.

.

Isnin, 17 Ogos 2020

Muallim Tn Guru Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’

 

Muallim Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ 

(Kenali - Seorang Tokoh Ulamak Rabbani yang merupakan sahabat karib kepada Tn Guru Kiayi Hj Othman - Mursyid Madrasah Pt. Ju Batu Pahat)


DI KALANGAN ulama Melaka, tidak ramai yang menjadi tuan guru pondok seperti mana di Kelantan atau Kedah. Hanya beberapa kerat sahaja ulama pondok di negeri Hang Tuah ini yang membuka pondok antaranya ialah Tuan Guru Ahmad Kasim, Tuan Guru Mohd Zain Abdul Rahman, Mufti Jalil Hassan dan Tuan Guru Abdul Wahid Sungai Udang.Di kalangan ulama selepas merdeka, hanya Haji Wahid Sungai Udang atau Muallim Haji Wahid sahaja yang terkenal terutama kerana Madrasah an-Nuriah yang diasaskannya adalah institusi pendidikan Islam terpenting di Melaka sehingga hari ini. Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahid bin Othman bin Ningkal dan berketurunan Kerinci, Sumatera. Datuknya berhijrah dari Kerinci ke Melaka pada akhir abad ke-19. Ibunya bernama Siti binti Haji Yusof. Beliau dilahirkan di Kampung Paya Rumput, Rumbia, Melaka pada 1910.Beliau mula dihantar belajar di Sekolah Melayu Tangga Batu sehinga lulus Darjah Lima. Ketika berusia 14 tahun, beliau belajar agama di Palembang, Sumatera di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Sultan. Setahun kemudian, beliau kembali ke Melaka dan memasuki Pondok Paya Rumput dan berguru dengan Tuan Guru Haji Mohd Zain Abdul Rahman.Selepas itu beliau memasuki Pondok Khairiyah, Batu Tujuh, Air Molek di bawah Tuan Guru Haji Abdul Majid. Dua tahun kemudian beliau berguru pula dengan bapa saudaranya, Tuan Guru Haji Ahmad Kassim sehingga 1931. Setelah itu, beliau mula berkelana ke Kelantan dan sempat berguru dengan ulama-ulama yang terkenal seperti Tok Kenali, Tuan Guru Ahmad Manan Tok Hakim, Mufti Haji Wan Musa Tuan Tabal, Tuan Guru Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Mufti Haji Ahmad Maher, Tuan Guru Haji Omar Nuruddin Sungai Keladi, Mufti Haji Mohd Noor Ibrahim, Tuan Guru Haji Said Kangkung dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payung.Pengembaraan ilmu di beberapa pondok di Kelantan berakhir pada 1940. Antara rakan-rakan seperguruan beliau di Kelantan ialah Tuan Guru Haji Yahya Junid, Tuan Guru Haji Hussein Rahimi, Tuan Guru Haji Ghazali Pulau Chondong, Tuan Guru Haji Othman Yunus, Tuan Guru Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Awang Muhammad Rusila.

Ketika berada di Pondok Bunut Payung, keilmuan beliau sudah diakui sehingga dilantik menjadi guru pembantu bersama Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dan Tuan Guru Haji Hussein Rahimi.

Selepas menamatkan pengajian pada 1940, beliau kembali berkhidmat di Melaka. Pada 8 Rejab 1358 (12 Ogos 1940), Muallim Haji Wahid telah mendirikan pondoknya sendiri iaitu Madrasah an-Nuriah ad-Diniah di Paya Rumput, Melaka.

Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Muallim Haji Wahid mengajarkan ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada 1971, sistem pengajian akademik diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang dan mendapat bantuan Majlis Agama Islam Melaka.

Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Beliau mengamalkan wirid Tariqat Ahmadiyah yang diterima dari gurunya, Mufti Haji Wan Musa di Kelantan.

Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.

Beliau juga suka mengembara dan telah melawat beberapa negeri seperti Arab Saudi, Indonesia, Mesir, Turki, Iraq, Kuwait dan India. Dalam kesibukan berdakwah, beliau sempat menghasilkan beberapa buah tulisan seperti Kitab al-Islam, Risalah Ilmu Falak dan risalah-risalah kecil yang melebihi 10 judul.

Selain mejadi seorang tok guru di pondoknya, Muallim Haji Wahid juga tidak ketinggalan dalam menggerakkan usaha dakwah dan politik. Pada peringkat awal, Muallim Haji Wahid juga termasuk pengerak menentang Malaya Union.

Setelah lebih 40 tahun menjadi khadam kepada perjuangan agama dan pendidikan anak bangsanya, ulama yang berkebolehan dalam ilmu falak ini telah pulang ke rahmatullah pada 3 Oktober 1991 bersamaan 14 Rabiul Awwal 1411 dalam usia 81 tahun. Beliau dikebumikan di Solok Duku, Masjid Tanah.

Allahyarham telah meninggalkan waris iaitu anaknya, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid.

Antara murid beliau yang terkenal ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Tuan Guru Haji Yaakub Solok Duku. – tajdid _

Rabu, 3 Jun 2020

Pemimpin Ibadah Suluk Terawal Di Raub Pahang"



Pemimpin Ibadah Suluk Terawal Di Raub Pahang"

Nama lengkap tokoh sufi dan Khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang berakhlak mulia ini ialah Al-Marhum Syeikh Haji Umar Bin Haji Muhammad Bin Tun Sulong Bin Tun Surati Bin Tun Jenal yang lahir pada tahun 1860. Beliau sebenarnya berdarah keturunan bangsawan iaitu dari nasab Raja Bendahara Pahang yang berhijrah ke Batu Pahat, Johor. Syeikh Haji Umar berasal dari Parit Ju atau Parit Abdul Rahman, Mukim Empat, Batu Pahat, Johor. 

Beliau menerima pelajaran, asuhan dan didikan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari Wali Allah Syeikh Abdul Wahhab Rokan sewaktu gurunya tersebut datang ke Batu Pahat, Johor, pada tahun 1888 dan Beliau juga adalah Khalifah tertua kepada Syeikh Abdul Wahab Rokan. (Semoga Allah Rahmati Roh Auliya) 

Syeikh Haji Umar mula mengajarkan Tareqat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dan memimpin suluk pada tahun 1910 di Kampung Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang. Tindakan dan usaha beliau mendapat galakan dan sokongan dari Tengku Kudin bin Tengku Abdul Samad iaitu Penghulu Mukim Gali masa itu. Malah mendapat keizinan dari KDYMM Sultan Ahmad melalui Mufti pahang Syeikh Haji Usman Haji Senik dan Orang Kaya Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar. Kerancakan aktiviti Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah ini bertambah meriah apabila keluarga Penghulu Mukim Gali pertama Raja Abdul Samad Bin Tengku Muda dan anaknya Tengku Kudin Penghulu Mukim Gali kedua , Mengambil Baiah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pada 1914.

Syeikh Haji Umar mempunyai ramai murid dari kalangan pegawai agama dan orang kenamaan. Murid-murid beliau yang dilantik menjadi khalifah melebihi seratus orang.

Diantara anak muridnya ialah :

1. Tuan Guru Imam Haji Ishaq Raub
2. Imam Luqman Bin Haji Umar - Anaknya
3. Tuan Guru Haji Ziyadi Bin Haji Salim - Kadi daerah Raub yang ke 3
4. Tuan Guru Haji Muhammad Salih Bin Haji Umar
5. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Bin Haji Muhammad Siddiq Bin Haji Salim
6. Tuan Guru Kiyai Haji Othman Bin Haji Mohd Amin

Antara muridnya yang paling rapat dengan beliau adalah Tuan Haji ishaq , Setelah hampir tujuh tahun mempelajari serta mengamalkan tarekat dan beberapa kali menjalani suluk di bawah bimbingan dan asuhan Syeikh Haji Umar , Tuan Hj. Ishaq telah diangkat sebagai khalifah serta diizinkan pula mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh beliau pada 22 Zulhijjah, tahun 1353 hijrah (1934) di Surau Suluk Kubu, Durian Sebatang, Raub, Pahang. Pada waktu itu umur beliau adalah lebih kurang 25 tahun. Walau bagaimanapun Sheikh Haji Umar telah meninggal dunia dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1936 (1355 H.) dan jenazah beliau dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang.

Tempat Sheikh Haji Umar sebagai pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah telah digantikan oleh anaknya iaitu Imam Luqman bin Haji Umar. Sehubungan dengan itu sebuah surau suluk telah didirikan di kampung Lepar, mukim Gali, Raub, dengan persetujuan Tengku Abdul Hamid bin Tengku Kudin. Tengku Abdul Hamid adalah merupakan penghulu yang ke empat bagi mukim Gali dan juga ketua kampung Durian Sebatang. Imam Luqman telah memimpin perjalanan Tarekat Naqshabandiyyah di Raub lebih kurang 44 tahun. Imam Luqman kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1980 dan tempatnya sebagai pemimpin tarekat dan suluk digantikan oleh anaknya iaitu Tuan Haji Abdullah bin Luqman dengan dipimpin bersama oleh Tuan Haji Abdullah Sani bin Abu Uthman iaitu menantu kepada Sheikh Haji Umar.

Selain dari Imam Luqman, terdapat seorang lagi murid serta khalifah kepada Shaikh Haji Umar yang menggantikan beliau sebagai pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah selepas kewafatan beliau itu, iaitu Tuan Ziyadi bin Haji Salim. Beliau adalah merupakan kadi daerah Raub yang ke tiga, menggantikan Tuan Haji Muhammad Arif. Sebelum itu, ayahanda beliau, Tuan Haji Salim bin Haji Abdul Manan, juga merupakan seorang kadi di Raub, malah merupakan kadi yang pertama di daerah tersebut. Tuan Haji Ziyadi ini memimpin suluk di kampung Pintu Padang dan juga kampung Gali Tengah, mukim Gali, Raub. Selepas beliau meninggal dunia, tempat beliau sebagai pemimpin suluk Tarekat Naqshabandiyyah telah diambil alih oleh salah seorang murid beliau iaitu Imam Haji Tambi.

Manakala Tuan Haji Ishaq pula, setelah hampir 30 tahun selepas beliau diizinkan mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh guru beliau itu, barulah beliau mula memimpin suluk. Suluk pertama yang dipimpin oleh beliau itu berlaku pada tahun 1964 di surau kampung Ajai, Raub, Pahang. Selepas itu beliau mendirikan rumah tempat bersuluk yang boleh menampung 500 orang salik. Beliau telah dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh dua orang khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang lain yang juga merupakan murid kepada Shaikh Haji Umar iaitu Tuan Haji Muhammad Salih bin Haji Umar dan Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Muhammad Siddiq bin Haji Salim.

Syeikh Haji Umar diriwayatkan mempunyai beberapa karomah kurniaan Allah Taala . Diantara yang mahsyur :-

Pada suatu ketika, seorang daripada murid Syeikh Haji Umar yang juga pemegang kunci masjid telah terjatuhkan anak kunci pintu masjid secara tidak sengaja ke dalam perigi. Lalu hal ini diberitahu kepada Syeikh Haji Umar. Terus Syeikh Haji Umar dengan segera mendatangi perigi yang dimaksudkan lalu dikacau-kacaunya permukaan air perigi dengan jari telunjuknya seumpama mengacau air di dalam cawan. Dengan izin Allah sebentar kemudian anak kunci yang tenggelam itu pun timbul ke permukaan.

Syeikh Haji Umar meninggal dunia ketika berusia 76 tahun (1936) dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

Kiriman drpd Kalam Sufi Abu Ya Batu Pahat

Rabu, 19 Februari 2020

WAHDATUL WUJUD PANDANGAN TOKKU PALOH

PANDANGAN TOKKU PALOH AL-EIDRUS DAN AL-HABIB ALWI BIN TOHIR (MUFTI JOHOR) MENGENAI IMAM IBNU ARABI DAN WAHDATUL WUJUD

Peranan Tokku Paloh(1817M) adalah penting di Alam Melayu kerana beliau dipercayai telah berjaya memadu, menyelaras sekaligus mendamaikan pandangan ulama usuluddin dengan tariqat . Daripada perspektif usuluddin, Wahdat al-Wujud ialah Tauhid az-Zat, iaitu seseorang meyakini kewujudan yang sebenar hanyalah satu, iaitu Allah, manakala adanya makhluk pula tidak hakiki kerana bertaraf majaz.

Wahdat al-Wujud ialah kemuncak Tauhid az-Zat dan ia menjadi pengalaman kerohanian yang dialami oleh ahlillah yang keyakinan menguasai hati sehingga mereka melihat kenyataan sebenar, iaitu kewujudan hakiki semata-mata wujud Allah dan lupa kepada kewujudan makhluk.

Oleh itu, kedua-duanya sama dari sudut ia memfokuskan perkara yang satu, iaitu keesaan kewujudan Allah, manakala perbezaan ialah Wahdat al-Wujud membabitkan pandangan mata hati dan perasaan sedangkan Tauhid az-Zat tentang pandangan akal dan keyakinan.

Lihat penjelasan Tokku Paloh dibawah:

"Adapun yang dikehendaki dengan kata ahli
tasawuf, Wahdat al-Wujud itu maka
iaitu bermula segala sesuatu yang baharu itu jikalau berbilang sekalipun maka tiada lepas ia daripada bahawa dinamakan dengan satu nama jua, iaitu makhluk, yang keluar ia daripada 'adam(tiada) kepada wujud dengan penciptaan Allah dan sekaliannya itu bekas dengan penzahiran jua.

Maka tiadalah dipandang dengan hati mereka itu melainkan akan Allah jua. Dan inilah mafhum "shuhud al-wahdah fi al-kathrah" ertinya memandang dengan hati akan ketunggalan  Tuhan yang menjadikan alam. Maka mata yang zahir mereka itu memandang akan akwan(alam) dan mata hati mereka itu memandang akan mukawwin-nya(Pencipta) dan tiada kehendak mereka itu. "

Rujukan:
Ma'arij al-Lahfan ila Haqa'iq al-Irfan karangan Tokku Paloh al-Eidrus


PENDIRIAN AL-HABIB ALWI BIN TOHIR AL-HADDAD(1884M)

Al-Hbb Alwi bin Tohir al-Haddad adalah seorang ulama kelahiran Hadramawt, Yaman. Latar belakang pendidikan beliau adalah didalam lingkungan manhaj Ba'lawi. Ketika menginjak usia dewasa, beliau telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan dilantik menjadi Mufti Johor pada tahun 1934-1941.

Berkenaan pendirian beliau berkenaan Imam Ibnu Arabi adalah seperti para leluhurnya Sadah Bani Alawi terutamanya pendirian moyangnya Imam al-Haddad yang telah menganggap Imam Ibnu Arabi adalah seorang Wali Allah dan ajaran yang dibawanya adalah tidak terpesong.

Hal ini dapat dilihat didalam tulisan al-Habib Alwi bin Tohir berkenaan petikan kalam dari moyang Tokku Paloh iaitu al-Habib Abdullah al-Eidrus bin Abu Bakar Sakran(1408M) [orang pertama digelar al-Eidrus]:

"Beliau telah menyuruh anaknya al-Habib Abu Bakar al-Adni(al-Eidrus) untuk berbaik sangka dengan Ibnu 'Arabi serta mengi'tiqadkan bahawasanya beliau adalah daripada sebesar-besar wali dan ulama bilLah, al-'arifin bilLah Ta`ala. Dan beliau berkata:- "Bahawasanya kitab-kitabnya (yakni kitab Syaikh Ibnu 'Arabi) dipenuhi dengan hakikat-hakikat yang tidak diketahui melainkan oleh mereka-mereka yang khawas (arbab an-nihayat) dan berbahaya bagi mereka-mereka yang baru bermula (ahlu al-bidayat)."

Pernyataan diatas adalah kesimpulan yang dibuat oleh al-Habib Alwi bin Tohir al-Haddad mengenai Imam Ibnu Arabi meskipun beliau telah mengeluarkan fatwa sesat terhadap ajaran Wahdat al-Wujud.

Ini menunjukkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh beliau berkenaan kesesatan Wahdat al-Wujud, yang dimaksudkan ialah wujudiyyah mulhidah(terpesong) dan bukan wujudiyyah yang haq. Pembahagian wahdatul wujud kepada dua kelompok ini diterangkan oleh Al-Habib Umar bin Hafidz seperti dalam posting dibawah ini:


Rujukan: Uqud al-Almas karangan al-Habib Alwi bin Tohir al-Haddad, Mufti Johor.

Disediakan oleh: Mohd Iqbal bin Zain
Kiriman drpd Tn Hj Shamsun Madrasah Serqam Melaka.


☑️Istilah Wahdatul Wujud ini telah di popularkan oleh Ibnu Taimiyah pada zamannya
☑️ Muncul istilah yg telah direkayasa ini bagi mengambarkan salah faham dlm pegangan Tauhid ahli Tasawuf/Tarikat Sufi pada waktu itu, walaubagaimanapun istilah ini telah digunakan juga bagi menjawab balik sebagai penjelasan yg sebenar dlm pegangan maksud yg. sebenar bukan kpd wujudiyyah mulhidah(terpesong).
☑️Wujud Allah adalah Wujud yg  haqiqi sebelum di cipta mahluk lagi.
☑️Maka tiadalah dipandang dengan hati mereka itu melainkan akan Allah jua. Dan inilah mafhum "shuhud al-wahdah fi al-kathrah" ertinya memandang dengan hati akan keunggalan  Tuhan yang menjadikan alam. Maka mata yang zahir mereka itu memandang akan akwan(alam) dan mata hati mereka itu memandang akan mukawwin-nya(Pencipta) dan tiada kehendak mereka itu dilihatnya qudrat dan irradat diatas semua penciptaan nya (Allah SWT. )".
🔖(Petikan Video dari Al Mukarram Tn Guru Prof Madya Abd Manam B Muhammad - Ahli Jislah Turuk Sufiah Jbtn Mufti Negeri Sembilan Merangkap Panel Taswauf Jakim).

Ahad, 16 Februari 2020

Sholawat Thoriqiyah


Habib Ali Bin Ja'afar Al Idrus
Image result for sholawat thoriqoh qodiriyah wa naqsabandiyah

Sholawat Thoriqiyah

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى ۞ مُحَمَّدٍ وَآلٍ وَصَحْبٍ أَجْمَعِيْن
Allahumma shalli wasallim ‘ala ۞ Muhammadin wa alin washahbin ajma’in.

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقًا مِنَ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqan minallahi Rabbil ‘alamin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan dari Allah Tuhan semesta alam)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقًا مِنْ رُوْحِ جِبْرِيْلَ الْمَتِيْنَ

Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqan min ruhi Jibrilal matin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan dari Malaikat Jibril al-Matin)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal anbiya-i wal mursalin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para nabi dan rasul)
اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الشُّهَدَآءِ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqassyuhada-i wal mujahidin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para pahlawan dan pejuang)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْخُلَفَآءِ وَالرَّاشِدِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal khulafa-i warrasyidin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para Khulafaur Rasyidin)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْعُلَمَآءِ وَالْعَامِلِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal ‘ulama-i wal ‘amilin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para ulama dan pengamal)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْأَوْلِيَآءِ وَالْمُخْلِصِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal auliya-i wal mukhlishin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para wali dan orang-orang yang ikhlas)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ السُّعَدَآءِ وَالْفَآئِزِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqassu’ada-i wal fa-izin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang menang dan bahagia)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْأَتْقِيَآءِ وَالصَّالِحِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal atqiya-i wasshalihin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang bertaqwa dan shaleh)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْبُدَلَآءِ وَالْقَانِتِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal budala-i wal qanithin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para wali abdal dan ahli ibadah)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا الطَّرِيْقَ الْمُسْتَقِيْمَ ۞ طَرِيْقَ الْأَصْفِيَآءِ وَالذَّاكِرِيْنَ
Allahummahdina ath-thariqal mustaqim ۞ Thariqal ashfiya-i wadzdzakirin.
(Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para sufi dan ahli dzikir)


آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Jumaat, 14 Februari 2020

SELAWAT ADALAH JALAN PINTAS MENUJU MAKRIFATULLAH
Perlu diketahui bahawa darjat makrifat itu semata-mata pemberian dari Allah kepada hamba-Nya, bukan hasil usaha manusia.

Salah satu cara yang mudah untuk mencapai makrifatullah adalah dengan membaca selawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى نُوْرِ الْاَنْوَارِ . وَسِرِّ الْاَسْرَارِ . وَتِرْيَاقِ الْاَغْيَارِ . وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ . سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الْمُخْتَارِ . وَاٰلِهِ الْاَطْهَارِ . وَاَصْحَابِهِ الْاَخْيَارِ عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَاِفْضَالِهِ

Al-Allamah sayyid Abdurrohman bin musthofa Al-Idrus (tinggal di mesir), menyatakan (dalam penjelasan Beliau tentang selawatnya sayyid Ahmad Al-Badawi. Komentar ini di tulis dalam kitab yang berjudul "Miraatu Al -Syumus fi manaqibi Aali Al-Idrus " ):

وذَكَرَ العَلّامةُ سيّدي عبدُ الرّحمنِ بنُ مُصْطَفَى العَيدَرُوسْ نَزِيْلُ مِصْرَ فِى شَرْحِهِ عَلَى صَلَاةِ سيِّدى احمد البَدَوِي في كِتَابِهِ المُسَمَّى مِرْآةَ الشُّمُوسِ فِي مَنَاقِب آل العيدْرُوسْ انَّهُ يَعْدِمُ الْمُرَبُّوْنَ في آخر الزّمَانِ ويَصِيْرُ مَا يُوْصِلُ اِلَى اللهِ تعالى الّا الصّلاةُ عَلَى النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم مَنَامًا وَيَقَظَةً وانّ جميعَ الأعمالِ مِنْهَا المقبولُ ومنها المَرْدُودُ الّا الصّلاة على النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم فَانّهَا مَقْطُوعٌ بِقَبُولِهَا اِكْرَامًا لَهُ صلّى الله عليه وسلّم وَحَكَى اتّفاقَ العلماءِ علٰى ذٰلِكَ.

Bahawa di akhir zaman nanti, ketika sudah tidak di temukan seorang murobbi (Mursyid) yang memenuhi syarat, tidak ada satu pun amalan yang boleh mengantarkan seseorang wushul (ma'rifat) kepada Allah kecuali bacaan selawat kepada Nabi SAW, baik dalam keadaan tidur maupun terjaga.
Sebagian kaum "arifin", mengatakan: "Sungguhnya selawat itu, boleh mengantarkan pengamalnya untuk ma'rifat kepada Allah, meskipun tanpa guru spiritual (mursyid)".

Karana guru dan sanadnya, langsung melalui Nabi. Ingat ! setiap selawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada beliau dan beliau membalasnya dengan do'a yang sama (artinya Nabi tahu siapa saja yang membaca sholawat kepada beliau dan Nabi menjawab selawat dengan do'a yang serupa kepada pembacanya tadi).

Hal ini berbeza dengan zikir- zikir (selain selawat) yang harus melalui bimbingan guru spiritual / mursyid, yang sudah mencapai maqom ma'rifat.

Jika tidak demikian, maka akan dimasuki syaithon, dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun".

(Hasyisyah Ash-Showi 'la Al-Jalalain, Hal: 287, Juz III, Toha Putra)

Isnin, 27 Januari 2020

BATU PAHAT BUMI KERAMAH

HABIB ALI BIN JAAFAR AL IDRUS

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 


Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki rahimahullah bersama Habib Ali Jaafar Al Idrus




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Habib Ali bin Jaafar bin Ahmad bin Abdul Qadir bin Salim al-Idrus, seorang wali Allah yang dikasihi dan dicintai sekalian ummah, dilahirkan di Purwarkarta, Jawa Barat, pada tahun 1919.

Nasab keturunannya bersambung kepada Nabi S.A.W. Habib Soleh bin Ahmad al-Idrus, daripada Malang, Indonesia menuliskan nasab beliau sebagaimana berikut:

Al-Habib Ali bin Jaafar bin Ahmad bin Abdul Qadir bin Salim bin Alwi bin Salim bin Alawi bin Abdullah bin Alawi bin Ahmad bin Alawi bin Abi Bakar bin Umar bin Abdullah bin Alawi bin Abdullah al-Idrus bin Abi Bakar bin Abdurrahmman as-Seggaf bin Muhammad Maulad Dawilah bin Ali Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali al-'Uraidhi bin Jaafar Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain putra Sayyiduna Ali karramallah wajhah dan Sayyidatuna Fatimah az-Zahra putri Rasulullah s.a.w.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Alawiyah binti Sayyid Ahmad al-Idrus (wafat pada 19 Zulkaedah 1361 bersamaan tahun 1952 dalam usia 33 tahun) dan dikurniakan enam orang cahaya mata. Sayyid Abdul Qadir (wafat sewaktu kecil -22 Februari 1951-), Syarifah Zahrah (juga wafat semasa kecil -1954-), Syarifah Khadijah, Sayyid Muhammad (wafat pada 8 Jamadil Akhir 1438 H), Sayyid Omar dan Sayyid Husen.

Sekitar tahun 1926, iaitu ketika beliau berumur tujuh tahun, beliau tiba di Singapura. Namun cuma seketika, lalu kembali semula ke Indonesia. Kemudian, sekitar tahun 1929, beliau sekali lagi menjejakkan kaki ke Singapura dan menetap di sana hingga tahun 1942.
Dikatkatakan ayahanda beliau, Habib Jaafar bin Ahmad al-Idrus, datang ke Singapura dari Purwarkarta dan menetap di Kota Singa itu selama beberapa tahun sekitar tahun 1930-an kemudian ayahanda beliau pulang ke Hadhramaut, Yaman pada tahun 1938.

Di Singapura, Habib Ali tinggal bersama ayahanda dan kekandanya, Habib Abdul Qadir bin Jaafar al-Idrus, di sebuah rumah di Arab Street. Beliau sempat bersekolah di Madrasah al-Juneid al-Islamiah, Singapura. Dikisahkan bahawa kekandanya menerima sambutan hangat dan menggalakkan ketika mula sampai ke Kota Singa. Habib Abdul Qadir wafat di Purwakarta dan dimakamkan di sana.

Sekitar tahun 1942, Habib Ali bin Jaafar telah dibawa ayahandanya, Habib Jaafar bin Ahmad hijrah ke Batu Pahat, Johor. Ketika itu, Habib Jaafar tinggal di Jalan Abdul Rahman, berhampiran Jalan Sultanah, Batu Pahat (dikatakan beliau menetap di Batu Pahat sekitar lapan tahun). Namun, Habib Jaafar kembali semula ke kampung halamannya Hadhramaut. Beliau wafat di sana pada tahun 1976 di kota Tarim. Jenazahnya dimakamkan di Pemakaman Zanbal, berdekatan dengan makam datuknya, Habib Abdullah al-Idrus.

Dikatakan Habib Ali tinggal di sekitar Jalan Bukit Pasir pada awalnya. Kemudian berpindah ke kawasan penempatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Temenggung Ibrahim, Penggaram dan akhirnya menetap di Kampung Solok Wan Moh hingga akhir usia.

Beliau pernah diminta berkhidmat sebagai imam di Masjid Wadi Hassan, Johor Bahru oleh Mufti Johor ketika itu, Habib Alwi bin Tohir al-Haddad. Hanya sekitar empat tahun sahaja perkhidmatan beliau di sana. Dikatakan beliau kurang selesa dengan jawatan yang disandangnya kerana ia mengundang perhatian dan sanjungan ramai. Sedangkan beliau lebih suka dengan ahwalnya yang rendah hati dan penuh kezahidan.

Kehidupannya sangat zuhud dan sederhana. Makan dan minumnya pun sekadar cuma. Bahkan beliau sangat menjaga sumber dari mana dan apa sahaja yang meragukannya. Hidupnya yang seolah-olah tiada apa, maka tiada siapa yang memberi perhatian padanya. Tiada siapa yang menumpu pada sosok dirinya. Hinggalah sebahagian besar murid Syeikh Umar Khatib Singapura, datang menziarahinya atas nasihat guru mereka. Dikatakan bermula detik itu, beliau dikenali dan sering dikunjungi alim ulama mahupun orang biasa, tidak putus-putus bertamu ke rumahnya.

Beliau sering menjadi tempat mengadu pelbagai masalah. Menjadi tumpuan orang ramai sama ada masyarakat setempat, dari Nusantara mahupun negara-negara Arab. Apabila berkunjung ke Malaysia, mereka akan meluangkan masa untuk mengunjunginya, demi mendapatkan mutiara nasihat dan keberkahan dari sosok yang jiwa dan raganya ini senantiasa bergantung kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.

Di antara kalam nasihat yang pernah beliau sampaikan, “Allah SWT adalah Kholiq (Pencipta). Manusia hanyalah makhluk. Maka, manusia harus mematuhi apa pun perintah Yang Maha Pencipta. Bukan Yang Maha Pencipta mematuhi perintah manusia.”

Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, kebiasaannya akan menziarahi Habib Ali di Batu Pahat pada tiap kali berkunjung ke Malaysia. Dikisahkan pada perjumpaan terakhirnya bersama Habib Ali, Sayyid Muhammad al-Maliki berkata, dia meyakini bahawa Habib Ali adalah seorang yang diberi anugerah besar disisi Allah di daerahnya ini. Sebelum pulang, Sayyid Muhammad al-Maliki pun mengarang sebuah qashidah untuknya yang menggambarkan sifat-sifat mulia Habib Ali bin Jaafar al-Idrus.

Pernah suatu ketika, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki rahimahullah mengunjungi Habib Ali. Sepanjang perjalanan, Sayyid Muhammad berbicara tentang perihalnya yang merindui Baginda Rasulullah s.a.w. Ketika sampai di kediaman beliau, sekalian tetamu tidak diperkenankan masuk, kecuali Sayyid Muhammad al-Maliki. Mereka berdua masuk bersama dalam jangka masa yang agak lama, lalu keluarlah Sayyid Muhammad al-Maliki dengan linangan air mata yg bercucuran, seraya berkata: "Hajat saya sudah terkabul...terkabul.., sambil menutup wajahnya dengan linangan air mata".

Antara Ulama yang pernah mengunjungi beliau ialah:

Habib Zein bin Ibrahim bin Semith dari Madinah,
Habib Salim bin Abdullah asy-Syatiri (Hadramaut),
Habib Umar bin Hafidh (Hadramaut),
Habib Anis bin Alwi al-Habsyi dari Solo dan tokoh habaib serta ulama lainnya.

Hidupnya menuruti apa yang disabdakan Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang hanya bermusafir." Demikian kehidupan Habib Ali bin Jaafar sedari awal, istiqomah dengan kezuhudan dan kesederhanaan hingga bertemu dengan Tuhan.

Hidupnya amat sederhana. Tiada pernah memiliki kediaman mewah, mahupun harta, melainkan hanya mendiami rumah sewa hingga hujung usia. Walau sering ditawarkan oleh sekalian pencintanya, agar dibinanya kediaman yang lebih selesa, namun tiada pernah beliau terima. Cukuplah sekadar apa yang ada, kerana kediaman sebenar, bukan di dunia. Rutin hariannya dipenuhi dengan beribadah dan menghambakan diri pada Yang Maha Esa.

Hatinya begitu lunak dan santun. Tutur katanya sopan dan lembut. Tiada beliau berkata-kata dengan wanita, melainkan kaum kerabat yang terdekat. Jalannya sentiasa menunduk, penuh tawaduk, merendah diri, tidak meninggi. Tiada dipandang perempuan kanan mahupun yang kiri.

Sangat memuliakan tetamu. Tiadalah beliau duduk, melainkan setelah tetamunya duduk dan beliau sendiri yang akan mengiringi mereka hingga ke muka pintu, ketika mereka hendak pulang. Beliau tidak mahu tumbuh walau sedikit, rasa kecewa di hati orang yang mengunjunginya. Di rumahnya yang amat sederhana, kecil, dan sempit itu, senantiasa muliakan tiap tamu yang datang. Beliau menerima siapa sahaja yang tiba, dengan penerimaan yang menyenangkan, tanpa dipedulikan rupa yang bagaimana, apalagi harta benda mereka. Berjumpa dengan sosok tubuh insan mulia yang tenang dan bersahaja itu, hati pun terasa menjadi lapang dan tenang.

Meski hidupnya sederhana, hampir tiap tamu yang datang, pasti beliau berikan wang. Jumlahnya terkadang tidak sedikit. Jika mereka berkunjung pada waktu makan, tidak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum mereka menikmati hidangan bersamanya. Sifat rendah hatinya kepada setiap tamunya amat mengagumkan. Sebelum mereka pulang, orang semulia dirinya, meminta pula doa dari mereka.

Habib Ali bin Jaafar al-Idrus telah menemui Penciptanya sekitar jam 5.10 atau 5.15 petang Khamis, 28 Jamadil Awal 1431, bersamaan 13 Mei 2010 di rumahnya, Kampung Solok Wan Moh, Batu Pahat.

Batu Pahat dan seluruh alam buana sugul dan suram atas pemergian sebutir bintang yang menyinari alam. Ahwalnya senantiasa menjadi tauladan, semasa hayatnya mahupun setelah kewafatannya. Moga kekal ia sebagai pedoman, petunjuk dan panduan buat sekalian insan.

Dari saat kewafatan beliau, tiadalah putus-putus dikunjungi ribuan manusia dari segala penjuru dan lapisan masyarakat, terutama dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Begitu juga bacaan Al-Quran, Yaasin, dan tahlil, tiada putus-putusnya dibacakan hingga selesai segala urusan sekitar jam 9.30 pagi Jumaat. Jenazahnya disolatkan sebanyak dua kali. Pertama, sebagaimana wasiatnya, disolatkan di dalam rumah. Diimami Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad al-Idrus, dan kedua di luar rumah, dengan berimamkan Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas.

Jenazahnya kemudian dimakamkan sebelum solat Jumaat, 29 Jamadil Awal 1431 H bersamaan 14 Mei 2010, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Moga Allah limpahi rahmat ke atas rohnya dan ditempatkannya bersama para Nabi-Nya, Syuhada dan Solihin.

Al-Fatehah.

Wallahu a'lam.

Dengan izin al-faqir (Amli Haji Halimi) catatkan nukilan ini, sebagaimana yang al-faqir dengarkan daripada Putra beliau, Sayyid Omar dan cucunda beliau Sayyid Muhammad bin Sayyid Omar, juga daripada guru al-faqir yang mulia, Syeikh Abu Zaki bin Yusof al-Hadhrami, Cikgu Sayyid Ali bin Salim al-Jufri, Sayyid Yusof bin Ali al-Jufri serta beberapa individu setempat, kaum kerabat dan juga beberapa catatan yang sedia ada di pelbagai medium. Catatan ini juga sebagaimana yang terdapat dalam buku PERMATA BATU PAHAT siri 1. Nukilkan pada 2017.



Isnin, 13 Januari 2020

Majlis Houl Al Mahrom Tn Guru Kiayi Hj Othman Bin Mohd Amin Bertarikh 11.01.2020


Majlis Houl Al Mahrom Tn Guru Kiayi Hj Othman Bin Mohd Amin
Majlis telah diadakan pada tarikh 11.01.2020 bertempat di Madrasah Tn Guru di Pt. Ju Batu Pahat, Johor.

Majlis ini bermula dari jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Mursyid Madrasah Tn Syeikh Hj Abd Rahim Ismail, dalam ucapan beliau mengingatkan sekelian ahli jemaah terus istiqamah mengamalkan tariqat dalam berpegang apa yang telah diturunkan oleh Tn Guru Kiayi Hj. Othman ajarkan kepada sekelian anak-anak muridnya, beliu juga mengingatkan agar sentiasa istiqamah dalam zikir kepada Allah, kerana dengan amalan-amalan seperti inilah yang akan memberi kekuatan kepada kita untuk berhadapan apa jua situasi-situasi hidup yang mendatang dalam berhadapan fasa akhir zaman ini. 



Ucapan Aluan oleh Tn Syeikh Abd Rahim Ismail (Mursyid Madrasah) 
                                               

Bacaan munaqib Tn Guru telah dibacakan oleh anak murid Tn Guru yg masih hidup iaitu Ust Mohd Rafee Bin Harun, penghormatan bacaan munaqib ini diberikan kepada beliau berdasarkan pengalaman beliau yang telah lama berguru dengan Almahrom Tn Guru sejak tahun 1977 lagi,


Diantara bahan Munaqib yang telah dibaca oleh Ust Mohd Rafee Bin Harun mengimbaskan kembali pesanan atau peringatan Tn Guru Kiayi Hj Othman kepada murid-muridnya:

             Diantara Pesanan Tuan Guru Kiayi Hj Othman B. Mohd Amin (Mursyid Madrasah Pt. Ju) Kepada Anak-anak Muridnya


  • Hendaklah sentiasa istiqamah dalam setiap amalan terutamanya amalan berzikir.
  • Mengekalkan bangun malam melakukan amalan solat tahajud dan amalan zikir.
  • Sentiasa kemas dalam melakukan solat iaitu berpakaian mengikut sunnah bersarban, berjubah, kemas mengikut syarat dan rukun solat yang sempurna, kemas dengan sentiasa hadir hati mengingati Allah berserta tauhid dan makrifatnya.
  • Hendaklah menjaga waktu solat dengan  terlebih dahulu menunggu  waktu serta hendaklah solat berjemaah.
  • Jangan  mengatakan sesuatu amalan yang tidak kita capai atau telah dahulu diamalkan.
  • Jangan mudah hendak kedepan ( seperti kedepan menjadi imam, merebut sesuatu jawatan dalam masyarakat)
  • Hati hendaklah sentiasa muraqabah dan musyahadah kepada Allah serta zuhud dari cinta dunia.
  • Pergilah menuntut ilmu agama walau dimana sekalipun sekiranya ia akan menambah diri rasa takut kepada Allah.


 Agenda diteruskan lagi dengan Tausiyah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ketua Pembantu Mufti Negeri Johor Tn. Hj Bahrin Bin Abd.Jalal merangkap Khalifah yang telah menerima lantikan dari Tn Syeikh Hj Abd Rahim Ismail Mursid Madrasah Pt. Ju, beliau juga telah menerima watiqah perlantikan sebagai Khalifah dari pusat perkembangan Tarikat Naqsabandiyah peringkat Nusantara di Babusalam Langkat Sumatera.



Dari Kiri Ust Mohd Rafee Harun, Tn Mursyid Syekh Hj Abd Rahim Ismail, Th. Kh Hj Bahrin Abd Jalal Ketua Pemb. Mufti Negeri Johor.


Diantara Tausiyah yg telah disampaikan oleh Alfadhil  Kh.Tn Hj Bahrin Bin Abd Jalal:
  • Mengingatkan semua ahli agar meneruskan dengan amalan bersuluk bagi ditingkatkan dari zikir-zikir lataif, hingga dinaikkan ke peringkat zikir Nafi Isbat, Wukuf Qalbi, Muraqabah Ahdiah, Muraqabah Ma'yah hinggalah sampai keperingkat zikir Tahlil.
  • Dengan zikir Tahlil ini selain dapat menyempurnakan untuk diri sendiri terutama sekali untuk disampaikan kepada kedua ibubapa kita agar kita termasuk daripada yang disebut sebagai anak yang soleh.
  • Beliau juga menceritakan bagaimana berpeluang menziarahi maqam Syeikh Bahauddin Naqsabandi dan berberapa ahli salasilah Tariqat Naqsabandiyah di Uzbekistan, beliau juga menyeru sesiapa yang punyai kelapangan dan berkesempatan juga pergi menziarahi disana.
  • Beliau juga mengajak ahli-ahli jemaah yang berkelapangan pergi menzirahi pusat perkembangan Tariqat peringkat Nusantara di Babusalam Langkat Sumatera. 
Pengancara Majlis Tn Hj Ismail B. Kassim anak murid Tn Guru Kiayi Hj Othman yang telah  menuntut pengajian di madrasah ini sejak beliau berumur 14 tahun.

     

Sdr Jamil Bin Abd Aziz Cucu Tn Guru Kiayi Hj Othman

      

Sdr Abu Shukran Bin Abd Aziz Cucu Tn. Guru Kiayi Hj Othman



       Mereka-mereka yang turut Hadir 


Turut serta Mursyid Madrasah Pt Selulun Batu Pahat Tn. Syeikh Hj. Osman Bin Abdul Rahman








Tn Kh. Hj Omar murid yang tertua selaku pentadbir dan urusetia Madrasah
 Tn Guru Kiayi Hj Othman


Diantara bahan Munaqib Tn Guru Kiayi Hj Othman yang turut di pamerkan