.

.

Isnin, 13 Januari 2020

Majlis Houl Al Mahrom Tn Guru Kiayi Hj Othman Bin Mohd Amin Bertarikh 11.01.2020


Majlis Houl Al Mahrom Tn Guru Kiayi Hj Othman Bin Mohd Amin
Majlis telah diadakan pada tarikh 11.01.2020 bertempat di Madrasah Tn Guru di Pt. Ju Batu Pahat, Johor.

Majlis ini bermula dari jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Mursyid Madrasah Tn Syeikh Hj Abd Rahim Ismail, dalam ucapan beliau mengingatkan sekelian ahli jemaah terus istiqamah mengamalkan tariqat dalam berpegang apa yang telah diturunkan oleh Tn Guru Kiayi Hj. Othman ajarkan kepada sekelian anak-anak muridnya, beliu juga mengingatkan agar sentiasa istiqamah dalam zikir kepada Allah, kerana dengan amalan-amalan seperti inilah yang akan memberi kekuatan kepada kita untuk berhadapan apa jua situasi-situasi hidup yang mendatang dalam berhadapan fasa akhir zaman ini. 



Ucapan Aluan oleh Tn Syeikh Abd Rahim Ismail (Mursyid Madrasah) 
                                               

Bacaan munaqib Tn Guru telah dibacakan oleh anak murid Tn Guru yg masih hidup iaitu Ust Mohd Rafee Bin Harun, penghormatan bacaan munaqib ini diberikan kepada beliau berdasarkan pengalaman beliau yang telah lama berguru dengan Almahrom Tn Guru sejak tahun 1977 lagi,


Diantara bahan Munaqib yang telah dibaca oleh Ust Mohd Rafee Bin Harun mengimbaskan kembali pesanan atau peringatan Tn Guru Kiayi Hj Othman kepada murid-muridnya:

             Diantara Pesanan Tuan Guru Kiayi Hj Othman B. Mohd Amin (Mursyid Madrasah Pt. Ju) Kepada Anak-anak Muridnya


  • Hendaklah sentiasa istiqamah dalam setiap amalan terutamanya amalan berzikir.
  • Mengekalkan bangun malam melakukan amalan solat tahajud dan amalan zikir.
  • Sentiasa kemas dalam melakukan solat iaitu berpakaian mengikut sunnah bersarban, berjubah, kemas mengikut syarat dan rukun solat yang sempurna, kemas dengan sentiasa hadir hati mengingati Allah berserta tauhid dan makrifatnya.
  • Hendaklah menjaga waktu solat dengan  terlebih dahulu menunggu  waktu serta hendaklah solat berjemaah.
  • Jangan  mengatakan sesuatu amalan yang tidak kita capai atau telah dahulu diamalkan.
  • Jangan mudah hendak kedepan ( seperti kedepan menjadi imam, merebut sesuatu jawatan dalam masyarakat)
  • Hati hendaklah sentiasa muraqabah dan musyahadah kepada Allah serta zuhud dari cinta dunia.
  • Pergilah menuntut ilmu agama walau dimana sekalipun sekiranya ia akan menambah diri rasa takut kepada Allah.


 Agenda diteruskan lagi dengan Tausiyah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ketua Pembantu Mufti Negeri Johor Tn. Hj Bahrin Bin Abd.Jalal merangkap Khalifah yang telah menerima lantikan dari Tn Syeikh Hj Abd Rahim Ismail Mursid Madrasah Pt. Ju, beliau juga telah menerima watiqah perlantikan sebagai Khalifah dari pusat perkembangan Tarikat Naqsabandiyah peringkat Nusantara di Babusalam Langkat Sumatera.



Dari Kiri Ust Mohd Rafee Harun, Tn Mursyid Syekh Hj Abd Rahim Ismail, Th. Kh Hj Bahrin Abd Jalal Ketua Pemb. Mufti Negeri Johor.


Diantara Tausiyah yg telah disampaikan oleh Alfadhil  Kh.Tn Hj Bahrin Bin Abd Jalal:
  • Mengingatkan semua ahli agar meneruskan dengan amalan bersuluk bagi ditingkatkan dari zikir-zikir lataif, hingga dinaikkan ke peringkat zikir Nafi Isbat, Wukuf Qalbi, Muraqabah Ahdiah, Muraqabah Ma'yah hinggalah sampai keperingkat zikir Tahlil.
  • Dengan zikir Tahlil ini selain dapat menyempurnakan untuk diri sendiri terutama sekali untuk disampaikan kepada kedua ibubapa kita agar kita termasuk daripada yang disebut sebagai anak yang soleh.
  • Beliau juga menceritakan bagaimana berpeluang menziarahi maqam Syeikh Bahauddin Naqsabandi dan berberapa ahli salasilah Tariqat Naqsabandiyah di Uzbekistan, beliau juga menyeru sesiapa yang punyai kelapangan dan berkesempatan juga pergi menziarahi disana.
  • Beliau juga mengajak ahli-ahli jemaah yang berkelapangan pergi menzirahi pusat perkembangan Tariqat peringkat Nusantara di Babusalam Langkat Sumatera. 
Pengancara Majlis Tn Hj Ismail B. Kassim anak murid Tn Guru Kiayi Hj Othman yang telah  menuntut pengajian di madrasah ini sejak beliau berumur 14 tahun.

     

Sdr Jamil Bin Abd Aziz Cucu Tn Guru Kiayi Hj Othman

      

Sdr Abu Shukran Bin Abd Aziz Cucu Tn. Guru Kiayi Hj Othman



       Mereka-mereka yang turut Hadir 


Turut serta Mursyid Madrasah Pt Selulun Batu Pahat Tn. Syeikh Hj. Osman Bin Abdul Rahman








Tn Kh. Hj Omar murid yang tertua selaku pentadbir dan urusetia Madrasah
 Tn Guru Kiayi Hj Othman


Diantara bahan Munaqib Tn Guru Kiayi Hj Othman yang turut di pamerkan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan