.

.

Sabtu, 19 April 2025

WAHDATUL WUJUD: KONSEP KEROHANIAN SUFI DALAM PEMAHAMAN TAUHID HAKIKI SEBENAR

 🕋 WAHDATUL WUJUD: KONSEP KEROHANIAN SUFI DALAM PEMAHAMAN TAUHID HAKIKI SEBENAR


✅Pendahuluan:

Konsep Wahdatul Wujud sering menjadi titik perdebatan dalam kalangan umat Islam, khususnya apabila ia dinilai dari perspektif zahir aql (akal zahiri) tanpa pemahaman yang mendalam tentang disiplin tasawuf. Realitinya, konsep ini merupakan ungkapan maqam rohani yang tinggi dalam penyaksian terhadap Tauhid Zat – pengesaan Allah SWT secara mutlak.


✅Asal-usul Istilah:

Istilah Wahdatul Wujud (وَحْدَةُ الْوُجُود)

▪️Secara istilah, Wahdatul Wujud tidak langsung muncul dalam Al-Qur’an atau hadis, melainkan berkembang dalam pemikiran filsafat tasawuf, terutama setelah abad ke-6 H / 12 M.

▪️Istilah ini diperkenalkan oleh Ibnu 'Arabi (w. 638 H / 1240 M), seorang tokoh ilmuan Islam yang asal Andalusia. Meskipun Ibnu 'Arabi sendiri tidak selalu menggunakan istilah "Wahdatul Wujud" secara jelas dalam karya-karyanya, namun gagasannya tentang "Realti Tunggal" (al-Haqiqah al-Wahidah) dan "kehadiran Ilahi dalam segala sesuatu" menjadi dasar utama dalam pemahaman Wahdatul Wujud.


✅Tokoh-tokoh yang terkait dengan istilah ini:

1. Ibnu ‘Arabi – walau tidak menciptakan istilahnya, ajarannya dianggap sebagai asas  pemikiran Wahdatul Wujud.

2. Abdul Karim al-Jili – murid spiritual dalam tradisi Ibnu ‘Arabi, menulis kitab al-Insan al-Kamil yang sangat eksplisit tentang Wahdatul Wujud.

3. Shadruddin Qunawi, murid langsung Ibnu ‘Arabi, yang membantu menjelaskan dan menyebarluaskan konsep ini.


1. Definisi dan Asas Wahdatul Wujud

▪️Wahdatul Wujud bermaksud: "Tiada yang benar-benar wujud melainkan Allah."

Ini tidak menafikan kewujudan makhluk secara zahir, tetapi menegaskan bahawa wujud makhluk adalah majazi, bergantung, dan bukan mutlak.

▪️Sebagaimana dikatakan oleh Ibn ‘Arabi:

“Al-wujudul haqiqiy huwa lillah faqat.”

(Wujud yang hakiki itu hanyalah milik Allah semata-mata.) – Futuhat Makkiyyah


2. Perspektif Ahli Sufi: Antara Fana’ dan Musyahadah

▪️Para arif billah mengungkapkan pengalaman rohani melalui maqam:

▪️Fana’: Lenyap kesedaran terhadap diri, hanya melihat Allah sebagai pelaku dalam semua hal.

▪️Baqa’: Kekalnya penyaksian terhadap hakikat Wujud Allah selepas diri kembali sedar akan tanggungjawab syariat.

▪️Ungkapan seperti “Ana al-Haq” oleh al-Hallaj tidak boleh difahami secara zahir, tetapi lahir daripada keadaan fana’ – di mana keakuan diri telah lenyap dan hanya wujud Allah yang disaksikan.


3. Perbezaan Fahaman:Fahaman Ahli Sufi berbeza dengan Pemahaman Zahiri

Kesilapan umum berlaku apabila:

Kata-kata sufi difahami secara zahir aql (tanpa dimasukkan aspek dzauqi dan maqam).

▪️Disalahertikan sebagai hulul atau ittihad, sedangkan mereka tidak pernah mengaku bersatu atau menyatu dengan Tuhan.

▪️Kesimpulan dibuat tanpa memahami kerangka bahasa isyarat tasawuf (rumuzul ahwal).


✅Perbahasan menyingkap maksud sebenar

 “Ana al-Haqq” dalam Konteks Sufi (Menurut Tafsiran Sejati)

▪️"Ana al-Haqq" secara harfiah bermaksud:

"Aku adalah Yang Maha Benar" atau "Aku adalah Kebenaran", di mana al-Haqq adalah salah satu nama Allah (Asma’ul Husna).

▪️Jika diambil secara zahir atau literal, ini kelihatan seperti dakwa ketuhanan — itulah sebabnya ia dianggap kufur oleh ulama zahir pada zaman itu, dan Hallaj dihukum mati.

▪️Namun, dalam tafsiran sufi, khususnya oleh tokoh seperti Ibnu 'Arabi, Abdul Karim al-Jili, dan lainnya, ucapan ini bukanlah pengakuan Hallaj bahwa dirinya adalah Tuhan dalam zatnya, melainkan:

Ungkapan secara "syathahat" dan fana' (lebur diri) dalam wujud Allah.

▪️Pada tahap kerohanian tertinggi, seorang sufi boleh mencapai keadaan di mana lebur keakuan diri (lebur ananiyah) sepenuhnya, dan yang tinggal hanyalah kehadiran Ilahi. Dalam keadaan ini, segala kata dan perbuatan berasal dari Tuhan, bukan dari si hamba.


✅Apa Maksud “Syathahat”?:

Dalam tradisi tasawuf, ucapan seperti “Ana al-Haqq” oleh al-Hallaj disebut sebagai "syathahat" (شطح أو شطحة), jamaknya syathahat (شطحات).

▪️Syathahat adalah ungkapan-ungkapan "melatah spontan", penuh emosi, dan kelihatan kata sepontan yang keluar dari lisan para sufi dalam keadaan kegairahan spiritual (wajd) yang sangat dalam — biasanya ketika mereka mengalami fana', yaitu lebur keakuan diri dalam kesedaran terhadap Tuhan.

▪️Ibnu ‘Arabi mengakui bahawa syathahat adalah bentuk pengalaman ruhani tinggi, tetapi perlu difahami oleh orang yang punya ilmu dan dzawq (rasa kerohanian).

▪️Al-Qushayri dan al-Kalabadzi dalam kitab-kitab tasawuf klasik juga menyebut syathahat sebagai bagian dari fenomena sufi yang sahih, tapi harus ditafsir dengan hati-hati oleh yang ahlinya sahaja bukan secara tafsiri zahiri secara fahaman awam.


✅Analogi Ringkas (untuk mudah difahami):

▪️Bayangkan cermin yang bersih. Bila matahari bersinar padanya, cahaya yang terpancar seolah-olah datang dari cermin itu. Padahal cermin hanya memantulkan, bukan mencipta cahaya. Begitulah sufi yang "fana" — segala geraknya hanyalah pantulan dari kehendak Allah, bukan dirinya sendiri.

▪️Ia bukan pernyataan teologi secara zahir perkataan yang difahami awam tetapi luahan cinta dan kedekatan ruhani yang mendalam oleh yang ahlinya sahaja.

▪️Tanpa bimbingan dan pemahaman yang sebenar, syathahat mudah menimbulkan fitnah atau salah tafsir.


✅Imam al-Ghazali mengingatkan:

“Kata-kata ahli kasyaf tidak boleh dinilai dengan neraca orang awam.” – Ihya’ Ulum al-Din

4. Tauhid Menurut Tasawuf: Empat Tingkatan 

Para sufi mengupas Tauhid secara lebih mendalam:

1. Tauhid Af’al: Tiada perbuatan makhluk berlaku melainkan dengan izin Allah.

2. Tauhid Sifat: Sifat kesempurnaan mutlak hanya milik Allah.

3. Tauhid Zat: Tiada Wujud Mutlak melainkan Allah – inilah intipati Wahdatul Wujud.

4. Tauhid Asma': Dalam konsep Wahdatul Wujud, para sufi melihat manifestasi sifat dan nama Allah dalam ciptaan, namun hal ini perlu dibedakan antara makna kiasan (majazi) dan hakiki agar tidak terjerumus ke dalam syirik atau tasybih.

✅Tauhid Asma’ merujuk pada keimanan dan pengesaan terhadap nama-nama Allah (Asma’ul Husna) yang disebut dalam Al-Qur’an dan Hadis. Dalam hal ini diyakini :

▪️Dengan menetapkan nama-nama Allah sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

▪️Tidak menyerupakan (tasybih) nama-nama atau sifat-sifat Allah dengan makhluk.

▪️Tidak mengingkari (ta’thil) nama-nama dan sifat Allah.

▪️Tidak menyimpangkan makna (tahrif) nama-nama atau sifat tersebut.

▪️Tidak menetapkan cara atau bentuk (takyif) dari sifat-sifat tersebut karena Allah Maha Tidak Serupa dengan makhluk-Nya.

5. Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud: Berbeza Istilah, Satu Hakikat

▪️Sebahagian ulama dikalangan Ahli Sunnah Waljamaah lebih cenderung menggunakan istilah Wahdatul Syuhud (kesatuan dalam penyaksian), yang menekankan:

▪️Wujud makhluk tetap wujud secara majazi.

▪️Tetapi kesedaran hamba hanya melihat Allah dalam segala sesuatu (laa maujuda illa Hu).

▪️Hakikatnya, kedua-dua istilah yang sinomin kepada maqam rohani yang tinggi dan tidak membawa kepada penyimpangan aqidah jika difahami dalam disiplin tasawuf yang benar.

6. Tokoh-Tokoh Sufi dan Konteks Wahdatul Wujud

a. Ibn ‘Arabi (w. 638H)

Digelar “Syekh al-Akbar”, beliau menyusun gagasan wahdatul wujud dalam bentuk falsafah dzauqi. Beliau tidak menyeru bersatu dengan Tuhan, tetapi melihat makhluk sebagai bayang-bayang Wujud Allah.

b. Imam al-Ghazali (w. 505H)

Meskipun tidak menggunakan istilah "wahdatul wujud", konsep makrifatullah dan fana’ dalam Ihya’ sangat dekat dengan prinsip tersebut.

c. Syeikh Abd al-Qadir al-Jilani (w. 561H)

Dalam khutbah dan wasiatnya, beliau berulang kali menegaskan hakikat kebergantungan mutlak makhluk kepada Allah SWT.


7. Penutup: Antara Ilmu dan Adab

Wahdatul Wujud bukan ajaran falsafah bebas atau akidah sesat, tetapi merupakan puncak makrifah yang hanya difahami oleh ahli jalan rohani dengan bimbingan mursyid. Tanpa ilmu dan adab, seseorang boleh tersesat dalam kefahafaman istilahnya.

“Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya.”


Waullahua'allam.

SalamPerkongsian.

#KalamSalikin 

____________________________________

Rujukan Ringkas:

•Ibn Arabi, Futuhat Makkiyyah, Fusus al-Hikam

•Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din, Mishkat al-Anwar

•Syeikh Abd al-Qadir al-Jilani, Al-Fath ar-Rabbani

•Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism

Tiada ulasan:

Catat Ulasan