.

.

Sabtu, 13 Julai 2019

KELAKUAN HAJI DAN HAKIKATNYA


KELAKUAN HAJI DAN HAKIKATNYA
oleh
Sheikh Ariffbillah Imam Junaid Albaghdadi Penghulu  Thaifah.

Soal Sheikh Junaid kepada seorang lelaki perihal permulaan haji hingga kesudahannya. Telah datang seorang lelaki kepada Penghulu Thoifah Iaitu Imam Junaid Albaghdadi. Bertanya Sheikh Junaid, "Dari mana engkau datang?"
Lelaki:" Daripada Haji"
Sy. Junaid: "Alhamdulillah.. Tatkala engkau langkahkan kakimu pada berjalan itu  adakah kamu taubat dan  kamu berniat keluar Dari sekelian dosamu?"
Lelaki: "Tiada.."
Sy Junaid: " Yang demikian itu tiadalah engkau pergi haji..Jikalau kamu pergi haji itu  hendaklah bertaubat dari  sekelian dosa dan  derhaka kepada manusia dan  ibubapa dan gurunya maka adalah orang yang pergi itu munajat kehadrat Allah Taala dan  mengerjakan rukun Islam dan  bukan kerana hendak dipermuliakan orang atau membesarkan Serban Dan Dan baju Dan pakaian yang bagus Dan hendak minta puji dalam hati maka yang demikian itu  dinamakan haji yang tiada makbul pada Allah tetapi makbul pada manusia sahaja menjadilah Haji Mardud adanya..

Sheikh Junaid: " Tatkala kamu menaiki kenderaan adakah engkau putuskan sekelian tempatnya?"
Sahut lelaki itu: "Tiada.."
Kata Sheikh Junaid: "Jikalau demikian itu tiada engkau memutuskan daripada rumahmu dan  kampung halamanmu kerana hakikat orang pergi Haji itu  tatkala ia sudah meninggalkan rumah tangganya berjalan atau naik kapal maka diputuskan didalam hatinya akan rumah tangganya dan  harta bendanya dan  suami isterinya dan  segala anak cucunya dan  segala keluarganya melainkan semata2 berhadap kehadrat Allah Taala inilah hikmah orang yang pergi haji maka inilah dinamakan makbul pada Allah adanya.."

Syeikh Junaid: Tatkala Ihram kamu adakah keluar daripada segala sifat manusia seperti keluar drpd kain yang biasa pakai?
Lelaki: "Tiada.."
Syeikh Junaid: " Tiadalah kamu berihram kerana hakikat orang yang berihram itu menanggalkan pakaian biasa sebelum ini  (yang teradat) maka ia pakai pakaian putih maka hakikatnya menghilangkan segala sifat kita yang zahir dan  menyatakan segala sifat yang batin dan  meninggalkan pekerjaan dunia maka berhadap mengerjakan suruhan Allah semata2 serta berkekalan kemudian daripada hajinya dengan tiada berniat kembali kepada yang sudah ditinggalkannya seperti berkehendak kepada harta dunia berlebihan dengan menurut sebarang kemahuan hawa nafsu maka sekelian itu  mardud bagi yang sudah haji melainkan berusaha mencari nafkah dirinya sekadar cukup segala ahlinya kerana yang demikian itu wajib pula kita menuntut maka iaitu tiada mencederakan pada akhiratnya.

Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila naik wukuf kamu kepada Jabal Arafah adakah bagimu pandang hatimu akan tuhan yang ESA? "
Jawab lelaki ITU: "Tiada."
Maka kata  Sheikh Junaid: " Tiadalah bagimu naik wukuf pada Jabal Arafah itu  kerana hakikat orang yang wukuf sekira2 pandang kita pada wujud yang sebenar yakni hendaklah fana'kan diri pada ketika itu  dgn mengenal yang sebenarnya. Maka inilah hakikat wukuf pada Jabal Arafah suruh olehmu sekelian Islam kepadanya dan  demikian lagi pd  Jabal Qubais maka suruh olehmu sekelian Islam naik Haji keMakah yang mulia kerana tempat itu  setengah darpda tempat yang makbul.

Tanya Sheikh Junaid lagi: " Apabila kamu bermalam di Muzdalifah adakah sempurna bagimu haji dan  adakah hasil bagimu  barang yang dianugerahkan oleh tuhan kamu dan adalah kamu meninggalkan sekelian kehendak hawa nafsu?"
Jawab lelaki itu: "Tiada"
Kata Sheikh Junaid: " Jikalau demikian belumlah kamu bermalam di Muzdalifah kerana hakikat orang yg bermalam di Muzdalifah itu  bersih pada sekelian kelakuan yg DLM pekerjaan haji menghasilkan  kesukaan dan  dengan menanggalkan akan hawa nafsu dunia maka adalah hikmah bermalam di  Muzdalifah dan  iaitu seperti seorang diri didalam kubur maka inilah hakikat bermalam di Muzdalifah menjadi hasillah haji."

Syeikh Junaid: "Tatkala kamu tawaf pada Baitullah, adakah kamu lihat akan rahsia tuhan yang sebenarnya didalam tawaf itu?"  Jawab lelaki itu: "Tiada hamba lihat.." Kata Sheikh Junaid: "Tiadalah kamu tawaf kerana hakikat org yang tawaf itu  musyahadah dan  muraqabah ia kepada Rabbul Baiti maka hendaklah dipandang dgn mata hatinya kepada Dzat yang mempunyai Baitul Atiq kerana yakni Baitullah itu  rumah Allah yakni rumah yang disuruh akan sekelian hambanya  mengadap kepadanya  sama ada Baitullah atau diluar Baitullah adakalanya mengadap dengan dadanya dan  adakalanya mengadap dengan mata hatinya dan  adakalanya mengadap dengan keduanya."

Bertanya lagi Sheikh Junaid:  " Apabila kamu Saie  diantara bukit Safa dan  Marwa adakah kamu ketahui yang berlari ITU antara bukit keduanya dan  adakah kamu peroleh suatu darjah daripada segala darjat dimakam marwah itu?" Jawab lelaki itu: "Tiada".
 Kata Sheikh Junaid: " Tiada kamu sa'ie kerana hakikat orang sa'ie berulang2 ia  tujuh kali  dgn yaqin antara Sofa Dan Marwah itu  rahsiaNya berulang2 ITU antara Allah dan  Nur Muhammad (SAW). Maka inilah darjat yang sangat tinggi pada yang naik haji diketahui dia supaya dapat zahir dan  batin adanya.."

Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu berhimpun di Padang Mina itu , adakah hilang daripada kamu sekelian takabur dan riya'?"  Jawab lelaki itu: "Tiada" Maka kata Syeikh Junaid: " Tiadalah kamu melontar jumrah kerana hakikat orang yang berhimpun dimina itu  hendaklah menghilangkan takabur dan  riya' serta niat mengikut syariat nabi Saw supaya jadi haji makbul."


KORBAN
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu sembelih korban itu adakah kamu sembelih sertanya hawa nafsu kamu itu?" Jawab lelaki itu: "Tiada." Kata  Sheikh Junaid: " Tiadalah kamu sembelih akan korban kerana orang yang sembelih menyembelih hawa nafsu itulah hakikat korban dan  lagi pula mengikut syariat nabi Ibrahim AS. Dan adalah hawa nafsu itu  membawa kepada binasa ibadah dan haji."
Bertanya lagi Sheikh Junaid: " Apabila kamu melontar sekelian jumrah adakah kamu melontar barang yang ada serta kamu daripada segala sifat hawa nafsu?" maka jawab lelaki itu: "Tiada"
Kata  Sheikh Junaid: Tiadalah kamu melontar jumrah dan  belumlah kamu haji maka kembalilah kamu haji pula dengan sifat air yang tiada padanya mengetahui dia bagi kamu supaya hasil hajimu yang sebenarnya hingga hasillah bagimu kembali ke  Maqam Ibrahim.  

Dicatat ketika pengajian muka surat terakhir Kitab Najmul Huda.

Raden Saffian Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan