Berkenaan tujuan hati seorang hamba ini, terdapat beberapa martabat yang membezakan hal-ahwal dan kedudukan mereka dalam menghayati ruh ibadat mereka.
Dan setengah daripada mereka itu orang yang qosadkan dengan ilmunya dan amalnya dan barang diperbuatnya daripada kebajikan ditempatkannya dalam hati manusia, dan menuntut kebesaran dan ketinggian
Apa yang perlu disedari bahawa pengkelasan berkenaan maksud dan tuju hati seorang hamba kepada ibadat memang terbukti nyata ada jika diperhatikan diperhalusi segala tindak-tanduk feel kelakuan kebanyakan manusia.
Satu golongan daripada mereka ialah yang terdiri daripada alim ulama atau seseorang yang merasai mempunyai sedikit kelebihan ilmu, sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Ahli-ahli ilmu ini dengan pelbagai kelebihan diri mereka telah memperbuat pelbagai kebajikan kononnya untuk saudara-saudara sebangsa atau saudara seagama. Mereka menganjurkan amar dan pelbagai kebaikan, menyeru manusia kononnya kembali kepada Al-Qur'an dan Al-Hadis, taat dan patuh kepada perintah agama, tetapi dalam hati kecil mereka mengendung bersama harapan dan keinginan
- agar mereka termasyhur sebagai penganjur kebenaran,
- terkenal dengan ketinggian dan kebenaran ilmu mereka,
- suka untuk didekati dan dikenali serta dihormati oleh manusia ramai.
- Suka bercakap dan banyak menghabiskan masa dengan manusia dalam memperagakan hal diri mereka;
- Suka berdebat dan berjidal dalam mempertahankan pendirian dan pegangan ilmu mereka;
- Suka merendah-rendahkan ahli-ahli ilmu yang lain, lebih-lebih lagi ilmu-ilmu yang mereka tidak kuasai atau langsung tidak tahu mengenainya.
- Cepat menjatuhkan hukum ini dan itu kerana kononnya punya alasan dan bukti-bukti yang kukuh bersumberkan zhohir ayat Al-Qur'an dan Al-Hadis.
- Senang jika ilmunya diakur dan akan melenting apabila datang sanggahan.
( Petikan dari kitab Hikam kupasan Tok Pulau Manis )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan