.

.

Rabu, 19 Februari 2020

WAHDATUL WUJUD PANDANGAN TOKKU PALOH

PANDANGAN TOKKU PALOH AL-EIDRUS DAN AL-HABIB ALWI BIN TOHIR (MUFTI JOHOR) MENGENAI IMAM IBNU ARABI DAN WAHDATUL WUJUD

Peranan Tokku Paloh(1817M) adalah penting di Alam Melayu kerana beliau dipercayai telah berjaya memadu, menyelaras sekaligus mendamaikan pandangan ulama usuluddin dengan tariqat . Daripada perspektif usuluddin, Wahdat al-Wujud ialah Tauhid az-Zat, iaitu seseorang meyakini kewujudan yang sebenar hanyalah satu, iaitu Allah, manakala adanya makhluk pula tidak hakiki kerana bertaraf majaz.

Wahdat al-Wujud ialah kemuncak Tauhid az-Zat dan ia menjadi pengalaman kerohanian yang dialami oleh ahlillah yang keyakinan menguasai hati sehingga mereka melihat kenyataan sebenar, iaitu kewujudan hakiki semata-mata wujud Allah dan lupa kepada kewujudan makhluk.

Oleh itu, kedua-duanya sama dari sudut ia memfokuskan perkara yang satu, iaitu keesaan kewujudan Allah, manakala perbezaan ialah Wahdat al-Wujud membabitkan pandangan mata hati dan perasaan sedangkan Tauhid az-Zat tentang pandangan akal dan keyakinan.

Lihat penjelasan Tokku Paloh dibawah:

"Adapun yang dikehendaki dengan kata ahli
tasawuf, Wahdat al-Wujud itu maka
iaitu bermula segala sesuatu yang baharu itu jikalau berbilang sekalipun maka tiada lepas ia daripada bahawa dinamakan dengan satu nama jua, iaitu makhluk, yang keluar ia daripada 'adam(tiada) kepada wujud dengan penciptaan Allah dan sekaliannya itu bekas dengan penzahiran jua.

Maka tiadalah dipandang dengan hati mereka itu melainkan akan Allah jua. Dan inilah mafhum "shuhud al-wahdah fi al-kathrah" ertinya memandang dengan hati akan ketunggalan  Tuhan yang menjadikan alam. Maka mata yang zahir mereka itu memandang akan akwan(alam) dan mata hati mereka itu memandang akan mukawwin-nya(Pencipta) dan tiada kehendak mereka itu. "

Rujukan:
Ma'arij al-Lahfan ila Haqa'iq al-Irfan karangan Tokku Paloh al-Eidrus


PENDIRIAN AL-HABIB ALWI BIN TOHIR AL-HADDAD(1884M)

Al-Hbb Alwi bin Tohir al-Haddad adalah seorang ulama kelahiran Hadramawt, Yaman. Latar belakang pendidikan beliau adalah didalam lingkungan manhaj Ba'lawi. Ketika menginjak usia dewasa, beliau telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan dilantik menjadi Mufti Johor pada tahun 1934-1941.

Berkenaan pendirian beliau berkenaan Imam Ibnu Arabi adalah seperti para leluhurnya Sadah Bani Alawi terutamanya pendirian moyangnya Imam al-Haddad yang telah menganggap Imam Ibnu Arabi adalah seorang Wali Allah dan ajaran yang dibawanya adalah tidak terpesong.

Hal ini dapat dilihat didalam tulisan al-Habib Alwi bin Tohir berkenaan petikan kalam dari moyang Tokku Paloh iaitu al-Habib Abdullah al-Eidrus bin Abu Bakar Sakran(1408M) [orang pertama digelar al-Eidrus]:

"Beliau telah menyuruh anaknya al-Habib Abu Bakar al-Adni(al-Eidrus) untuk berbaik sangka dengan Ibnu 'Arabi serta mengi'tiqadkan bahawasanya beliau adalah daripada sebesar-besar wali dan ulama bilLah, al-'arifin bilLah Ta`ala. Dan beliau berkata:- "Bahawasanya kitab-kitabnya (yakni kitab Syaikh Ibnu 'Arabi) dipenuhi dengan hakikat-hakikat yang tidak diketahui melainkan oleh mereka-mereka yang khawas (arbab an-nihayat) dan berbahaya bagi mereka-mereka yang baru bermula (ahlu al-bidayat)."

Pernyataan diatas adalah kesimpulan yang dibuat oleh al-Habib Alwi bin Tohir al-Haddad mengenai Imam Ibnu Arabi meskipun beliau telah mengeluarkan fatwa sesat terhadap ajaran Wahdat al-Wujud.

Ini menunjukkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh beliau berkenaan kesesatan Wahdat al-Wujud, yang dimaksudkan ialah wujudiyyah mulhidah(terpesong) dan bukan wujudiyyah yang haq. Pembahagian wahdatul wujud kepada dua kelompok ini diterangkan oleh Al-Habib Umar bin Hafidz seperti dalam posting dibawah ini:


Rujukan: Uqud al-Almas karangan al-Habib Alwi bin Tohir al-Haddad, Mufti Johor.

Disediakan oleh: Mohd Iqbal bin Zain
Kiriman drpd Tn Hj Shamsun Madrasah Serqam Melaka.


☑️Istilah Wahdatul Wujud ini telah di popularkan oleh Ibnu Taimiyah pada zamannya
☑️ Muncul istilah yg telah direkayasa ini bagi mengambarkan salah faham dlm pegangan Tauhid ahli Tasawuf/Tarikat Sufi pada waktu itu, walaubagaimanapun istilah ini telah digunakan juga bagi menjawab balik sebagai penjelasan yg sebenar dlm pegangan maksud yg. sebenar bukan kpd wujudiyyah mulhidah(terpesong).
☑️Wujud Allah adalah Wujud yg  haqiqi sebelum di cipta mahluk lagi.
☑️Maka tiadalah dipandang dengan hati mereka itu melainkan akan Allah jua. Dan inilah mafhum "shuhud al-wahdah fi al-kathrah" ertinya memandang dengan hati akan keunggalan  Tuhan yang menjadikan alam. Maka mata yang zahir mereka itu memandang akan akwan(alam) dan mata hati mereka itu memandang akan mukawwin-nya(Pencipta) dan tiada kehendak mereka itu dilihatnya qudrat dan irradat diatas semua penciptaan nya (Allah SWT. )".
🔖(Petikan Video dari Al Mukarram Tn Guru Prof Madya Abd Manam B Muhammad - Ahli Jislah Turuk Sufiah Jbtn Mufti Negeri Sembilan Merangkap Panel Taswauf Jakim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan