PERSOALAN AL IMAM JAAFAR AS SODIQ..
Gambar diatas adalah Syeikh Soleh al-Ja'fari yang merupakan bekas Imam Masjid al-Azhar dan berketurunan Imam Jaafar as-Sodiq
Imam Jaafar as-Sodiq ialah cicit kepada cucu Rasulullah.Namanya ialah Jaafar b Muhammad b Ali b Husain b Ali b Abi Talib.Ulama besar ini dikenali juga dengan nama Jaafar as-Sodiq.Beliau dilahirkan pada tahun 80 H. Dari sebelah ayahnya, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Ali r.a sementara dari sebelah ibunya pula, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Selain mulia dari segi nasabnya, Jaafar as-Sodiq juga sangat alim dan memiliki ilmu yang sangat luas.Beliau diakui sebagai salah seorang ulama besar kota Madinah pada masa itu.Disebabkan itu, Syiah mendakwa Imam Jaafar sebagai imam mereka.Namun, beliau sendiri sangat membenci Syiah kerana mereka suka mencela Abu Bakar as-Siddiq, moyang beliau sendiri.
GURU-GURU Imam Jaafar berguru dengan ramai ulama Madinah.Antaranya ialah ayahnya sendiri Muhammad al-Baqir, al-Qasim bin Muhammad(datuknya daripada sebelah ibu), Ibn Syihab az-Zuhri, Muhammad b al-Munkadir, Ubaidullah b Abi Rafi’, Urwah b az-Zubair dan Ata’ b Rabah. Murid2 beliau sangat ramai, sebahagiannya ialah ulama2 terkenal pada saat itu.Mereka ialah anaknya sendiri Musa al-Kazim, Imam Malik b Anas, Imam Abu Hanifah, Ibn Juraij, Ibn Ishaq, Sufyan al-Thauri, Syu’bah, Sufyan b Uyainah dan ramai lagi.
Telah berkata Imam Jaafar As Sodiq رحمه الله تعالى, "Bersahabat aku dengan 400 orang sufi dan aku tanya akan mereka itu 4 masalah. Maka tiada seorang pun menjawab akan daku. Maka dukacitalah aku kerana yg demikian itu. Maka aku lihat akan Nabi صلى الله عليه وسلم pada mimpiku, maka bertanya ia صلى الله عليه وسلم akan hal aku. Maka aku khabarkan akan dia dengan demikian itu.
Maka sabdanya, "Tanyakan olehmu akan daku akan masalahmu itu". Maka berkata aku baginya, "Apa hakikat tauhid? Apa had akal (iaini takrif akal)? Apa had tasawwuf? Dan apa hakikat fakir?"
Maka sabdanya, "Adapun hakikat tauhid itu maka iaitu barang yg terlintas dengan hatimu, maka iaitu binasa (iaini baharu) yg fana' ia. Bermula Allah سبحانه وتعالى bersalahan bagi yg demikian itu. Kerana tiada dapat menyamai segala yg baharu itu akan Dia.
Dan adapun had akal itu, maka sekurang-kurangnya meninggalkan dunia. Dan yg diatasnya, meninggalkan berfikir *pada Zat Allah Azza Wajalla kerana sabda Baginda صلى الله عليه وسلم, "Fikir olehmu pada nikmat Allah Taala dan jangan kamu fikir pada Zat Allah Taala".
Dan adapun had tasawwuf itu maka iaitu meninggalkan dakwa, ertinya jangan dibangsakan sesuatu kepada makhluk. Dan menyembunyikan segala ma'ani (yakni segala rahsia)
Dan adapun hakikat fakir itu maka iaitu :
(١) bahawa tiada engkau memilik akan sesuatu,
(٢) dan tiada memilik akan dikau oleh sesuatu.
Dan redha engkau pada kedua hal itu.
Dan erti :
(١) tiada engkau memilik akan sesuatu itu iaitu tiada engkau pandang akan barang yg ada pada engkau itu milik engkau. Hanya engkau pandang, pertaruhan Allah Taala jua. Harus bagi Allah Taala mengambil pada waktu yg dikehendakNya.
(٢) dan makna tiada memilik akan dikau oleh sesuatu itu iaitu tiada cenderung hati engkau kepada sesuatu samada dunia atau akhirat. Hanya iftiqar (yakni berhajat) engkau semata-mata kepada Allah Taala jua". انتهى
كتاب عقيدة الناجين ١٩
الشيخ زين العابدين بن محمد الفطانى
Kiriman dari Al Zarin Batu Pahat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan