Berdzikir dengan KAEDAH JAHAR memiliki sandaran kuat dari Al-Qur’an dan Hadits. Di antaranya adalah firman Allah Ta’ala :
﴿فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَوةَ فَاذْكُرُواْ اللَّهَ قِيَـماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلَوةَ إِنَّ الصَّلَوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَـباً مَّوْقُوتاً ﴾
Mafhumnya : “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” [ QS. An-Nisaa’ : 103 ]
Diriwayatkan dalam Sahih Muslim :
﴿عَنِ ابْنِ عَبّاسٍ أَخْبَرَه أَنّ رَفْعَ الصّوْتِ بِالذّكْرِ حِيْنَ يَنْصَرِفُ النّاسُ مِنَ الْمَكْتُوْبَةِ كَانَ عَلى عَهْدِ النّبِيّ ص.م أنّهُ قَالَ قَالَ ابْنُ عَبّاسٍ كُنْتُ أَعْلَمُ إَذَا انْصَرَفُوْا بِذَالِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ﴾
Dari Ibnu ’Abbas r.a. berkata : “Bahawasanya dzikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah ﷺ” Kata Ibnu ’Abbas, “Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, kalau suara mereka membaca dzikir telah kedengaran.”
[ Lihat Sahih Muslim I, Bab Solat. Hal senada juga diungkapkan oleh Al-Bukhari ( Lihat : Sahih Al-Bukhari hal : 109, Juz I ) ]
﴿عَنْ ابْنِ أَبِيْ هُرَيْرَةَ ر.ض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الِ ص.م: يَقُوْلُ الُ تَعَالَ: أَنا عِنْدَ ظَنّ عَبْدِيْ بِيْ, وَأَنا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِيْ, فَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ وَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلَإٍ خَيْرٌ مّنْهُمْ﴾
Mafhumnya : Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda : “Allah berfirman : Aku bergantung kepada prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku menyertainya ketika mereka berdzikir. Apabila mereka menyebut-Ku di dalam dirinya, maka Aku sebut dirinya di dalam diri-Ku. Apabila mereka menyebut-Ku di tempat yang ramai, maka Aku sebut mereka di tempat yang lebih ramai dari itu.” [HR. Al-Bukhari]
As-Sayid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani Rhm. mengatakan bahawa Hadits ini menunjukkan bahawa menyebut di tempat keramaian itu (fil-Mala-i) tidak lain adalah berdzikir jahar (dengan suara keras), agar seluruh orang-orang yang ada di sekitarnya mendengar apa yang mereka sebutkan (dari dzikirnya itu).
[Abwabul Faraj, Pen. Al Haramain, tth., hal. 366]
~ Kalam Majnun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan