ayat 30, Sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kita adalah Allah, kemudian mereka tekun maka turunlah malaikat pada mereka, dan malaikat itu memberi kabar : gembiralah kalian dengan apa yang telah dijanjikan pada kalian. Dan hadits Nabi diriwayatkan Thabrani dan Baihaqi. Rasulullah bersabda kepada sayyidina Ali : Ya Ali, pejamkan kedua matamu, lekatkan (rapatkan) kedua bibirmu, naikkan lidahmu dan berkatalah (berzikirlah) Allah Allah.”

 Rasulullah bersabda :
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتىَّ لاَ يُقَالَ فِى اْلاَرْضِ : اَلله ….اَلله

Hari kiamat tidak akan terjadi sampai di atas bumi ini tidak ada lagi orang yang menyebut Allah,… Allah. (HR. Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)

Dalam beberapa kitab yang memuat kompilasi hadits shahih, Nabi Saw bersabda :

قَالَ الله ُتَعَالَى: اَناَ عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى وَاَنَا مَعَهُ اِذَا ذَكَرَنِى فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى وَاِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلاَءٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلاَءٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ


Allah Swt berfirman, Aku ini (bertindak) sesuai dengan prasangka hamba-Ku padaku. Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku. Apabila ia mengingat-Ku di dalam hatinya, maka Aku pun menyebutnya sendiri. Jika dia mengingat-Ku di tengah-tengah orang banyak, maka aku akan menyebutnya di tengah-tengah orang banyak yang lebih mulia dari pada orang banyak saat ia mengingat-Ku. (HR. al Bukhari dan ahli hadits lainnya).

Zikir yang tidak disertai wukuf qalbi atau zikir yang tidak disertai mengingat maknanya adalah zikir yang lupa. Hal ini serupa dengan jasad tanpa ruh. Zikir yang demikian itu tidak mengandung pahala dan khasiat apapun.
 Adapun makna lafal Allah Allah ialah antara lain : Allah adalah maksud tujuanku, Allah adalah yang aku cari, Allah adalah yang aku cintai, wahai Allah engkaulah yang aku maksud, Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, Allah adalah zat yang ada, Allah adalah zat yang disembah dan engkau adalah Allah tiada yang lain.

Orang-orang yang telah mencapai pangkat “dizikirkan Allah” adalah orang-orang yang dikasihi atau orang-orang yang menjadi kekasih Allah Swt seperti firman Allah dalam hadits qudsi berikut ini :
اِنَّ اَوْلِيَائِ مِنْ عِبَادِ وَاَحِبَّائِ مِنْ خَلْقِ الَّذِيْنَ يَذْكُرُوْنَ بِذِكْرِ وأُذْكَرُ بِذِكْرِهِمْ
Sesungguhnya para Wali-Ku dari golongan hamba-Ku dan para Kekasih-Ku dari golongan makhluk-Ku adalah orang-orang yang diingat apabila Aku diingat. Dan Aku diingat apabila mereka diingat. (HR. at Tabrani, al Hakim dan Abu Na’im)

Allah berfirman :

Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka. (QS. al Mujadilah : 22)

Mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. (QS. al Hujurat : 3)

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu. (QS. al A’raf : 205)

Abu Awanah dan Ibnu Hibban meriwayatkan dalam masing-masing kitab kumpulan hadits shahih mereka, juga al Baihaqi di sebuah hadits berikut :
خَيْرُ الذِّكْرِ الْخَفِى وَخَيْرُ الرِّزْقِ مَا يَكْفِي وَقَالَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الذِّكْرُ لاَ تَسْمَعُهُ الْحَفْظَةُ يَزِيْدُ عَلَى الذِّكْرِ تَسْمَعُهُ الْحَفَظَةُ بِسَبْعِيْنَ ضِعْفًا
Sebaik-baik dzikir adalah dzikir dengan samar (khafi) dan sebaik-baiknya rezeki adalah rezeki yang mencukupi, Nabi juga bersabda : “Dzikir yang tidak terdengar oleh malaikat pencatat amal (maksudnya dzikir khafi) mengungguli atas dzikir yang dapat didengar oleh mereka (dzikir jahri) sebanyak tujuh puluh kali lipat.” (HR. al Baihaqi)

Hamba Allah yang dapat berzikir dengan lafas Allah...Allah adalah dengan kurnia dan kehendak izinnya jua,  
Firman Allah SWT: QS AS SAFFAAT 37: 96: Bahawa Allah menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
Dan lagi sabda Rasullulah SAW: Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah.

Sabda Rasullulah lagi: Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah.
Firman Allah SWT QS AL MURSALAT 77:30: : Dan tidak berkehendak mereka itu seorang jua pun melainkan dengan kehendak Allah jua.
Sebaiknya amalan zikir seperti ini perlu diambil dan mendapat bimbingan dari guru yang mursyid ( bersanad dari Rasulullah sampai kepada guru tersebut)

Isnin, 2 Disember 2013

Mengenal Akan Nafsu Mulhamah

3. MULHAMAH
Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.
Firman Allah:
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya(nafsu)
Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi. 
Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan sahaja di mulut tetapi hakiki.

Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

Firman Allah:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan."

Sabda Rasulullah S.a.w:
"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"
Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebut nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka"
Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:
1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih adaKebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata
Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringkat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah. Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas. 
Zikir tetap meningkat. 
Pada peringkat inilah Allah berfirman:
"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram". 

Ahad, 17 November 2013

Mengenal Akan Nafsu lawwamah



2. NAFSU LAWWAMAH 

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah, Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus. 

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri" 
"Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelindung ke atasnya." 


Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah. 

Firman Allah: 
"Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim" 

"Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". 

Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi suka untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf. 
Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang" 

"Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan" 

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia. Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah. 

Firman Allah: 
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah" 

Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha. 

Antara sifat nafsu lawwamah adalah: 
1. Mencela diri sendiri 
2. Bertafakur dan berfikir 
3. Membuat kebajikan kerana ria 
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub 
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji 
6. Takjub pada diri sendiri 

Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam . 
Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul suka beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain. 

Pada pringkat ini amalan zikir seharian dan ibadah-ibadah fardu dan sunnat perlu diteruskan secara istiqamah disamping memohon doa agar diri berkekalan dalam apa jua beroleh amalan yang terbaik yang telah dapat dilaksanakan semoga Allah memberi segala pertunjuk dan adab bagi kita sentiasa selamat dalam meningkatkan lagi ke martabat nafsu yang lebih baik dan berubudiyah kepada Allah dengan penuh rasa tauhid dan keikhlasan, insallah.

Doa memohon agar ditetapkan iman


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. " (An-Naml : 19)

اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami  kepada-Mu, amin.

Ibnu 'Athaillah as-Sakandari  menerangkan, “Sebaik-baik permohonan yang patut kita minta daripada Allah adalah supaya kita dapat melakukan semua yang diperintahkan Allah.”

Apa yang patut kita minta daripada Allah sebagai hamba,  ialah mengharap kepada Allah agar meneguhkan iman dan keyakinan dengan bersungguh-sungguh (istiqamah) kepada ajaran Islam dan dapat melakukan ibadah dengan baik atau sempurna. 

Itulah yang paling utama bagi hamba yang memohon kepada Allah. Mohonlah supaya kita dapat istiqamah dalam setiap amalan atau ibadah bagi mendapat manfaat  dunia dan akhirat.

Apabila seorang hamba memohon kepada Allah, pohonlah agar dapat sentiasa mentaati-Nya, sentiasa dapat melaksanakan ibadah tanpa halangan, dan agar Allah memudahkan segala yang berkaitan dengan urusan kehidupan dunia dan akhirat. Hendaklah juga memohon kepada Allah agar terlepas daripada melakukan perbuatan maksiat atau dosa, serta mohonlah supaya diberikan kekuatan untuk melaksanakan semua ketaatan. 


Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang selalu membacanya.  Dan in sha’ ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.


Doa memohon agar ditetapkan iman (di akhir solat dll)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

 Doa memohon agar terus beristiqamah


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.


Doa Mohon Tetapkan Pendirian

اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudny a: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguhdi dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur).

Ahad, 10 November 2013

Mencari Wasilah

 

Dalam suatu Hadith yang telah diriwayatkan oleh Sunnan Abu Daud:
 " Jadikan diri kamu serta Allah, jika telah tidak kamu serta Allah , bersertalah bersama orang yang berserta Allah, niscaya akan disampaikan kamu kepada Allah"

Mencari Wasilah

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ
 (سُوۡرَةُ المَائدة(٣٥)
 “Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan (di dunia dan di Akhirat).” (Al Maidah: 35)

Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah Ta'ala memerintahkan orang mukmin buat 3 perkara:

1. bertakwa
2. mencari wasilah
3. berjihad

WASILLAH  
Maka fahamlah kita bahawa makna wasilah itu ada dua.
1. Wasilah itu adalah amalan-amalan yang boleh mendekatkan kita kepada Tuhan. Iaitu ibadah berbentuk hablumminallah dan hablumminannas. Banyak ibadah yang kita buat yang boleh mendatangkan kasih sayang dan belas kasihan Tuhan. Melalui ibadahibadah tersebut, Tuhan bantu kita dan Tuhan campurtangan dan permudahkan urusan kita. Tuhan jauhkan bala bencana dari kita. Tuhan ampunkan dosa kita. Di samping ibadah asas, ibadah-ibadah ini termasuklah bertaubat, menebus dosa, sembahyang malam, bersedekah, berkasih sayang, bermaaf-maafan, sembahyang hajat dan sebagainya.

2. Wasilah itu juga adalah guru mursyid yang boleh memimpin kita kepada Tuhan, yang boleh membawa kita kepada Tuhan,  termasuklah kepada amalan tarekat kerana ia adalah platform untuk mursyid memimpin dan mendidik kita sebagai murrabi untuk kita sampai sentiasa mengingat Allah serta mendekatkan diri kepada Allah di samping ia adalah saluran barakah. Tarekat itu termasuk wasilah. Rugilah orang yang tidak ada atau belum ada tarekat.
Wasilah melalui perhubungan atau perantaraan orang-orang Tuhan dikatakan juga tawasul. Kita rujuk kepada doa yang kita baca selepas azan yang berbunyi: Maksudnya: “Wahai Tuhan, Engkau jadikanlah Nabi Muhammad itu wasilah bagi kami.”

Maksud doa ini ialah kita minta kepada Tuhan supaya Nabi Muhammad itu menjadi wasilah atau perantaraan kita sebab belum tentu Rasulullah mahu menjadi wasilah bagi kita. Walaupun Rasulullah itu memang berperanan sebagai wasilah (penghubung atau perantaraan) kita dengan Tuhan tetapi belum tentu dia mahu menjadi penghubung untuk semua orang. Ada orang dia tolak dan tidak mahu jadi penghubung baginya. Rasulullah SAW hanya mahu menjadi wasilah bagi orang-orang soleh. Ini yang kita takutkan. Oleh itu kita berdoa secara khusus agar Tuhan jadikan Rasulullah itu wasilah bagi kita.

Wasilah itu pula ada wasilah lahir dan ada wasilah batin. Contoh wasilah lahir, Rasulullah mendapat wahyu dari Allah dan disampaikan wahyu itu kepada kita. Rasulullah juga belajar dengan Allah bagaimana hendak berakhlak dan bagaimana hendak hidup cara Islam. Kita pun melihat dan kita tiru dia. Kita jadikan dia sebagai contoh. Maknanya ketika itu dia menjadi wasilah lahir kita. Dia jadi perantaraan atau orang tengah.

Wasilah batin pula adalah wasilah yang bersifat rohaniah, Rasulullah itu perlu kita kaitkan dalam semua ibadah dan doa kita. Contohnya, dalam dua kalimah syahadah, ada syahadah Allah dan ada syahadah Rasul. Kalau tidak ada syahadah Rasul, maka syahadah kita tidak sah. Dalam berdoa, kita disuruh bermula dengan selawat dan disudahi dengan selawat kedua. Rasulullah itu boleh membantu dan menolong kita secara rohaniah walaupun Baginda sudah wafat namun rohnya adalah muqaddasah (suci) dan mutasarrif (boleh berperanan).

Di samping Rasulullah SAW, pemimpin yang berwatak rasul atau mujadid di setiap zaman itu adalah juga sebagai wasilah. Mereka boleh menolong kita secara rohaniah terutama dalam hal-hal membaiki diri dan mengusahakan taqwa. Itulah maksud wasilah. Mencari wasilah itu untuk tujuan menjaga dan memelihara diri kita, untuk keselamatan kita dunia dan Akhirat. Wasilah itu adalah jalan kepada Tuhan

Rezki dikejar lelah terasa,
Mengkais pagi petang menunggu,
Tiada berpantang dalam usaha,
carilah ilmu dengan berguru.

Mengail udang tiga penjuru,
Kail dipancing oleh tok ayah,
Carilah mursyid untuk berguru,
Supaya terbuka segala hidayah


JALAN JIHAD (BERJUANG)
Selain itu walaupun kita ada wasilah, ada guru yang memimpin kita untuk membuat amalan-amalan kebajikan dan amalan-amalan soleh yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas, kita mesti ada jihad perjuangan. Tidak ada jihad, tidak boleh pergi. Jadi kalau ditafsirkan ayat tadi, tidak boleh kita pisahkan antara jihad dan wasilah itu sendiri. Hendak laksanakan wasilah kita tidak akan mampu kalau tidak ada jihad. Sama ada jihad melawan hawa nafsu atau jihad melawan musuh-musuh luar yang agak mengganggu. Yang paling mengganggu adalah nafsu. Walaupun ada wasilah guru penunjuk jalan dan ada wasilah membuat amalan-amalan soleh yang juga adalah hasil dari tunjuk ajar guru tetapi untuk berjaya, ia terpulang pada diri kita sendiri. Guru sudah tunjuk jalan. Kejayaannya ditentukan oleh sejauh mana kita boleh berjihad dan bermujahadah.

Kalau boleh mujahadah, boleh berjihad dengan baik sama ada mengenai musuh-musuh luar lebih-lebih lagi terhadap musuh batin, di mana jihad itu menggunakan wasilah, barulah boleh sampai kepada Tuhan. Jadi tidak boleh dipisahkan antara jihad dengan wasilah. Jihad itu sendiri adalah kerana hendak melakukan dua perkara tersebut iaitu hendak manfaatkan wasilah dan hasil dari tunjuk ajar guru supaya dia dapat mujahadah. Hendak bermujahadah itu banyak gangguannya.


Sebab itu Tuhan senaraikan wasilah, selepas itu jihad. Wajahidu fisabilihi. Jadi kalau wasilah itu kita faham dan kita hayati, untuk menjayakannya menggunakan jihad atau mujahadah iaitu mujahadah ke luar dan ke dalam dengan ilmu, dengan faham, dengan pimpinan dan dengan mujahadah maka apa kata Tuhan: ‘la‘allakum tuflihun’ (moga-moga kamu mendapat kemenangan dunia dan Akhirat).
Itupun Tuhan baru kata ‘moga-moga’, masih tidak confirm. Padahal Tuhan sudah tunjukkan jalan. Kita pun sudah faham jalan tetapi Tuhan kata ‘moga-moga sahaja engkau mendapat kemenangan’. Ertinya di situ ada rahsia. Mungkin di hujunghujung ada kebimbangan. Sebab syaitan akan buru kita sampai mati. Takut-takut di hujung di waktu sakaratul maut, kita terkandas. Sebab itu Tuhan berkata, ‘moga-moga engkau mendapat kemenangan’. Tuhan masih tidak menetapkan kerana syaitan tunggu. Walaupun di perjalanan, syaitan tidak berjaya menipu tetapi dia tunggu di hujung. Begitu berdendamnya syaitan. Kalau waktu nazak dia dapat menipu, kita sudah tidak sempat bertaubat lagi. Kalau dalam perjalanan, masih ada peluang bertaubat. Kalau kita fikirkan ini, cemasnya menghadapi kematian. Bukan soal azabnya tetapi takut-takut kita kandas last minute. Sebab itu kalau orang fikir mati, hilang selera untuk buat maksiat.


Jadi taqwa itu penting iaitu semua sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki perlu dimiliki. Rupanya hendak memiliki sifat taqwa bukan hanya sifat takut sahaja. Itu tidak cukup. Hendak memiliki sifat taqwa yang di dalamnya ada berbagai-bagai sifat mahmudah mesti ada wasilah. Wasilah ada dua iaitu guru serta tarekat dan amalan kita yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas. Untuk menjayakan wasilah, perlu kepada jihad iaitu mujahadah terhadap musuh luar tetapi yang utama ialah mujahadah terhadap musuh dalam iaitu nafsu dan syaitan yang sangat bahaya, lebih bahaya daripada musuh-musuh luar.
Jadi kalau kita faham erti taqwa, ada ilmunya, dihayati, ada guru yang memimpin dan mendidik kita serta kita gunakan tenaga jihad melalui mujahadah kita, insya-Allah, kita akan dapat kemenangan demi kemenangan dunia dan Akhirat.
 

GHURUR: TERPEDAYA ATAU TERTIPU

GHURUR: TERPEDAYA ATAU TERTIPU

Empat Golongan Yang TertipuGhurur adalah penyakit hati yang menimpa banyak orang di dunia ini, ghurur menurut bahasa artinya adalah tertipu daya, penyakit ghurur ini telah di jelaskan oleh Imam Ghazali dengan panjang luas sekali di dalam kitabnya “Ihya` Ulumuddin “

Penyakit ghurur ini sangat membahayakan sekali sebab kebanyakan orang yang menderitanya tidak merasa bahwa mereka terserang penyakit ghurur ini, kita tidak membicarakan ghururnya orang-orang kafir terhadap diri mereka atau kehidupan dunia ini, tetapi kita membicarakan penyakit ghurur yang diderita oleh umat Islam selama ini.


Firman Allah di Surrah An-nisa 120:
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلاَّ غُرُورًا
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

Imam Ghazali telah membagi ghurur ini kepada empat golongan :
1. Golongan ulama.
2. Golongan para Abid ( orang yang suka beribadah).
3. Golongan orang yang mengaku sufi.
4. Golongan orang yang memiliki harta , dan orang-orang tetipu daya dengan dunia.

1. Golongan ulama.

Penyakit ghurur ini tidak terlepas dari hati seorang ulama, bahayanya jika mereka tidak mengetahui bahwa mereka telah terkena virus ghurur yang membahayakan, akhirnya tidak secepatnya untuk mengobati penyakit itu, penyakit ghurur ini menyerang dengan cepat sehingga si penderita "mati" dari rasa harapan dan kesadaran diri kepada Allah.

Seorang yang alim merasa bahwa ilmu itu adalah mulia, mengajarkannya kepada orang adalah perkara yang mulia pula, maka dia lalai dan tertipu daya dengan sibuk mengajarkan ilmu tanpa membekalkan amal ibadah dan mengamalkannya terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada orang lain, ini adalah penyakit ghurur.

Seorang yang alim merasa memiliki ilmu sehingga beliau merasa bahwa dirinya mesti di hormati dan disegani, ingin selalu dikedepankan dan di ketengahkan, keinginannya agar seluruh perkatannya didengar, seluruh perkataannya benar, ingin diangkat-angkat dan dipuja-puja, setiap orang mesti mencium tangannya, ini adalah penyakit ghurur.

Seorang ulama yang alim dengan ilmu syari`at dan selalu mengamalkannya kemudian mengajarkannya kepada orang lain, tetapi beliau tidak memahami ilmu makrifat kepada Allah, dengan alasan bahwa tidak ada ilmu tersebut, maka ini juga bagian dari orang yang memilki penyakit ghurur.
Kata imam Malik r.a:
"Barangsiapa menuntut ilmu Feqah yang Zahir dan tidak menuntut ilmu Tasawuf yang batin maka sesungguhnya ia menjadi Fasik."

Seorang yang berhasil mengamalkan ilmunya , menjauhkan anggota tubuhnya dari segala maksiat, melaksanakan segala amalan ta`at, tetapi lupa membersihkan dirinya dan hatinya dari segala maksiat hati seperti hasad, riya`, takabbur, ini juga orang yang terserang penyakit ghurur.

Seorang ulama yang mengamalkan segala ta`at dan menjauhkan segala maksiat, beliau merasa bahwa dirinya bersih dan dekat dengan Allah, maka ini juga penyakit ghurur, sebab Allah lebih mengetahui keadaan hati para hambanya.

Seorang ulama yang sibuk dengan berjidal, berdebat, bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk mencari ketenaran dan kehebatan, bila mampu mengalahkan lawan maka dia tergolong orang yang hebat dan alim, ini juga tergolong penyakit ghurur.

Seorang ulama yang selalu berdakwah dan berceramah dengan menyampaikan untaian kata-kata yang indah, dapat menarik perhatian para pendengar, sehingga mendatangkan peminat-peminat yang banyak, pengikut yang setia, lupa dengan tujuan dakwah yang sebenarnya, sibuk hanya mencari ketenaran dan nama, penyakit ini juga tergolong ghurur. 


  2. Golongan 'Abid.
Kegiatan ibadah juga dapat membawa seseorang tertipu daya dengan diri sendiri sehingga bukan menjadikan diri semakin dekat dengan Allah bahkan membuat diri menjadi jauh, diantara contohnya :

Seseorang yang sibuk dengan ibadah-ibadah sunnah dan fadhilah tetapi melupakan dan meninggalkan ibadah-ibadah wajib, seperti sibuk melaksanakan shalat sunnah malam tetapi meninggalkan shalat subuh karena ketiduran dan kelelahan ketika waktu malamnya atau senang dengan sholat tarawih tapi masih punya hutang sholat fardlu/belum diqodlo'.

Orang yang sibuk mengambil air wudhu` dan berlebih-lebihan di dalam membasuhnya disebabkan was-was yang datang didalam hati mengkabarkan bahwa wudhu`nya tidak sah, penyakit was-was yang menimpa pada setiap ibadah merupakan bagian ghurur juga.

Seseorang yang terlalu sibuk membaca al-Qur`an, tetapi tanpa mau memikirkan dan memahami segala makna-maknanya, sehingga tidak memahami apa maksud atau penjelasan-penjelasan dari yang ia baca setiap hari.

Seseorang yang sibuk dengan puasa setiap harinya, tetapi lidahnya selalui menceritakan aib orang lain, tidak pernah menjauhkan hatinya dari riya` dan penyakit-penyakit hati, puasanya selalu dibuka dengan makanan-makanan yang haram.

Seseorang yang menunaikan ibadah haji hanya karena ingin digelar dengan haji, tidak mengikhlaskan diri untuk melaksanakan amal ibadah haji, tidak meninggalkan segala kejahatan-kejahatan, melaksanakan ibadah haji agar dipandang orang dan dianggap orang kaya.

Seseorang yang mengamalkan Ibadah sunnah dan fadhilah merasakan ibadah tersebut nikmat dan lezat, mendapatkan ke khusyu'an, tetapi jika melaksanakan ibadah yang wajib dan fardhu tidak merasakan kenikmatan dan kekhyusu'an.

Seseorang yang melaksanakan zuhud dan ibadah , bertaubat dan berzikir, merasakan bahwa dia telah sampai kepda derajat kezuhudan, telah sampai kepda derajat makrifah kepada Allah, padahal hatinya masih tersimpan segudang kecintaan terhadap dunia, mengaharap pangkat dan kedudukan, mengharap pujian dan penghormatan.

3. Golongan orang yang mengaku sufi.
Seseorang yang mengaku sufi, menggunakan pakaian-pakaian tertentu, bergaya dengan gaya ulama-ulama sufi, berzikir dengan menari dan nyanyian-nyanyian pemenuh hawa nafsu, menganggap diri telah sampai kepada Allah, menganggap mendapat ilham dan kasyaf. inilah termasuk mereka yang tertipu/ghurur.

Seorang yang mengaku sufi, merasa telah berbuat zuhud dan wara`, memakai pakaian yang usang dan bau, mementingkan bersih hati, tetapi segala anggota tubuh kotor dengan maksiat dan dosa. ini adalah penyakit ghurur

Seseorang yang mengaku sufi, tetapi tidak mengikuti jalan para ulama-ulama pembesar sufi seperti Imam Abu Qosim al-Junaidi al-Baghdadi dan yang lainnya, mengaku telah sampai kepada fana` fillah dan baqa fi llah , tidak menjadikan al-Qur`an dan sunnah sebagai pegangan, menghina syariat dan memuja-muja hakikat. ini adalah penyakit ghurur 


Ibn’ Atha’illah al-Iskandari ra. berkata,…
Terdapat 10 penyakit yang bisa menggagalkan perjalanan seseorang menuju Allah, yakni;..
- melihat amal,
- panjang angan-angan,
- merasa telah sampai ke tingkat wali,
- menunduk kepada makhluk,
- merasa puas dengan penglihatan mimpi,
- bersuka cita dengan warid,
- bersenang-senang dengan kurnia yang diterima,
- berdiam terhadap janji,
- merasa cukup dengan pengakuan
- dan lalai terhadap Allah,
Sedangkan tanda bahwa seseorang jatuh nilainya dalam pandangan Allah ada 3,..
- Ridha terhadap diri sendiri,
- tidak ridha terhadap Allah
- serta melawan qada dan qadar Allah.

. 4. Golongan orang yang memiliki harta dan orang yang tertipu daya dengan dunia.
Seseorang yang menganggap bahwa harta dan uangnya yang mampu menyelamatkannya dan memuliakannya di permukaan dunia ini, harta merupakan pujaan dan ketinggian, memiliki harta berarti memiliki kebesaran dan kesenangan yang hakiki, sehingga lupa membayar zakat, menyantuni orang miskin, dan bisa berbuat sesuka hatinya. ini adalah penyakit ghurur

Seseorang yang membangun masjid, menyantun anak yatim, membantu korban bencana alam, tetapi ingin di puji dan di besar-besarkan kebaikannya, agar orang menyanjungnya dan menggelarnya seorang yang dermawan. ini adalah penyakit ghurur

dengan memahami hal yang demikian, semoga kita semua tidak termasuk golongan orang-orang yang terkena penyakit ghurur (tipu daya) penyakit yang menjadikan seorang hamba jauh dari ridlo Allah Ta'ala

Semoga kita bisa terus istiqomah dan mengetahui bisikan nafsu didalam diri ini. dan Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat ghuyur ini



Sabda Rasulullah:

Orang yang cerdik ialah orang yang dapat menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk sesuatu sesudah matinya. Sedang yang kurang akal (ahmak) ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan menggantungkan berbagai harapan kosong terhadap Allah (HR Tirmidzi)









Adab Seorang Salik

Adab-adab al-sālik ke atas dirinya.

Dari kedudukan seorang yang sālik di hadapan syeikhnya yang dilihat dari sudut adab-adab, jelas kepada kita bahawa seorang yang sālik itu sebenarnya memerlukan banyak perkara yang berkait rapat dengan bimbingan dan asuhan daripada seorang yang bergelar syeikh dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf.

Kita juga dapat melihat bagaimana seorang al-sālik itu sebenarnya mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan yang menyulitkan untuk dia sampai kepada Allah S.W.T dalam erti kata wusul ilā Allah S.W.T. Dengan membincangkan kedudukan seorang yang sālik dalam hal ini akan dapat memperjelaskan kepada kita tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kedua-dua pihak (syeikh dan al-sālik) yang terlibat dalam perjalanan ini (al-sā’ir ilā Allah S.W.T.).

Daripada huraian di atas, kita juga diperlihatkan bagaimana konsep al-rābitah itu muncul dalam beberapa situasi ketika seorang al-sālik melaksanakan adab-adab yang telah ditentukan ke atas dirinya terhadap syeikh. Untuk menjelaskan lagi kedudukan dan peranan al-rābitah dalam ilmu dan amalan tasawwuf kita tinjau pula adab-adab seorang yang sālik terhadap dirinya ketika menjalani al-suluk ini.


 

a) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah sentiasa merasakan bahawa seluruh ingatan dan hatinya meyakini bahawa Allah S.W.T sentiasa melihat dan mengetahui semua keadaannya. Oleh itu, seorang yang al-sālik hendaklah sentiasa menumpukan usaha untuk zikrullah di dalam hati, baik semasa berjalan, duduk dan berbaring. Atau dalam ertikata yang lain, dalam seluruh kegiatan hidup kita hendaklah tertumpu kepada Allah S.W.T. Sebagai ikutan Nabi Muhammad s.a.w berzikir ketika Baginda s.a.w sedang tidur. Oleh itu tidak ada sesuatu keadaan pun yang boleh menghalang seorang yang al-sālik itu untuk berzikrullah. Dengan demikian, hati seorang yang al-sālik itu hanya dipenuhi dengan lafaz “Allah” yang dengannya mengatur segala gerak dan diam seorang yang al-sālik.

b) Seorang yang al-sālik harus menjauhkan diri dari bersahabat dengan orang-orang yang jahat, sebaliknya hendaklah mencari teman dan rakan di kalangan orang-orang yang baik dan soleh. Dengan bersama-sama orang yang soleh itu akan membantu melembutkan hati seorang yang al-sālik. Kenyataan ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

Kawan yang soleh itu seperti seorang yang mempunyai kasturi, boleh jadi ia akan memberikan kasturi itu kepada engkau,atau engkau membelinya daripadanya atau engkau mendapatkan bau wanginya.

Hadis di atas membawa maksud adanya kesan yang bersifat rohaniah kepada seseorang yang menjadikan orang yang soleh sebagai sahabat, pembimbing dan pengasuh dalam kehidupan hariannya.

c) Sebagai seorang yang al-sālik apabila mahu melakukan zikir hendaklah ia menutup pintu agar tidak dapat dilihat oleh anak dan isterinya. Apabila tempat berzikir itu sempit dan gelap, maka akan lebih memudahkan hatinya merasakan hudur dan menjauhkan dari lintasan-lintasan yang jahat, jika dibandingkan dengan tempat yang luas dan terang. Orang-orang lain selain daripada isteri dan anak-anak yang menentang ilmu dan amalan tasawwuf juga hendaklah dihalang dari melihat seorang yang al-sālik itu melakukan zikir. Larangan ini adalah disebabkan mungkin mereka yang menentang itu akan mengejek dan memperolok-olok seorang yang al-sālik menutup kepala ketika mereka berzikir. Mungkin juga dengan sebab diejek dan dipermainkan menyebabkan seorang yang al-sālik akan lemah semangat dan terus meninggalkan amalan ilmu tasawwuf ini.

d) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah bersederhana dalam kehidupan harian. Memadailah dengan sekadar yang mencukupi untuk dia hidup sahaja. Imam al-Ghazāli berkata:

جعل الله فضول المطعم والمشرب فى الدنيا سببا لقسوة القلب وابطأ الجوارح عن الطاعة والصمم عن السماع الموعظة .


Maksudnya:

Allah telah menjadikan berlebih-lebihan makan dan minum di dunia ini sebagai satu sebab timbulnya keras hati, melambatkan anggota tubuh badan untuk taat, tuli untuk mendengar nasihat-nasihat yang baik.

e) Seorang yang al-sālik hendaklah berusaha menghindarkan diri dari sifat cintakan dunia di samping menumpukan perhatiannya kepada kehidupan akhirat. Justeru Allah S.W.T.menjelaskan kepada kita dengan firmanNya:


بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا . وَالاْخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى .

Maksudnya:

Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian),bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Perasaan kasih dan cinta kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat itu tidak akan masuk ke dalam hati orang yang cinta kepada dunia. Hal ini ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w seperti yang disabdakan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan al-Tabrāni dan al-Bayhaqi:


حسب ابن آدم من الشرإلا من عصمه الله تعالى أن يشار إليه بالاصابع فى دينه أو دنياه .

Maksudnya:

Seorang itu sudah cukup dikira sebagai jahat bila ia jadi terkenal kerana agamanya atau dunianya kecuali orang yang dipelihara oleh Allah.

f) Sebagai seorang al-sālik ia tidak boleh tidur dalam keadaan berhadas dan hendaklah ia suci dari hadas dan najis.

g) Sebagai seorang al-sālik jangan sekali-kali mahukan apa yang ada di tangan orang lain. Tidak merasa hairan dengan kedudukan, kemewahan dan kekayaan mereka. Sebaliknya hendaklah menaruh segala keyakinan dan harapan hanya kepada Allah S.W.T.

h) Seorang yang al-sālik apabila berhadapan dengan suasana masyarakat yang keras hatinya maka hendaklah ia bersabar dan jangan sekali-kali ia mengeluh. Seorang yang al-sālik yang menjalani kehidupan bertariqat secara umumnya akan mengalami perubahan keadaan kehidupan keduniaannya, sehingga mungkin akan mendorong seorang yang al-sālik supaya meninggalkan tariqatnya. Jika hal ini berlaku bererti ia telah membatalkan perjanjiannya sendiri dan ia tidak akan berjaya buat selama-lamanya. Oleh yang demikian perlu diingatkan kepada setiap al-sālik supaya menyedari bahawa dengan kesukaran dan kesusahan itu adalah sebab di mana Allah S.W.T. memelihara dan membuka mata hatinya (al-basirah).

i) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah berterusan melakukan muhāsabah terhadap diri untuk berjalan terus di jalan Allah S.W.T. Apabila terasa bahawa perjalanannya terhenti maka hendaklah ia membisikkan kepada dirinya dengan berkata:
Sabarlah engkau kerana masa berehat-rehat untukmu itu adalah di masa hadapan, kesusahan dan kepenatanmu sekarang ini adalah untuk engkau berihat di akhirat kelak.

j) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah mengurangkan tidur, terutamanya apabila di waktu menjelang subuh, kerana waktu itu adalah waktu yang paling mudah permohonan dan doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

k) Dari sudut makan seorang yang al-sālik hendaklah sentiasa memastikan makanan yang dimakannya dari yang halal dan bersumberkan dari sumber yang halal. Dia juga harus berusaha agar mengurangkan makan. Menjamah makanan ketika sedang lapar dan apabila ia makan tidak sampai kenyang seperti yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepada kita dengan sabadanya yang bermaksud:

Kami satu kaum yang kami tidak akan makan kecuali kami telah lapar dan apabila kami makan,kami akan berhenti sebelum kami kenyang.

l) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah menjaga lidahnya dari bercakap dengan perkara-perkara yang sia-sia dan yang melalaikan. Dia juga harus berusaha menjaga hatinya dari segala lintasan-lintasan yang tidak baik. Seorang yang al-sālik yang berjaya menjaga lidah dan hatinya akan mudah baginya terbuka hijab berbagai rahsia yang ghaib. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dengan sabdanya:

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari qiamat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau pun dia diam.

m) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak. Pandangan mata terhadap perkara-perkara yang diharamkan itu adalah umpama racun yang membunuh, terutamanya apabila pandangan itu dengan penuh nafsu syahwat. Justeru seorang yang al-sālik mestilah menjauhkan diri dari sebarang kegiatan yang melibatkan pergaulan yang bebas terutamanya di tempat-tempat yang sunyi.

n) Seorang yang al-sālik hendaklah sentisa menjauhkan diri dari perbuatan bergurau senda, kerana perbuatan tersebut boleh mematikan hati dan jiwa yang membawa kepada kegelapan batin seorang yang al-sālik. Hal ini ada dijelaskan oleh Baginda s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud:

Janganlah anda mengganggu dan janganlah anda bergurau-senda dengan saudara anda.

Yang paling utama dalam hal ini, seorang yang al-sālik hendaklah meninggalkan perbuatan bergurau senda, kecuali pada sesetengah waktu yang tertentu seperti ketika berasa sempit dada dan ketika menghadapi sesuatu cubaan daripada Allah S.W.T.

o) Seorang yang al-sālik hendaklah berusaha meninggalkan perbuatan berbahas, berdebat, bertikam lidah dan pertengkaran dalam sesuatu usaha untuk mencari ilmu pengetahuan. Dengan berbuat demikian akan mewarisi perbuatan lalai, lupa dan meninggalkan kekotoran dalam hati seorang yang al-sālik. Jika hal ini berlaku ke atas seorang yang al-sālik maka hendaklah segera bertaubat kepada Allah S.W.T. Di samping memohon kemaafan daripada orang yang diajak berdebat itu, jika disedari kebenaran memihak kepada orang itu.

p) Seorang yang al-sālik hendak mendampingi sahabat, saudara-mara ketika ia berada dalam keadaan sempit dada atau susah hati. Di samping itu dia hendaklah membincangkan mengenai adab-adab perjalanan kepada Allah S.W.T sehinggalah ia merasa lapang dadanya.

q) Seorang yang al-sālik hendaklah menghindarkan diri dari ketawa dengan berdekah-dekah, kerana perbuatan seperti itu mematikan hati. Berdasarkan sejarah Rasulullah s.a.w., Nabi kita tidak pernah ketawa dengan sedemikian rupa kecuali senyuman yang hanya memperlihatkan giginya.

r) Seorang yang al-sālik hendaklah berusaha menghindarkan diri dari sifat cintakan kebesaran dan pangkat kemuliaan. Sifat ini boleh memutuskan perjalanan kepada Allah S.W.T. Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda:

Tidaklah dua ekor serigala yang lapar dan ganas dan kedua-duanya tinggal di dalam kandang seekor kambing itu lebih membahayakannya daripada (bahaya) cinta seseorang itu kepada kemuliaan dan harta lebih dari agamanya.

s) Sebagai seorang yang al-sālik hendaklah bersifat dengan sifat yang al-tawādu‘, dikenali juga di kalangan masyarakat kita sebagai merendah diri. Dengan sifat ini seorang yang al-sālik itu boleh mengangkat darjatnya di sisi Allah S.W.T. Ibn ‘Atā’illah tidak ketinggalan menjelaskan hal ini dengan kata-kata hikmahnya:


ادفن وجودك في أرض الخمول , فما نبت مما لم يدفن, لا يتم نتاجه .

Maksudnya:

Tanamkanlah kewujudanmu di dalam bumi yang sunyi sepi,kerana sesuatu yang tumbuh dari benda yang tidak ditanam maka tidak sempurna hasilnya.

Sebagai seorang al-sālik yang sedang berjalan menuju Allah S.W.T dengan amal ibadatnya untuk menghampiri Allah S.W.T. dengan ma‘rifah kepadaNya, antara syarat yang perlu ada ialah al-tawādu‘. Iaitu tidak bermaksud apa lagi berusaha untuk masyhur dikenal orang dan disebut orang namanya di mana-mana. Dalam hal ini ia wajib menguburkan dirinya dalam bumi yang sunyi sepi. Maksudnya ialah seorang yang al-sālik itu wajib tidak menonjolkan dirinya untuk tujuan tersebut. Ditahannya diri dari mencapai pangkat dan kedudukan, kerusi dan jabatan dan lain-lain sebagainya yang boleh membawa tersiar namanya di mana-mana.

t) Seorang al-sālik mestilah memiliki sifat al-taqwā dan sentiasa mengharapkan keampunan daripada Alah S.W.T. Dia mestilah merasakan bahawa segala ibadatnya itu tidak mempunyai sebarang makna di hadapan Allah S.W.T., malahan Allah S.W.T. boleh memasukkannya ke dalam neraka dengan amal ibadatnya itu, jika sekiranya ia tidak mendapat rahmat dan kemurahan daripadaNya.

u) Seorang yang al-sālik hendaklah sentiasa berkeyakinan bahawa segala gerak-geri, perbuatan dan perkataannya adalah menurut kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T. Apabila dia hendak melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukannya maka hendaklah mengatakan dengan ucapan in shā’ Allah.

v) Sebagai seorang yang al-sālik pada umumnya akan didatangi dengan berbagai-bagai rahsia baik semasa ia jaga atau semasa ia tidur. Oleh itu dia hendaklah merahsiakan hal tersebut daripada sesiapa juapun kecuali kepada syeikhnya sahaja. Perbuatan suka menceritakan rahsia ghaib yang telah dilihat seperti itu adalah menyebabkan kebencian daripada Allah S.W.T dan menutup perjalanan seorang yang al-sālik itu sendiri. Hal ini ada disebutkan oleh Ibn ‘Atā’illah al-Iskandari dalam kata-kata hikmahnya yang antara lain menyatakan:


من رأيته مجيبا عن كل ما يسئل ومعبرا عن كل ما شهد وذاكرا لكل ما علم فاستدل بذلك على وجود جهله .

Maksudnya:

Barangsiapa yang anda lihat dia itu menjawab setiap pertanyaan dan menerangkan setiap penglihatan (perasaannya) dan menyebut setiap yang ia ketahui. Maka membuktikan seseorang itu dengan demikian atas ada kebodohannya (kejahilannya).

Apabila seseorang telah dinaikkan darjat oleh Allah S.W.T ke tingkat al-sālikun iaitu satu tingkatan di mana seorang hamba Allah S.W.T. itu telah dinaikkan darjat ilmu dan amalannya pada mengharap supaya Allah S.W.T. membukakan pintu hatinya agar dapat mengenal Allah S.W.T, atau jika seseorang hamba Allah S.W.T. itu telah dinaikkan martabatnya dengan sedemikian rupa, adalah merupakan tingkatan yang tinggi dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf. Maka orang-orang yang telah sampai ke taraf karam dalam lautan al-ridā dan qadar ilāhiy itu sehingga hati dan seluruh lahiriyyah dan batiniyyahnya telah tertuju kepada Allah S.W.T. Justeru hamba-hamba Allah S.W.T. yang sedemikian bererti mereka telah mendapat limpahan kurnia berupa ilmu ma‘rifat daripada Allah S.W.T.

Ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu seperti hati mereka dibukakan oleh Allah S.W.T. bahkan mereka melihat dan merasakan pemberian Allah S.W.T. tersebut. Seorang al-sālik yang menerima kurnia daripada Allah S.W.T. tersebut akan terjadilah salah satu dari perkara ini:

i- Membawa kepada kebaikan kerana mereka tidak menceritakan kepada orang lain kecuali syeikhnya.
ii- Membawa kepada keburukan dan kerendahan disebabkan kerana mereka itu dayus atau mempermudahkan sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepadanya. Mereka ini juga tergolong di kalangan orang-orang yang tidak memegang amanah Allah S.W.T ke atas dirinya.

Samalah juga kedudukannya seperti orang yang mengaku dan mendakwa sampai ke satu maqām tertentu, sedangkan ia masih belum sampai lagi ke maqām tersebut seperti yang didakwanya. Sebagai balasan mereka tidak akan sampai ke maqām yang mereka dakwa telah sampai kepadanya. Sekiranya ia terpaksa menceritakan hal tersebut atas kepentingan ilmu maka hendaklah ia mengaitkan cerita tersebut atau pengalaman itu dengan seorang alim yang lain sekira-kira orang yang mendengar tidak mengetahui bahawa pengalaman atau cerita tersebut adalah berkaitan dengan diri al-sālik itu. Dalam kata-kata hikmahnya yang lain, Ibn‘Atā`illah ada menyatakan:


لا ينبغى للسالك أن يعبر عن وارداته فإن ذلك مما يقلل عملها في قلبه ويمنعه وجود الصدق فيها مع ربه .

Maksudnya:

Tidaklah wajar bagi seorang yang al-sālik bahawa ia mengungkapkan pemberian Allah terhadapnya, kerana yang demikian itu betul-betul mendatangkan nilai yang sedikit pada amalnya dalam hatinya (sendiri) dan mencegahnya pada wujud kebenaran beserta Tuhannya.

w) Sebagai seorang al-sālik dia hendaklah menetapkan satu waktu yang tertentu untuk melakukan zikir seperti yang telah diajarkan oleh syeikhnya tanpa mengurang atau melebihkan amalan tersebut.

x) Seorang yang al-sālik janganlah ia melambat-lambatkan beribadat kerana menanti-nantikan kurnia terbukanya hijāb daripada Allah S.W.T terlebih dahulu, sebaliknya ia hendaklah terus dan segera beribadat untuk mendapatkan keredaanNya sama ada telah terbuka hijābnya atupun tidak. Ibn ‘Atā`illah ada menyatakan dengan kata-kata hikmahnya yang antara lain menyebutkan:


لا تستبطىء النوال ولكن استبطىء من نفسك وجود الاستقبال .

Maksudnya:

Janganlah anda anggap lambat kurnia Allah S.W.T., tetapi hendaklah anda anggap pada diri anda adanya kelambatan menghadap kepadaNya.

Demikianlah perbincangan kita tentang kedudukan seorang al-sālik dengan seorang yang bergelar syeikh dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf. Dari perbincangan di atas tadi kita dapati kedudukan seorang yang al-sālik itu nampaknya sangat memerlukan kehadiran seorang syeikh untuk memimpin, mengasuh dan menunjuk ajar di samping keberkatan dan hampirnya seorang syeikh itu dengan Tuhannya akan membolehkan seorang al-sālik itu wusul kepada Allah S.W.T dalam perjalanannya itu. Dalam perjalanan ini, seorang yang al-sālik sebenarnya sangat-sangat memerlukan kehadiran seorang syeikh sama ada secara zahir ataupun secara ma‘nawi. Dari sini muncullah istilah al-rābitah dalam kehidupan seorang al-sālik yang sedang menjalani suluknya itu