.

.

Isnin, 14 Oktober 2013

Adab-adab Menziarahi Kubur

Aishah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seseorang hamba yang menziarahi kubur saudaranya dan duduk di sisinya kecuali (mayat itu) berjinak-jinak dengannya dan menjawab salam terhadapnya hinggalah orang itu bangun (meninggalkan kubur itu).”
(HR al-Khatib dan Ibn ‘Asakir)


Nabi SAW bersabda: ” Apabila seseorang itu lalu di sebuah kubur orang yang kenalnya, lalu ia memberi salam maka mayat di dalam kubur itu menjawab salamnya dan kenal dengannya. Jika ia lalu di kubur orang yang tidak kenalnya, lalu ia memberi salam ke atasnya, mayat itu menjawab salam tersebut.” (HR al-Baihaqi dan Ibn Abi al-Dunya)
gambar hiasan  Pada Hari Hol Habib Ali Arifbillah Batu Pahat Th 2013




(1) Perkara utama yang tidak harus dilupakan apabila kita melawati tanaah perkuburan atau meziarahi kubur oarng-orang alim, disunatkan kita memberi salam (1) samada dalam keadaan berdiri atau duduk dalam menghadap muka si mati.

Sabda Rasulullah S.A.W.. : "Berkata orang yang hendak memberi salam kepada simati hendaklah berada dekaat dengan kuburnya. Menurut adab kebiasaannya dengan erti kata yang lain, sekiranya orang yang meninggal itu masih hidup tentu mereka dapat mendengar ucapan salam tersebut. Disunaat juga membaca Al-Quran
(2) dan seboleh-bolehnya dalam keadaan duduk dan menghadap kearah muka simati. Di dalam kitab( ) menyebut di antara amalan yang afdhalnya ialah membaca lima ayat dari awal surah al-Baqoroh tiga ayat akhir surah Al-Baqarah dan suraah yaasin. Kemudian terus berdoa kepada simati sekalipun tidak mnengangkat tangan. Keadaaan kita berdoa afdhalnya selepas membaca Al-Quran
(3) dan hendaklah mengadap kiblat sebaagaimana yang dinukilkan daripada kitab kitab( ) dan ulama' Khurasaan juga berkata muka orang yang berdoa itu mengadap ke muka simati ketika berdoa. Ini kerana berdoa untuk simati selepas aahaja membaca Al-Quran adalah lebih diharapkan agar doa itu diperkenankan. Orang-orang yang mati juga diharapkan segala rahmat Allah melimpahinya. Segala pahala bacaan al-Quran dan doa akan sampai kepada simati walaupun bacaan itu dibaca jauh daripada tempat perkuburan dengan syarat oaring yang membaca itu tidak mendapat upah. Setengah ulama' menyatakan sekiranya pembaca mendapat upah maka pahalanya tidak sampai kepada simati(4) Ibnu Qosim menungkilkan kata-kata imam Ramli yang mengatakan walaupun si pembaca itu tidak mendapat pahala bacaannya kerana mendapat upah si mati tetapi akan mendapat pahala bacaan Al-Quran yang disedekahkan kepadanya.
Diriwayatkan oleh ulama' salaf bahwa barangsiapa membaca surah AlIkhlas 11 kali dan disedekahkan pahalanya kepada orang mati didalam satu perkuburan maka dosa-dosa si mati akan di ampunkan. Begitu juga dengan membaca tahlil kepada si mati dengan bacaan:
Imam berkata bahawa masalah ini mempunyai di sisi ulama' tetapi tidak seharusnya dilupakan. Imam Ahmad bin Hambal menceritakan , "Apabila kamu menziarahi kubur maka bacalah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al falaq dan An Nasr. Sedekahlah pahala itu kepada semua orang di perkuburan itu. Semua pahala itu akan sampai kepada si mati selepas membaca surah-surah dan di akhirnya bacalah:
Daripada Ibnu ‘Umar Ra, Rasulullah Saw bersabda: 
Barangsiapa menziarahi kuburku, wajiblah baginya mendapat syafa‘atku.
(Hadits riwayat ad-Daraquthni)

Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi, para ulama dan aulia. 

Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan