.

.

Jumaat, 28 April 2017

Kenapa Penting nya Belajar Tasawuf


Kenapa penting nya belajar tasawuf

⏩ Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

⏩ Ilmu tasawuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

⏩ Imam al-Ghazali berkata;
"Hukum mempelajari tasawuf adalah fardu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau kekurangan kecuali para anbia."

⏩ Syeikh al-Syazili berkata;
"Siapa tidak mempelajari ilmu ini, nescaya dia mati di dalam dosa besar yang tidak disedarinya."

⏩ Syeikh Dahlan al-Kadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawuf adalah fardu ain pada setiap orang yang mukallaf. Ini kerana sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin. Imam Malik mengungkap "Siapa mempelajari tasawuf tanpa feqah, dia kafir zindik. Siapa mempelajari feqah tanpa tasawuf, dia adalah fasiq. Siapa mempelajari kedua-duanya nescaya dia adalah tahkik (benar)."


⏩ Ibn 'Ajibah berkata;
"Orang yang mempelajari tasawuf tanpa feqah menjadi kafir zindik kerana dia mengucap dengan cara terpaksa tanpa mengetahui hikmah dan hukum-hukumnya. Manakala orang yang belajar feqah sahaja tanpa tasawuf menjadi fasiq kerana dia beramal tanpa memberikan sepenuh tumpuan, hati dan perasaannya kepada Allah. Ini menyebabkan amalannya tidak ikhlas.

⏩ Oleh itu, jelaslah bahawa tasawuf dan feqah itu dua ilmu yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak sempurnalah feqah itu tanpa tasawuf, sebagaimana pincangnya tasawuf tanpa feqah."

⏩ Tasawuf dipelajari untuk mendidik hati dan untuk mengenali (makrifat) Allah Yang Maha Mengetahui.

⏩ Sepertimana kata Ibn 'Ajibah;
"Hasil mempelajari tasawuf adalah untuk melepaskan diri daripada runtunan hawa nafsu, memelihara hati daripada sifat keji dan berakhlak dengan akhlak yang mulia."

Tasawuf boleh memperbaiki hubungan sesama manusia. Tidak ramai yang tahu cara berinteraksi dengan manusia.

Belajarlah ,tidak rugi pun kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak yang mulia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan