A. PEMBERIAN
NAMA THARIQAH (TARIKAT)
Silsilah Tarikat Naqsyabandiyah bersambung mulai dari
Rasulullah kemudian turun kepada Sayyidina Abu Bakar Siddiq r.a., lalu
diturunkan kepada Sayyidina Salman Al Farisi r.a., dan seterusnya sampai dengan
ahli silsilah yang terakhir. Walaupun inti ajaran pokoknya adalah sama, yaitu
dzikrullah, namun nama-nama tarikatnya berbeda antara satu periode ke periode
selanjutnya. Nama-nama itu adalah sebagai berikut :
1). Pada masa periode Rasulullah SAW dinamakan dengan
Thariqatus Sirriyah, karena halus dan tingginya peramalan ini.
2). Pada masa periode Abu Bakar Siddiq r.a. dinamakan dengan
Thariqatul Ubudiyah, karena beliau melihat kesempurnaan pengabdian Nabi
Muhammad SAW sepenuhnya kepada Allah SWT dan untuk-Nya baik lahir maupun batin.
3). Pada masa periode Salman al Farisi r.a. sampai dengan
periode Syekh Thaifur Abu Yazid Al Busthami q.s. dinamakan dengan Thariqatus
Shiddiqiyah, karena kebenarannya dan kesempurnaan Saidina Abu Bakar Siddiq
r.a., mengikuti jejak Rasulullah SAW lahir maupun batin.
4). Pada masa periode Abu Yazid Al Busthami sampai dengan
periode Syekh Abdul Khaliq Al Fajduwani q.s. dinamakan dengan Thariqatuth
Thaifuriyah, mengambil nama asli dari Syekh Tahifur bin Isa bin Adam bin
Sarusyan.
5). Pada masa periode syekh Abdul Khaliq Al Fajduwani q.s.
sampai dengan periode Syekh Bahauddin Naqsyabandi q.s dinamakan dengan
Thariqatul Khawajakaniyah, mengambil nama khawajah Syekh Abdul Khaliq Al
Fajduwani q.s.
6). Pada masa periode Syekh Bahauddin Naqsyabandi q.s.
sampai dengan periode Syekh Nashiruddin Ubaidullah Al Ahrar q.s. dinamakan
dengan Thariqatun Naqsyabandiyah. mengambil nama dari Syekh Bahauddin
Naqsyaband.
7). Pada masa periode Syekh Nashiruddin Ubaidullah al Ahrar
q.s sampai dengan periode Syekh Ahmad al Faruqi q.s. dinamakan dengan
Thariqatul Naqsyabandiyah Al Ahrariyah. Mengambil nama dari Nashiruddin
Ubaidullah Al Ahrar q.s.
8). Pada masa periode Syekh Akhmad al Faruqi q.s. sampai
dengan periode Maulana Asy Syekh Dhiyauddin Khalid Al Ustmani Al Kurdi q.s.
dinamakan dengan periode Thariqatun Naqsyabandiyah Al Mujaddidiyah.
9). Pada masa periode Maulana Asy Syekh Dhiyauddin Khalid al
Ustmani Al Kurdi q.s sampai dengan sekarang dinamakan dengan Thariqatun
Naqsyabandiyah Al Mujaddidiyah Al Khalidiyah.
Nama-nama itu diberikan oleh murid- murid setelah masa hidup
Syekh Mursyidnya. Umpamanya nama Thariqatul Ubudiyah diberikan oleh Abu Bakar
Siddiq r.a, karena beliau melihat kesempurnaan pengabdian Nabi Muhammad SAW.
Nama Thariqatus Siddiqiyah diberikan oleh Saidina Salman Al Farisi r.a, karena
kebenarannya dan kesempurnaan Sayyidina Abu Bakar Siddiq r.a. Demikianlah
seterusnya.
B. TARIKAT NAQSYABANDIYAH
Tarikat ini dimasyhurkan oleh Muhammad bin Muhammad
Bahauddin al Uwaisi al Bukhari Naqsyabandi q.s. (silsilah ke- 15). Dia belajar
tasawuf kepada Muhammad Baba as Samasi ketika beliau berusia 18 tahun. Untuk
itu beliau bermukim di Sammas dan belajar di situ sampai gurunya (Syek AS
Samasi) wafat. Sebelum Syekh As Samasi wafat, beliau mengangkat Naqsyabandi
sebagai … Read more
[4:01 PM, 5/8/2017] اوستذ
من فاريۃ حاج عبدالرحمن: PENGARUH
DAN KESAN KESUFIAN DAN AHLI TAREQAT
KEPADA DUNIA ISLAM
Sejarah telah membuktikan bahawa ahli-ahli tasawuf dan
tariqat telah memainkan peranan yang besar dan penting dalam dunia Islam bukan
saja pada aspek pembinaan kerohanian BAHKAN mengambil bahagian yang aktif dalam
ketamadunan, peradaban, keilmuan, pendidikan,penyebaran Islam, pemerintahan,
kebudayaan, ekonomi dan sebagainya HATTA mereka juga mengambil bahagian dalam
jihad fi sabilillah melawan musuh Islam dan penjajah.
Bidang tasawuf telah melahirkan golongan umat Islam yang
bukan sahaja lengkap dan sempurna pada pegangan Tauhid dan Syariatnya, tetapi
mereka juga mempunyai kekuatan dalaman yang utuh, iaitu sentiasa MENYUCIKAN
HATI DARIPADA SELAIN ALLAH yang kuncinya adalah merendam hati dengan berzikir
kepadaNya dan berpuncak pada peleburan keseluruhan jiwa dalam kebesaran Allah.
Sesetengah penentang Tasawuff pula berpendapat bahawa
bagaimana mungkin memegang panji-panji jihad di mukabumi ini jikalau asyik
tenggelam dengan berzikir dan beribadah?
Sedangkan sejarah Islam jugalah yang mampu membuktikan bahawa
tokoh-tokoh sufilah yang sering tampil ke saf paling hadapan dalam perjuangan
membela kebenaran Islam.
Lembaran sejarah telah membuktikan bahawa Salahuddin
al-Ayyubi seorang pemimpin dan penakluk Jerusalem mengalahkan musuh Islam dalam
perang Salib, ternyata beliau adalah seorang ahli sunnah wal jamaah yang
merupakan pengamal kesufian dan beraqidah Asya'irah.
Seorang sultan yang bernama Nuruddin Mahmud al-Zinki (lahir
1118M), seorang sufi bermazhab Hanafi, memimpin angkatan dalam pembebasan
Baitul Maqdis.
Beliau merupakan seorang sultan yang mempunyai ilmu yang
luas sehinggakan beliau diberi izin untuk meriwayatkan hadis-hadis.
Keperibadian Nuruddin memaparkan beliau sebagai seorang pemimpin ummah
berwibawa. Dalam majlisnya, tidak dibicarakan hal-hal kecuali hal ilmu, agama
dan jihad. Pelbagai sumbangan yang dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya
antaranya menubuhkan universiti tertua di dunia iaitu universiti al-Azhar.
Lembaran sejarah juga telah membuktikan bahawa Salahuddin
al-Ayyubi seorang pemimpin dan penakluk Jerusalem yang berjaya mengalahkan
musuh Islam dalam perang Salib, ternyata beliau adalah seorang ahli sunnah wal
jamaah yang merupakan pengamal kesufian dan beraqidah Asya'irah.
Beliau telah mendirikan banyak madrasah dan khanqah/zawiyyah(organisasi
tareqat dan kesufian) yang menyelia perjalanan aktiviti tareqat dan tasawuf di
Mesir. Khanqah terkemuka ialah Khanqah Sa`id al-Su`ada yang didirikan pada
zaman Bani Mameluk oleh Sultan Salahudin al-Ayyubi pada tahun 1173 M di Mesir.
Dalam khanqah itu hidup tiga ratus darwish, ahli suluk, guru sufi dan pengikut
mereka, serta menjalankan banyak aktiviti keagamaan.
Khalifah-khalifah di zaman keagungan empayar Othmaniyyah
terkenal sebagai Ruhbanun Fillail wa fursanun binnahar, iaitu “beribadat kepada
Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya berjuang laksana singa”, demikian
peranan yang telah dimainkan oleh Sultan Muhammad al-Fatih (lahir 1432M)
penakluk kota Konstantinopel(Istanbul) adalah merupakan seorang ahli sufi
bertareqat Naqshabandi, berpegang teguh dengan kitab al-Ghazali dalam bidang
tasawuf dan beraqidah Maturudiyyah.
Kemunculan beliau sebagai penakluk Konstantinopel telah
difirasatkan didalam hadis Rasulullah SAW, sabdanya “Sungguh Konstantinopel
akan ditaklukkan. Sebaik-baik pemimpin adalah penakluknya dan sebaik-baik
pasukan adalah pasukannya”. (H.R. Ahmad). Ternyata pujian Rasulullah SAW ini
tertuju kepada Sultan Muhammad al-Fatih, seorang ahli sunnah wal jamaah yang
berguru kepada seorang Syaikh tasawuf, Syeikh Aaq Syamsuddin seperti yang telah
ditulis oleh Imam Syaukani dalam kitabnya al-Badru al-Thali.
Khan Ghazan pula ialah seorang ahli sufi daripada Tariqah
An-Naqsyabandi telah berjaya mengislamkan kerajaan Monggol yang sebelum itu orang Monggol telah menjarah
Baghdad dan membunuh beribu-ribu umat Islam dengan kejamnya. Malik bin Dinar
juga seorang ahli sufi yang terkenal
telah berjasa dalam mengembangkan
Islam di Malabar, Gujerat di India, Maldive dan kepulauan-kepulauan yang
berdekatan dengan bantuan murid-muridnya. Yusuf Din As-Sindi pula berjasa dalam
mengislamkan negeri Multan dan Kashmir. Pemimpin-pemimpin Tariqah
Al-Qadiriyyah, As-Syaziliyyah dan lain-lain pula membantu dalam perkembangan
Islam di barat, tengah dan selatan
Afrika.
Di Dagestan(Rusia), Syeikh Syamil An Naqsyabandi dengan
Masyaikh yang lain telah menentang kemasukan tentera kafir Russia yang datang
untuk menjajah pada tahun 1813M. Di India, Syeikh Ahmad Syahid, Liyakat Ali dan
Syeikh Mahmud Deobandi adalah antara Masyaikh yang telah memainkan peranan
menentang Inggeris di India. Syeikh Umar
Mukhtar yang merupakan Syeikh Tariqah Sanusiyyah memerangi penjajahan Itali di
Libya.
Di Alam Nusantara sendiri sarat dengan kisah-kisah
perjuangan jihad fisabilillah yang diketuai oleh Masyaikh dan ulamak-ulamak
Tariqah demi menentang penjajahan dan usaha kristianisasi Barat. Contohnya dalam Kesultanan Banten, pengaruh
Tariqah Khalwatiyyah yang diketuai oleh Syeikh Yusuff Taj Al-Khalwati telah menggerakkan perang sabil orang-orang
Islam menentang Belanda dari tahun 1680-1683M . Kemudian beliau melebarkan
sayap dakwahnya sehingga ke Afrika Selatan dan sehingga kini di Cape Town masih
terdapat peninggalan amalan tasawuf dan tareqat yang masih diamalkan oleh Cape
Malay. Dalam Kesultanan Palembang, dibawah pimpinan Sultan Mahmud Badruddin
yang mengikuti Tariqah Samaniyyah telah
menjadi pendokong utama menentang serangan penjajah Belanda dalam tahun
1811-1822M
Di Minangkabau, pengikut Tariqah Naqsyabandiyyah dan
Syathariyyah telah membuat perjuangan menentang penjajahan Belanda. Sunan
Gunung Jati, salah seorang ahli Wali Songo pula terkenal dengan jihad melawan
tentera Portugis di Pasai. Raja Haji Fisabilillah, Haji Abdul Karim, Teuku Chik
di Tiro, Tokku Paloh dan ramai lagi adalah pengikut-pengikut Tariqah yang
tercatat dalam sejarah Nusantara sebagai para pejuang agama yang terunggul
dalam menentang penjajahan kuffar Barat. Sejarah mencatatkan bahawa selama
Tokku Paloh masih hidup, Barat tidak berani untuk menjajah Terengganu sama
sekali.
Sejarah juga menunjukkan bahawa penjajah-penjajah Barat amat
gerun dengan keberanian serta semangat sakti yang dipamirkan oleh orang-orang
Tariqah. Merekalah yang sering
menjadi kubu utama bagi masyarakat Islam
menahan dari sebarang bentuk cabaran yang cuba mematahkan kekuatan Islam.
Tariqah menjadi satu saluran berkesan untuk menggerakkan
perjuangan agama kerana para pengikutnya mempunyai hubungan
hablumminallah(hubungan dengan Allah) yang mendalam serta
hablumminannas(hubungan dengan manusia) yang baik, penuh hikmah dan berkasih
sayang, mempunyai sifat taqwa dan tawadhuk yang tinggi, tulus dan tidak mudah
dijual-beli . Selain itu ahli-ahli Tariqah selalunya mempunyai semangat
perkumpulan yang cukup kental yang dibina atas asas semangat persaudaraan agama
serta ikatan istimewa diantara guru (Masyaikh) dan murid.
Kesimpulannya, ahli tasawuf dan tareqat sentiasa berada
disaf hadapan dalam perjuangan Islam pada setiap zaman dan tempat. Pada artikel
akan datang, inshallah kami akan bawakan sejarah secara terperinci kedatangan
ahli sufi terawal membawa Islam ke alam Melayu Nusantara dengan penuh hikmah
dan kasih sayang serta sumbangan dan
jasa mereka dalam membentuk ketamadunan,keilmuan dan pengamalan agama dirantau
ini.
(Dari Wall Ustaz Iqbal Md Zin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan