🕋 Tarbiah Sufi:
Dari Makrifat al-Nafs Menuju Syuhud al-Haqq: Fana' al-Ananiyyah Menurut Tafsiran Sufi
🔹Qalam Sufi:
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ، وَمَنْ عَرَفَ رَبَّهُ فَجَسَدَ
🔹Terjemahannya:
"Barang siapa mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia mengenal Tuhannya. Dan barang siapa mengenal Tuhannya, maka binasalah ia (fana'lah dirinya)."
✍️ Muqadimah:
Jalan tasawuf ialah perjalanan penyucian hati (tazkiyah al-nafs) yang membawa seorang hamba daripada mengenal kelemahan dirinya kepada mengenal keagungan Allah. Apabila hati disucikan melalui mujahadah, zikrullah dan ittiba' kepada al-Quran serta al-Sunnah, maka tersingkaplah baginya makrifat yang melahirkan ubudiyyah, iftiqar dan syuhud kepada Allah.
Ungkapan para ulama sufi hendaklah difahami sebagai qalam isyari, bukan pada zahir lafaz semata-mata, serta sentiasa ditimbang dengan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.
✍️ Pengenalan:
Qalam ini mengisyaratkan bahawa permulaan perjalanan menuju Allah ialah mengenal hakikat diri sebagai hamba yang faqir, lemah dan sentiasa berhajat kepada-Nya. Apabila makrifat kepada Allah semakin sempurna, maka sirnalah segala dakwaan diri, lenyaplah ananiyyah dan gugurlah pergantungan hati kepada selain Allah.
Qalam ini merupakan hikmah yang masyhur dalam khazanah tasawuf. Walaupun asal nisbahnya tidak dapat dipastikan, ia sering dikaitkan dengan Syeikh al-Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi sebagai ungkapan yang menghimpunkan hakikat makrifat al-nafs dan makrifatullah.
Sebagaimana yang dihuraikan dalam Kitab al-Durr al-Nafis, qalam ini mengisyaratkan hakikat fana', iaitu gugurnya penyaksian terhadap diri, bukan lenyapnya zat insan. Yang kekal hanyalah ubudiyyah yang murni serta syuhud terhadap Rububiyyah Allah.
✅ Tafsir Isyari/Sufi:
🔹 Qalam Pertama
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ
Terjemahannya: "Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya."
👉 Isyarinya:
▪️ Mengenal diri sebagai hamba yang faqir, dhaif dan sentiasa berhajat kepada Allah.
▪️ Menyedari bahawa segala nikmat, ilmu, kekuatan dan kemampuan hanyalah limpah kurnia Allah.
▪️ Bertambah teguh tauhid kehambaan serta penyerahan diri kepada Allah.
▪️ Makrifat terhadap diri menjadi pintu kepada makrifat terhadap Rububiyyah Allah.
▪️ Mengenal Allah melahirkan makrifat, muraqabah, musyahadah dan mahabbah kepada-Nya.
🔹 Qalam Kedua
وَمَنْ عَرَفَ رَبَّهُ فَجَسَدَ
Terjemahannya: "Dan sesiapa yang benar-benar mengenal Tuhannya, maka binasalah ia (iaitu ananiyahnya serta leburlah segala dakwaan dirinya)."
👉 Isyarinya:
▪️ Binasa daripada ananiyyah (lebur daripada keakuan dan dakwaan diri).
▪️ Binasalah ujub terhadap ilmu, amal, ibadah dan maqam kerana semuanya adalah taufiq Allah.
▪️ Binasalah takabbur kerana menyaksikan bahawa segala kelebihan hanyalah kurniaan Allah.
▪️ Binasalah pergantungan hati kepada asbab, lalu teguh tawakal kepada Allah semata-mata.
▪️ Leburlah segala dakwaan terhadap amal, ilmu, maqam dan ahwal sehingga semuanya dikembalikan kepada Allah.
▪️ Lenyap penyaksian terhadap diri dan segala aghyar dengan pandangan istiqlal( Tidak melihat diri sebagai mempunyai wujud, kuasa, iradah, kemampuan atau kesan yang berdiri sendiri yang terlepas daripada qudrah serta tadbir Allah).
▪️ Kekallah syuhud terhadap Af'al Allah pada setiap kejadian, sehingga hati sentiasa hidup dalam muraqabah, reda dan tafwid (menyerahkan urusan kepada-Nya).
▪️ Binasa daripada melihat haul dan quwwah dirinya, lalu menyaksikan semuanya berlaku dengan iradah, qudrah dan tadbir Allah.
▪️ Binasa daripada pergantungan hati kepada segala aghyar sehingga hati bertawajjuh hanya kepada Allah.
▪️ Binasa dalam syuhud terhadap segala yang zahir dan batin sebagai milik Allah, berada di bawah kerajaan, qudrah, iradah dan tadbir-Nya semata-mata.
👉Fana' yang dimaksudkan ialah fana' syuhudi (fana' an-nafs), bukan fana' zat, hulul atau ittihad.
🌿Khulasah Isyari:
"Binasa daripada menyaksikan diri dan segala aghyar dengan pandangan istiqlal, lalu kekallah syuhud bahawa segala yang zahir dan batin seluruhnya adalah milik Allah, berada di bawah qudrah, iradah dan tadbir-Nya semata-mata."
👉Ungkapan ini lebih hampir dengan istilah para ulama tasawuf Ahlus Sunnah kerana menegaskan syuhud rububiyyah Allah, bukan menyamakan Allah dengan makhluk.
✅ Qalam Ulamak Sufi
🔹Imam al-Junaid al-Baghdadi رحمه الله:
🔹 Qalamnya:
أَدْنَى مَا يَحْتَاجُ إِلَيْهِ الْعَارِفُ سُقُوطُ رُؤْيَةِ نَفْسِهِ
🔹 Terjemahannya:
"Sekurang-kurangnya yang diperlukan oleh seorang arif ialah gugurnya penyaksian terhadap dirinya."
👉 Isyarinya:
▪️ Gugurlah penyaksian terhadap diri secara istiqlal.
▪️ Binasalah ananiyah dan dakwaan diri.
▪️ Yang kekal dalam syuhud hanyalah qudrah, iradah dan tadbir Allah.
▪️ Inilah antara tanda makrifat yang benar menurut para arif billah.
🔹 Qalamnya:
الْعَارِفُ مَنْ لَا يَرَى لِنَفْسِهِ قَدْرًا، وَلَا حَالًا، وَلَا مَقَامًا
🔹 Terjemahannya:
"Orang yang arif ialah orang yang tidak lagi melihat bagi dirinya nilai, keadaan mahupun maqam."
👉 Isyarinya:
▪️ Makrifat kepada Allah membinasakan ananiyah.
▪️ Gugurlah dakwaan terhadap ilmu, amal dan maqam.
▪️ Yang disyuhud hanyalah keagungan Allah.
✅ Dalil Semaksud:
🔹Surah As-Saffat: 96:
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
"Dan Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat."
👉 Isyari:
▪️ Segala wujud, perbuatan dan gerak hamba adalah dalam ciptaan Allah.
▪️ Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
▪️ Ini menguatkan syuhud bahawa segala sesuatu kembali kepada Rububiyyah Allah semata-mata.
✅ Intipati Maksud:
▪️ Makrifat al-nafs ialah pintu menuju Makrifatullah.
▪️ Makrifatullah melahirkan fana' daripada ananiyyah dan dakwaan diri.
▪️ Syuhud Rububiyyah menjadikan hati melihat segala yang zahir dan batin berada di bawah milik, qudrah, iradah dan tadbir Allah.
▪️ Semakin tinggi makrifat, semakin sempurna adab, tawaduk, iftiqar dan ubudiyyah.
✳️ Kesimpulan:
Qalam ini menggambarkan perjalanan seorang salik daripada mengenal hakikat dirinya kepada mengenal kebesaran Tuhannya. Buah makrifat ialah fana' al-ananiyyah, sehingga hati sentiasa hidup dalam syuhud Rububiyyah Allah. Inilah maqam yang melahirkan tawaduk, ikhlas dan istiqamah dalam ubudiyyah, tanpa menyalahi akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.
🌷 Penutup Qalam Sufi
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ بِالْعُبُودِيَّةِ، وَعَرَفَ رَبَّهُ بِالرُّبُوبِيَّةِ، فَنِيَ عَنْ أَنَانِيَّتِهِ، وَبَقِيَ بِأَدَبِ الْعُبُودِيَّةِ وَشُهُودِ الْحَقِّ.
Terjemahannya:
"Barang siapa mengenal dirinya sebagai hamba dan mengenal Tuhannya sebagai Rabb, maka fanalah ananiyyahnya, lalu kekallah dia dengan adab kehambaan serta syuhud kepada al-Haqq."
والله أعلم بالصواب
SalamPerkongsian.
#KalamSalikin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan