.

.

Jumaat, 9 November 2018

AL-IMAM ABDULLAH MA CHANG QING

AL-IMAM ABDULLAH MA CHANG QING
Beliau merupakan seorang tuan guru besar di China. Beliau lahir pada tahun 1936 masihi. Beliau mula mempelajari ilmu agama ketika berumur 13 tahun. Beliau berguru dengan bapanya sendiri yang merupakan salah seorang ulama masyhur di sana sehingga beliau menjadi seorang alim. Pada waktu siang beliau mencari rezeki dengan membaiki jam dan pada waktu malam beliau sibukkan diri dengan mengajar.

Sehinggalah pada tahun 80-an, apabila beliau dilantik menjadi imam besar di Masjid Dongguan (salah satu masjid terbesar di China), beliau telah mewakafkan seluruh hidupnya untuk menyebarkan ilmu agama siang dan malam tanpa mengenal musim sejuk mahupun panas. Masjid itulah madrasahnya dan masjid itu jugalah tempat tinggalnya. Beliau mempunyai himmah (semangat) yang tinggi dalam mengajar. Pada tahun 2001, beliau telah pergi menunaikan haji. Sekembalinya daripada tanah suci, beliau terus memulakan kembali kuliahnya pada hari yang sama sedangkan beliau masih belum pulang ke rumah keluarganya.
Beliau telah berjaya melahirkan ribuan alim dan da'i di China. Kebanyakan asatizah madrasah di sana adalah anak murid beliau. Beliau telah mengajar kitab Raddul Muhtar atau nama lainnya Hasyiah Ibn 'Abidin (kitab fiqh hanafi berbelas-belas jilid) dan telah mengkhatamkannya berpuluh kali. Antara kitab lain yang diajarkannya ialah Ihya' 'Ulumiddin (tasawwuf), al-'Aqaid al-Nasafiyyah (aqidah), Mukhtasar al-Ma'ani karangan al-Taftazani (balaghah), Hasyiah al-'Isam 'Ala Syarh al-Kafiyah (nahu) dan lain-lain.
Di samping mengajar, beliau juga memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan komuniti muslim di sana. Beliau juga merupakan seorang pemimpin masyarakat yang suaranya didengari dan ditaati oleh seluruh kaum muslimin di China. Pada tahun 2006, telah berlaku gempa bumi di sana. Beliau telah menyeru masyarakat muslim di sana untuk menghulurkan sumbangan. Jumlah sumbangan yang terkumpul ketika itu ialah kira-kira 1 juta USD.
Pada hari Isnin, 16/7/2018, iaitu dalam usia 83 tahun, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan dunia yang fana ini. Dikatakan bahawa jenazahnya diiringi oleh 300000 orang yang terdiri daripada para alim ulama, da'i, penuntut ilmu dan pencinta beliau. Semoga Allah merahmati beliau dan mengurniakan sebesar-besar ganjaran kepada beliau.

جنازة عبد الله ما جانغ جينغ أمام المسلمين فى الصين


Khamis, 8 November 2018

RINGKASAN 20 ADAB HARI JUMAAT

RINGKASAN 20 ADAB HARI JUMAAT
(Diringkaskan daripada adab-adab hari Jumaat dalam kitab Hidayatus Salikin)
Adab pertama: Bersedia untuk memasuki hari Jumaat mulai hari Khamis lagi, dengan membasuh pakaian dan membanyakkan bertasbih dan beristighfar pada petang Khamis itu.
Adab kedua: Sunat berpuasa, dengan syarat didahului dengan puasa pada hari Khamis atau diikuti dengan puasa hari Sabtu.
Adab ketiga: Sunat mandi antara terbit fajar hingga waktu mahu keluar mengerjakan sembahyang Jumaat. Mandi sewaktu mahu keluar ke masjid lebih afdal.
Adab keempat: Sunat memakai pakaian berwarna putih.
Adab kelima: Sunat memakai bau-bauan seperti kasturi.
Adab keenam: Membersihkan badan daripada kotoran, daki dan bau busuk, mencukur bulu ari-ari, mengandam misai, mengerat kuku, bersugi dan mencabut bulu ketiak.

Masjid-Al_Fateh_Manama_Bahrain

Adab ketujuh: Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan berjalan kaki. Sambil melangkah, datangkan ingatan kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat.
Adab kelapan: Apabila masuk ke masjid, dapatkan tempat di saf yang pertama.
Adab kesembilan: Jangan melangkah bahu orang ketika masuk ke masjid.
Adab kesepuluh: Jangan lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang.
Adab kesebelas: Sunat duduk dekat dengan dinding atau tiang.
Adab kedua belas: Jangan duduk di dalam masjid sebelum mendirikan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat. Jika khatib sedang membaca khutbah, niatkan sembahyang dua rakaat sebelum Jumaat; sekali gus ia akan menjadi sembahyang Tahiyatul Masjid. Imam al-Ghazzali rahimahullahu taala menyarankan agar mendirikan sembahyang Tahiyatul Masjid empat rakaat dengan satu salam, dan pada setiap rakaat, selepas membaca al-Fatihah, baca surah al-Ikhlas 50 kali.
Adab ketiga belas: Selepas sembahyang Tahiyatul Masjid, kerjakan sembahyang sunat empat rakaat. Selepas al-Fatihah di setiap rakaat, baca:
Rakaat pertama, surah al-An‘am
Rakaat kedua, surah al-Kahfi
Rakaat ketiga, surah Taha
Rakaat keempat, surah Yasin.
Atau:
Rakaat pertama, surah Yasin
Rakaat kedua, surah Alif laam miim Tanzil
Rakaat ketiga, surah ad-Dukhan
Rakaat keempat, surah Al-Mulk.
Adab keempat belas: Jangan meninggalkan membaca surah al-Kahfi, Yasin, ad-Dukhan, al-Mulk, as-Sajadah dan al-Ikhlas pada malam Jumaat atau pada harinya kerana pahala membacanya yang amat besar.
Adab kelima belas: Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW pada hari Jumaat dan malamnya melebihi hari-hari lain.
Adab keenam belas: Apabila imam telah naik ke atas mimbar, makruh bercakap-cakap dan sunat memberi tumpuan mendengarkan khutbah.
Adab ketujuh belas: Apabila selesai sembahyang Jumaat, sunat membaca al-Fatihah tujuh kali, al-Ikhlas tujuh kali, al-Falaq tujuh kali dan an-Nas tujuh kali. Baca surah-surah ini sebelum bercakap-cakap; mudah-mudahan terpelihara daripada segala kejahatan dari satu Jumaat ke Jumaat yang lainnya (terpelihara daripada dosa besar), dan terpelihara daripada syaitan. Selepas membaca empat surah itu sebanyak tujuh kali, baca doa ini:
"اَللّهُمَّ يَا غَنِيُّ يَا حَمِيْدُ، يَا مُبْدِئُ يَا مُعِيْدُ، يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ، أَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ.”
Adab kelapan belas: Sunat sembahyang dua rakaat (sunat muakkadah) atau empat rakaat (dua rakaat sunat muakkadah dan dua rakaat sunat tidak muakkadah) atau enam rakaat.
Adab kesembilan belas: Sunat beriktikaf di masjid selepas sembahyang Jumaat hingga Maghrib atau hingga Asar serta bersungguh-sungguh berdoa dengan khusyuk dan tawaduk, kerana di dalam hari Jumaat dan pada malamnya ada satu saat yang mustajab doa. Mudah-mudahan kebetulan doa itu pada saat yang mustajab.
Adab kedua puluh: Bersungguh-sungguh memberi sedekah.
petikan dari Hidayatus salikin

Selasa, 6 November 2018

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 02 November 2018

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 02 November 2018
24 Safar 1440
             Tajuk : Aqidah Ahlussunnah             
   Waljamaah aliran Al-asyaairah  dan Al-maaturiidiiyah
         
1) Firman Allah surah Al-maidah/54 bermaksud: "Wahai orng yg beriman! Sesiapa antara kamu berpaling tadah dpd agamanya (jadi murtad), maka Allah akn mendatangkn pula suatu kaum yg ia kasihkn mreka dan mreka juga kasih kpdnya.....................................
Allah maha luas limpah kurniaNya lagi meliputi pengetahuannya".

2) Al-asyaairah- mazhab akidah yg dihubungkn kpd Al-imam Abu Hasan; imam yg alim, bertaqwa, berjasa; penolong sunnah Rasullulah SAW; sbg bendera syiar Islam.

2.1) Al-asyaairah- d lahirkn pd thn 206 H d Basrah Iraq; keturunan sahabat Nabi bernama Abu Musa Abdullah bin qis Al-asyaairah; digunakn mreka yg mengikut kaedah Al-imam Abu Hassan Al-ashari; banyak membantu dlm keilmuan bab aqidah; menyandarkn fahaman kpd fahaman beliau seumpama menyandarkn fahaman kpd Al-imam Syafie, Abu Hanifa, Malik dan Ahmad bin Hambal.

3) Al-maaturiidiiyah- mazhab aqidah yg dihubungkn kpd Al-imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-maaturiidii; dilahirkn thn 248 H di Maaturiid; berketurunan dpd sahabat Nabi, Abu Ayub Halid bin Zaid Al-ansaari.

4) Al-imam Abu Hasan Al-asyaari dan Al-imam Abu Mansur Al-maaturiidii- tidak pernah mencipta pandangan dlm aqidah; tidak juga membentuk mazhab baru; mreka menjelaskn mazhab salafussolih; mempertahankn pegangan para sahabat Rasulullah SAW.

5) Hadith Rasul SAW bermaksud: "….................sesungguhnya Allah tidak menghimpunkn umatku atau disebut umat Muhammad SAW atas kesesatan, pertolongan Allah tetap bersama jemaah. Sesiapa yg memencilkn diri dpd jemaah, maka dia akn memencilkn dirinya ke neraka". (HR: At-tirmizi)

6) Aliran Al-asyaairah dan Al-maaturiidiiyah- mengikuti ijma' ulama'; menetapkn hukum2 agama guna Al-quran, Al-sunnah, ijma' dan qias; diikuti oleh ulama' fiqah, tafsir, hadith, usuluddin, sastera serta B Arab.

7) Firman Allah surah Al-an'am/159 bermaksud: "Bahawasanya orng yg menceraiberaikn agama mreka (dgn perselisihan2 yg berdasarkn hawa nafsu) dan mreka menjadi berpuak2................. sesungguhnya
perkara mreka hanyalah terserah kpd Allah.......................................".

8) Hadith Rasul SAW bermaksud: "................................ sesungguhnya
umatku tidak berhimpun dlm kesesatan, sekiranya kamu melihat berlaku perselisihan maka hendaklah kamu bersama golongan yg ramai (yg menuruti Al- sunnah)".
(HR: Ibn Majah)

9) Pegangan aqidah Ahlussunnah Waljamaah- sama sama mempertahankannya; dgnnya dapat hidup aman harmuni; yakin dapat menyelamatkn kita dpd api neraka.

10) Firman Allah surah Al-ankabut/69 bermaksud: "Dan orng yg berusaha dgn bersungguh2 kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akn memimpin mreka kejalan2 Kami (yg menjadikn mreka bergembira serta beroleh keridhoan).....................................".

                  بارك الله لي ولكم ...