.

.

Rabu, 27 September 2017

Amalan Wuquf Qalbi

AMALAN WUQUF QALBI : KONSEP, KEPENTINGAN DAN PRAKTIKNYA MENURUT TAREKAT NAQSHABANDIYYAH KHALIDIYYAH

Oleh: Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar

Pendahuluan

Perkataan wuqudalam bahasa Arab adalah merujuk makna berhenti daripada berjalan atau bangun berdiri daripada duduknya, manakala perkataan qalbi pula berasal daripada perkataan qalb iaitu jantung, kemudian disandarkan kepada perkataan tersebutya’ nisbah bertujuan membangsakan perbuatan berhenti itu kepada jantung. Dari sudut istilah pula wuquf qalbi  adalah sebagai satu simbolik dalam mengingati Allah (s.w.t.) sampai ke peringkat  tidak  menghiraukan pelbagai lintasan ingatan terhadap perkara lainNya.
Wuquf qalbi  adalah merujuk dua perkara yang dilakukan oleh murid. Pertama, murid menghadirkan ingatan terhadap makna lafaz kalimah Allah yang disebut, iaitu ‘Dia (Allah) adalah Zat Yang Tidak Menyerupai sesuatu’. Perbuatan tersebut adalah bertujuan melenyapkan lintasan ingatan terhadap perkara selain daripada Allah.


Amalan Wuquf Qalbi

Amalan wuquf qalbi adalah satu daripada sebelas asas penting dalam Tarekat Naqshabandiyyah yang menjadi garis panduan utama bagi para murid untuk mencapai matlamat ma`rifah Allah. Lapan daripada sebelas asas tersebut telah diketengahkan oleh Shaykh `Abd al-Khaliq al-Ghujdawani (m.575H), manakala tiga asas lagi disempurnakan oleh Shaykh Baha’ al-Din Naqshaband (m.791H). Artikel ini cuba mencungkil secara khusus konsep amalan tersebut sebagaimana ditonjolkan oleh para tokohnya, untuk melihat aspek kepentingan amalan itu dalam institusi tarekat berkenaan. Di samping itu, artikel ini juga cuba mengenal pasti bentuk praktiknya dalam institusi Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di Malaysia kini untuk melihat aspek persamaan dan perbezaan atau pembaharuan yang berlaku apabila dibandingkan dengan para tokoh  Naqshabandiyyah silam. Sempena menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri yang mulia  tahun ini, penulis dengan rendah diri menghadiahkan artikel kecil ini untuk tatapan rohani para ikhwan, dengan harapan pelbagai mutiara berharga yang terdapat padanya boleh dijadikan panduan dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.



Kedudukan Amalan Wuquf QalbDalam Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah

Amalan wuquf qalbi adalah satu asas yang telah diperkenalkan oleh Shaykh Baha’ al-Din Naqshaband. Beliau menyifatkan bahawa wuquf qalbi merupakan satu syarat yang wajib kerana ia adalah merupakan maksud tujuan setiap amalan zikir. Tanpanya amalan zikir yang dilaksanakan adalah tidak lebih menjadi suatu pergerakan lidah atau hati yang menyebut-nyebut lafaz zikir yang tidak mendatangkan faedah kepada pengamalnya. Oleh sebab itu, wuquf qalbi semestinya wujud sepanjang waktu berzikir dilangsungkan dan juga dalam semua aktiviti yang dilakukan di luar waktu zikir. Jika diteliti, wuquf qalbiyang juga diistilahkan oleh sesetengah tokoh Naqshabandiyyah sebagai al-hudur, al-shuhud, al-wusul  dan al-wujud, adalah satu amalan berkait rapat dengan pelbagai asas lain yang telah diketengahkan oleh Shaykh `Abd al-Khaliq al-Ghujdawani sebelum kedatangan Shaykh Baha’ al-Din.



Semua istilah tersebut mengandungi pengertian tersendiri dan ia juga merupakan pelbagai adab yang perlu dipenuhi oleh seseorang murid bagi mencapai matlamat mengenal Allah menurut keyakinan mereka. Asas-asas yang dimaksudkan itu ialah pertama; murid hendaklah mengingati Allah (hudur) dalam setiap hembusan nafas (hush dardam); kedua akal dan fikirannya pula tidak dipenuhi dengan perkara selain Allah (nazar  bar qadam); ketiga berubah daripada sifat tercela kepada sifat terpuji (safar dar watan); keempat hati hendaklah sentiasa hudur serta Allah walaupun sewaktu bergaul dalam masyarakat (khalwah dar anjuman); kelima berkekalan berzikir dengan bentuk zikir yang ditetapkan (yad kard); keenam hendaklah sentiasa bermunajat kepada Allah dengan  satu doa khas iaitu Ilahi Anta maqsudi wa ridaka matlubi (bazkusht); ketujuh memelihara hati daripada sebarang bentuk lintasan ingatan selain Allah (nakah dashat); kelapan hendaklah berkekalan hudur serta Allah tanpa paksaan (yad dashat). Manakala dua asas lain yang pernah diperkenalkan oleh Shaykh Baha’al-Din Naqshaband selainwuquf qalbi ialah wuquf zamani dan wuquf `adadi. Maksud wuquf zamani  ialah seseorang murid hendaklah sentiasa memeriksa hal dirinya dalam tempoh setiap satu atau dua jam, sama ada ia berada dalam keadaan mengingati Allah atau sebaliknya. Wuquf `adadi pula ialah seseorang murid yang melaksanakan amalan zikir nafi ithbat hendaklah melakukannya dalam bilangan ganjil.
Merujuk pelbagai asas di atas, boleh dikatakan kesemuanya dibentuk bertujuan menyempurnakan tuntutan wuquf qalbi  yang dimaksudkan itu. Hal demikian adalah kerana wuquf qalbi  mengandungi makna berkekalan mengingati Allah (dawam al-hudurma`a Allah). Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika ia disimpulkan sebagai satu asas yang wajib dalam Tarekat Naqshabandiyyah.


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

“(Ulul Albab ialah) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.”

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“(sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini (kejadian langit dan bumi serta semua kejadian) dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka.”

Berhadap kepada hati bukan bermakna murid membayangkan bentuk hati dalam khayalan lalu berhadap kepadanya. Dengan lain perkataan, deria mata, telinga, bau, rasa dan deria sentuhan seolah-olah memberi tumpuan kepada hal kelakuan hati yang sedang melangsungkan amalan zikir, serta memutuskan hubungan ingatan terhadap perkara lain.


Konsep Wukuf Qalbi

Perlu ditegaskan bahawa, konsep berkekalan wuquf qalbi atau hudur al-qalb menurut para tokoh Naqshabandiyyah, bukan bermaksud tidak wujud satu pun lintasan ingatan terhadap perkara selain Allah dalam hati murid sepanjang waktu. Sebaliknya apa yang dimaksudkan ialah, ingatan kepada Allah semata-mata mendominasi ingatan terhadap perkara lain. Seandainya wujud lintasan ingatan selain Allah sekalipun, kehadirannya tidak kekal bertapak di hati, malahan tidak mengganggu tumpuan ingatan murid kepada Allah. Hal berkaitan telah diakui sendiri oleh para tokoh Naqshabandiyyah silam seperti Shaykh `Ala’ al-Din al-`Attar (m.898H), Shaykh `Ubayd Allah ‘Ahrar dan al-Sirhindi yang menyifatkan bahawa tumpuan ingatan kepada Allah tanpa wujud satu pun lintasan selainNya adalah suatu perkara sukar, dan hanya boleh berlaku pada beberapa tempoh tertentu sahaja,  bukan tidak sepanjang masa


Amalan Wuquf Qalbi Suatu Teknik Penghayatan Tauhid

Penghayatan amalan wuquf qalbi yang digandingkan bersama-sama dengan zikir Allahatau LIlaha Illa Allah, ia adalah dianggap sebagai suatu penghayatan permulaan yang mesti dicapai oleh para murid. Tanpanya, murid tidak mungkin mencapai matlamat untuk sampai kepada mengenal Allah. Hal ini kerana, tujuan teknik penghayatan tersebut adalah supaya tertanam dalam hati murid rasa yakin tentang wujud Allah S.W.T. yang tidak boleh digambarkan hakikat kewujudanNya dengan sesuatu apapun. Amalan tersebut jika diteliti, merupakan suatu penghayatan kepada firman Allah:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِير'
Maksudnya: Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)Surah al-Shura (42)

Sebahagian petikan dari Tn Guru Dr. Hj Jahid Sidek

Selasa, 26 September 2017

MURAQABAH



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

1.     DEFINISI MURAQABAH
Muraqabah adalah meresapkan kesadaran bahwa Allah sentiasa melihat, mengawasi,  memerhatikan diri kita dalam gerak dan diam kita, baik lahir maupun batin.

     PENTINGNYA MURAQABAH
Allah Maha Tahu atas dosa-dosa kecil, apalagi dosa-dosa besar; Allah Mahatahu atas apa saja yang tersembunyi di dalam dada-dada manusia, apalagi yang tampak secara kasat mata. Di sinilah pentingnya muraqabah. Muraqabah (selalu merasa ada dalam pengawasan Allah SWT) adalah salah satu maqam dari sikap ihsan, sebagaimana yang pernah diisyaratkan oleh Malaikat Jibril as. dalam hadits Rasulullah SAW, saat kepada beliau ditanyakan: apa itu ihsan? Saat itu Malaikat Jibril as sendiri yang menjawab, “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Jika engkau tidak melihat Allah maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” (HR Muslim).

MURAQABAH SEBAGAI WASILAH
Muraqabah sebagai wasilah penyampai kepada kebersamaan dengan Allah  (معية الله)...

﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ﴾
[سورة الحديد الآية: 4]

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Al Hadid: 4)

Muraqabah bererti merasai pengawasan Allah. Seorang hamba Allah itu apabila merasai dan meyakini bahawa Allah ta'ala sedang dan sentiasa mengawasi gerak dan perilakunya, nescaya ia akan beristiqamah dalam mentaatiNya. Berbahagialah ia di dunia dan akhirat.

Oleh kerana itu, muraqabah amat penting dalam suluk di jalan keimanan.



Antara kepentingan muraqabah:

1. Muraqabah melahirkan kewaspadaan dalam tingkah laku kehidupan.

 وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ﴾
[سورة البقرة الآية: 235]

Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
(Al Baqarah: 235)

﴿وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ﴾

Maksudnya, wajiblah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Mengetahui. Kerana bila mana engkau mengetahui Allah itu Maha Mengetahui, engkau akan berhati-hati dan berwaspada agar tidak bermaksiat dan mengingkariNya. Ini adalah rahsia kejayaan seorang hamba untuk hidup bersamaNya...

2. Muraqabah memelihara dan memperhalusi hubungan hati hamba dengan Tuhannya.

 وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبا
[سورة الأحزاب الآية: 52]

Dan adalah Allah Maha Mengawasi segala sesuatu.
(Al Ahzab: 52)

Seorang manusia itu apabila diawasi oleh seseorang yang lain, pengawasannya adalah terhad. Mungkin sekadar percakapannya, atau pergerakannya sahaja. Namun apa yang ada di dalam hatinya berupa lintasan hati, niat atau perasaannya takkan mampu diawasi. Sesungguhnya Allah azza wa jalla mengawasi segala perkara tersembunyi  mahupun yang dirahsiakan oleh hati manusia, yang zahir mahu pun yang batin. Justeru, tidak mungkin seorang hamba itu dapat menyembunyikan perilaku buruk mahu pun niat hati dari Tuhannya.

 وَأَسِرُّوا۟ قَوْلَكُمْ أَوِ ٱجْهَرُوا۟ بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿١٣﴾  أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلْخَبِيرُ ﴿١٤﴾

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (13) Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?(14)
(Al Mulk: 13-14)

﴿يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ﴾
[سورة غافر الآية: 19]

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.
(Ghafir: 19)

﴿أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى﴾
[سورة العلق الآية: 14]

Tidaklah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
(Al ' Alaq: 14)

3. Muraqabah memperhaluskan ibadat seorang hamba kepada Tuhannya.

﴿وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ﴾
[سورة الطور الآية: 48]

Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri,
(At Thur: 48)





Muraqabah sebagai wasilah penyampai kepada kebersamaan dengan Allah  (معية الله)...

Maksudnya: Manusia sentiasa dalam pandangan dan pemerhatian Allah. Juga dalam pemeliharaanNya. Ini bererti Allah sentaisa mengetahui di mana hambaNya berada, apa yang sedang dilakukannya, bahkan apa yang sedang terlintas dan tersembunyi dalam hatinya. Dan Allah sentiasa memelihara dan mengambil berat tentang hambaNya.

Perasaan ini inilah akan membuahkan ketundukan dan ketaatan berupa ibadah hamba kepada Tuhannya.

((كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ, فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ, فَقَالَ: مَا الإِيمَانُ؟ قَالَ: الإِيمَانُ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ, وَمَلائِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَبِلِقَائِهِ, وَرُسُلِهِ, وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ, قَالَ: مَا الإِسْلامُ؟ قَالَ: الإِسْلامُ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ, وَلا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا, وَتُقِيمَ الصَّلاةَ, وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ, وَتَصُومَ رَمَضَانَ, قَالَ: مَا الإِحْسَانُ؟ قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ, فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ))

Bahawa Nabi SAW pada suatu hari muncul kepada para sahabat, lalu datang Malaikat Jibril AS yang kemudian bertanya: Apakah iman itu? Nabi SAW menjawab: Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan kamu beriman kepada hari berbangkit. (Jibril AS) berkata: Apakah Islam itu? Jawab Nabi SAW: Islam adalah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun, kamu dirikan solat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan. (Jibril AS) berkata: Apakah ihsan itu? Nabi SAW menjawab: Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya
sesungguhnya Dia melihatmu.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Dalam doa para ahlullah:

((اللهم اجعلنا نخشاك كأننا نراك))

Ya Allah! Engkau jadikanlah ketakutan kami terhadapMu seolah-olah kami melihatMu

Oleh itu, muraqabah merupakan ilmu seorang hamba dan keyakinan hatinya terhadap Allah yang dapat dikesan manifestasinya pada zahir dan batinnya secara berterusan istiqamah sehingga akhir hayatnya. Muraqabah adalah jalan keimanan menuju Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

أفضل الإيمان أن تعلم أن الله معك حيثما كنت.
[الطبراني وأبو نعيم في الحلية عن عبادة بن الصامت]

Iman yang paling afdhal, bahawa engkau mengetahui Allah beresertamu di mana pun engkau berada.
(Hadith Riwayat At-Thabarani & Abu Na'im)

4. Muraqabah menjadikan seorang rapat dan hampir jiwanya kepada Tuhannya dalam mengadu segala kehidupannya...

سئل عليه الصلاة والسلام: ((ما تزكية المرء نفسه؟ ـ أي كيف يزكي الإنسان نفسه ـ فقال: يعلم أن الله معه حيث كان.))
[رواه البيهقي في السنن الكبرى من طريق الزبيدي عن يحيى بن جابر]

Rasulullah SAW pernah ditanya: "Apakah tazkiyyah diri seseorang terhadap dirinya? (iaitu bagaiman seorang hamba itu menyucikan dirinya). Sabda Ar Rasul SAW: "Dia mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bersamanya di mana pun ia berada)".
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

(( ثلاثة في ظل الله تعالى يوم القيامة، يوم لا ظل إلا ظله، رجل حيث توجه علم أن الله معه  ورجلٌ دَعَتْه امرأةٌ إلى نفسِها فترَكها من خشيةِ اللهِ ورجلٌ أحبَّ لجلالِ اللهِ))

Tiga golongan di bawah lindungan Allah pada hari kiamat, hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya: seorang lelaki bila bertawajjuh ia mengetahui bahawa Allah bersertanya.
(Hadith Riwayat At-Thabarani)

Ingatlah ketika Nabi Yaakub diuji Allah, ucapannya dipenuhi dengan perasaan sangat hampir dengan Allah azza wa jalla...

قال تعالى: ﴿ قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".
(Yusuf: 86)

Justeru, asuhilah jiwamu dengan muraqabah setiap masa dan ketika walau di mana engkau berada. Nescaya engkau akan merasai hampirnya Dia dalam kehidupanmu

Petikan dari Al Zarin Batu Pahat