* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
Bermula
fasal pertama pada menyatakan tauhid Af'al, ertinya mengesakan Allah
taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada
yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu
melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang
berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama
ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman
dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir
dan ma'siat, kerana kafir dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua,
kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit
daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua
pada rupanya, kerana syara' datang ia mencela akan dia.
petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087
Tiada ulasan:
Catat Ulasan