KELAKUAN HAJI DAN HAKIKATNYA
oleh
Sheikh Ariffbillah Imam Junaid Albaghdadi Penghulu Thaifah.
Soal Sheikh Junaid kepada seorang lelaki perihal
permulaan haji hingga kesudahannya. Telah datang seorang lelaki kepada Penghulu
Thoifah Iaitu Imam Junaid Albaghdadi. Bertanya Sheikh Junaid, "Dari mana
engkau datang?"
Lelaki:" Daripada Haji"
Sy. Junaid: "Alhamdulillah.. Tatkala engkau
langkahkan kakimu pada berjalan itu
adakah kamu taubat dan kamu
berniat keluar Dari sekelian dosamu?"
Lelaki: "Tiada.."
Sy Junaid: " Yang demikian itu tiadalah engkau
pergi haji..Jikalau kamu pergi haji itu
hendaklah bertaubat dari sekelian
dosa dan derhaka kepada manusia dan ibubapa dan gurunya maka adalah orang yang
pergi itu munajat kehadrat Allah Taala dan
mengerjakan rukun Islam dan bukan
kerana hendak dipermuliakan orang atau membesarkan Serban Dan Dan baju Dan
pakaian yang bagus Dan hendak minta puji dalam hati maka yang demikian itu dinamakan haji yang tiada makbul pada Allah
tetapi makbul pada manusia sahaja menjadilah Haji Mardud adanya..
Sheikh Junaid: " Tatkala kamu menaiki kenderaan
adakah engkau putuskan sekelian tempatnya?"
Sahut lelaki itu: "Tiada.."
Kata Sheikh Junaid: "Jikalau demikian itu tiada
engkau memutuskan daripada rumahmu dan
kampung halamanmu kerana hakikat orang pergi Haji itu tatkala ia sudah meninggalkan rumah tangganya
berjalan atau naik kapal maka diputuskan didalam hatinya akan rumah tangganya
dan harta bendanya dan suami isterinya dan segala anak cucunya dan segala keluarganya melainkan semata2 berhadap
kehadrat Allah Taala inilah hikmah orang yang pergi haji maka inilah dinamakan
makbul pada Allah adanya.."
Syeikh Junaid: Tatkala Ihram kamu adakah keluar daripada
segala sifat manusia seperti keluar drpd kain yang biasa pakai?
Lelaki: "Tiada.."
Syeikh Junaid: " Tiadalah kamu berihram kerana
hakikat orang yang berihram itu menanggalkan pakaian biasa sebelum ini (yang teradat) maka ia pakai pakaian putih
maka hakikatnya menghilangkan segala sifat kita yang zahir dan menyatakan segala sifat yang batin dan meninggalkan pekerjaan dunia maka berhadap
mengerjakan suruhan Allah semata2 serta berkekalan kemudian daripada hajinya
dengan tiada berniat kembali kepada yang sudah ditinggalkannya seperti
berkehendak kepada harta dunia berlebihan dengan menurut sebarang kemahuan hawa
nafsu maka sekelian itu mardud bagi yang
sudah haji melainkan berusaha mencari nafkah dirinya sekadar cukup segala
ahlinya kerana yang demikian itu wajib pula kita menuntut maka iaitu tiada
mencederakan pada akhiratnya.
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila naik wukuf
kamu kepada Jabal Arafah adakah bagimu pandang hatimu akan tuhan yang ESA?
"
Jawab lelaki ITU: "Tiada."
Maka kata Sheikh
Junaid: " Tiadalah bagimu naik wukuf pada Jabal Arafah itu kerana hakikat orang yang wukuf sekira2
pandang kita pada wujud yang sebenar yakni hendaklah fana'kan diri pada ketika
itu dgn mengenal yang sebenarnya. Maka
inilah hakikat wukuf pada Jabal Arafah suruh olehmu sekelian Islam kepadanya
dan demikian lagi pd Jabal Qubais maka suruh olehmu sekelian Islam
naik Haji keMakah yang mulia kerana tempat itu
setengah darpda tempat yang makbul.
Tanya Sheikh Junaid lagi: " Apabila kamu bermalam
di Muzdalifah adakah sempurna bagimu haji dan
adakah hasil bagimu barang yang
dianugerahkan oleh tuhan kamu dan adalah kamu meninggalkan sekelian kehendak
hawa nafsu?"
Jawab lelaki itu: "Tiada"
Kata Sheikh Junaid: " Jikalau demikian belumlah
kamu bermalam di Muzdalifah kerana hakikat orang yg bermalam di Muzdalifah
itu bersih pada sekelian kelakuan yg DLM
pekerjaan haji menghasilkan kesukaan dan dengan menanggalkan akan hawa nafsu dunia
maka adalah hikmah bermalam di
Muzdalifah dan iaitu seperti
seorang diri didalam kubur maka inilah hakikat bermalam di Muzdalifah menjadi
hasillah haji."
Syeikh Junaid: "Tatkala kamu tawaf pada Baitullah,
adakah kamu lihat akan rahsia tuhan yang sebenarnya didalam tawaf
itu?" Jawab lelaki itu: "Tiada
hamba lihat.." Kata Sheikh Junaid: "Tiadalah kamu tawaf kerana
hakikat org yang tawaf itu musyahadah
dan muraqabah ia kepada Rabbul Baiti
maka hendaklah dipandang dgn mata hatinya kepada Dzat yang mempunyai Baitul
Atiq kerana yakni Baitullah itu rumah
Allah yakni rumah yang disuruh akan sekelian hambanya mengadap kepadanya sama ada Baitullah atau diluar Baitullah
adakalanya mengadap dengan dadanya dan
adakalanya mengadap dengan mata hatinya dan adakalanya mengadap dengan keduanya."
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu Saie diantara bukit Safa dan Marwa adakah kamu ketahui yang berlari ITU
antara bukit keduanya dan adakah kamu
peroleh suatu darjah daripada segala darjat dimakam marwah itu?" Jawab
lelaki itu: "Tiada".
Kata Sheikh
Junaid: " Tiada kamu sa'ie kerana hakikat orang sa'ie berulang2 ia tujuh kali
dgn yaqin antara Sofa Dan Marwah itu
rahsiaNya berulang2 ITU antara Allah dan
Nur Muhammad (SAW). Maka inilah darjat yang sangat tinggi pada yang naik
haji diketahui dia supaya dapat zahir dan
batin adanya.."
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu
berhimpun di Padang Mina itu , adakah hilang daripada kamu sekelian takabur dan
riya'?" Jawab lelaki itu:
"Tiada" Maka kata Syeikh Junaid: " Tiadalah kamu melontar jumrah
kerana hakikat orang yang berhimpun dimina itu
hendaklah menghilangkan takabur dan
riya' serta niat mengikut syariat nabi Saw supaya jadi haji
makbul."
KORBAN
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu
sembelih korban itu adakah kamu sembelih sertanya hawa nafsu kamu itu?" Jawab
lelaki itu: "Tiada." Kata
Sheikh Junaid: " Tiadalah kamu sembelih akan korban kerana orang
yang sembelih menyembelih hawa nafsu itulah hakikat korban dan lagi pula mengikut syariat nabi Ibrahim AS.
Dan adalah hawa nafsu itu membawa kepada
binasa ibadah dan haji."
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu
melontar sekelian jumrah adakah kamu melontar barang yang ada serta kamu
daripada segala sifat hawa nafsu?" maka jawab lelaki itu:
"Tiada"
Kata Sheikh
Junaid: Tiadalah kamu melontar jumrah dan
belumlah kamu haji maka kembalilah kamu haji pula dengan sifat air yang
tiada padanya mengetahui dia bagi kamu supaya hasil hajimu yang sebenarnya
hingga hasillah bagimu kembali ke Maqam
Ibrahim.
Dicatat ketika pengajian muka surat terakhir Kitab Najmul
Huda.
Raden Saffian Ismail