.

.

Ahad, 13 Oktober 2013

Badiuzzaman Said Nursi

Badiuzzaman Said Nursi, seorang Mujaddid abad ke 20. Mujaddid maksudnya orang alim yang diutuskan Allah bagi menyelesaikan masalah pada zamannya. Dan dia kurniakan karamah atau maunah.
Setelah Nabi Muhamad wafat tidak ada lagi Nabi atau Rasul sesudahnya. Namun Allah itu Maha Bijaksana. Untuk menjaga umat ini dan agama Islam yang diredaiNya dari lenyap dari muka bumi ini, maka Allah mengutus Mujaddid bagi menguatkan agama.

Antara mereka yang dipercayai Mujaddid ialah Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Bukhari, Syeikh Abdul Kadir Jailani dan beberapa orang lagi.

Ramai yang percaya Badiuzzaman Said Nursi adalah Mujaddid abad ke 20 ini. Pada masa hidupnya beliau dapat mempertahankan umat Islam Turki dari fahaman sekular. Setelah meninggal dunia karyanya Risalah an Nur diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia kerana pemikirannya dapat membantu menyelesaikan masalah umat Islam pada zaman ini.

Selagi al Quran ini berada di tangan orang-orang Islam maka selagi itulah kita tidak dapat menguasai mereka. Kerana itu kita mesti jauhkan al Quran dari mereka atau berusaha membuat mereka tidak lagi mencintai al Quran.”
Demikian kata-kata Gladstone (1809-1898) semasa berucap dalam House of Common Britain. Kemudian dia menghempaskan al Quran itu ke lantai.
Apabila Tahir Basya Gabenor Van... membaca berita itu dalam surat khabar lalu memaklumkannya kepada Badiuzzaman Said Nursi. Dengan penuh semangat beliau pun berkata.

Aku akan buktikan kepada dunia bahawa al Quran itu bagaikan matahari. Cahayanya tidak akan padam dan tidak siapa boleh memusnahkannya.”

Kemudian Badiuzzaman Said Nursi menubuhkan madrasah sendiri yang menitik beratkan pelajaran agama dan pelajaran moden kepada anak-anak muridnya.
Beliau juga berusaha mendirikan sebuah Universiti Islam di Anatolia Timur .
Untuk menjayakan rancangan itu Badiuzzaman Said Nursi pergi ke Istanbul mengadap Sultan Abdul Hamid 11. Namun permintaannya tidak diperkenankan. Malah beliau dituduh menghina sultan lalu dihadapkan ke mahkamah. Hakim memerintahkan beliau dihantar ke hospital gila.

Doktor yang memeriksanya berkata. “Jika orang seperti ini dikatakan gila maka tidak ada lagi orang yang waras di dunia ini.”
Badiuzzaman Said Nursi dibebaskan. Dia meneruskan perjuangnya mengajak umat Islam kembali kepada al Quran serta mencintainyaAkibatnya beliau dihadapkan ke mahkamah dengan hampir 2 ribu pertuduhan, dikurung dalam penjara selama berpuluh tahun, diberi racun sebanyak 19 kali dan dibuang ke tempat yang terpencil dengan tujuan supaya beliau menjadi gila atau mati sendirian.

Setelah berjuang selama berpuluh tahun akhirnya beliau meningal dunia pada tahun 1960 ketika berumur 83 tahun.

Seorang rakan karib Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bernama Fakirullah Molazade yang ketika itu sudah berusia 96 tahun.
Menurut Fakirullah Molazade pada suatu hari Badiuzzaman Said Nursi berkata, “Kamu akan hidup sampai usiamu 100 tahun. Dan aku meninggal dunia di Urfa. Kemudian orang akan menggali kuburku dan memindahkan ke suatu tempat rahsia…”

Benarlah seperti apa yang dikatakan Badiuzzaman Said Nursi, beliau meninggal dunia di Urfa pada 23 Mac 1960/ 25 Ramadan 1379). Tiga bulan selepas dikebumikan, kuburnya digali pihak tentera lalu dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui
Mayatnya tidak reput seolah sedang tidur malah kain kafannya masih elok…”kata beliau dalam esakan tangisnya.

Beliau yang juga seorang Imam tidak dapat menahan perasaan sedih dan hiba apabila diminta menceritakan kisah pembongkaran kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi. Beliau adalah seorang anak murid Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang masih hidup sewaktu penulis temui di Sanliurfabeliau sendiri menyaksikan pembongkaran kubur itu.

Alasan membongkar kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bagi mengelakkan kurafat apabila orang ramai berjunjung ke kuburnya tidak boleh diterima. Ini kerana kubur Sultan Salahuddin Al Ayubi, Abu Ayub Al Ansari dan kubur Nabi Yusak juga dikunjungi orang ramai.

Namun ada juga hikmah daripada peristiwa tersebut kerana Ustaz Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata beliau tidak mahu kuburnya di ketahui orang. Mayatnya tidak reput itu juga bukti bahawa beliau orang mukmin yang mulia di sisi Allah kerana Nabi Muhamad bersabda yang maksudnya sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput antaranya para Nabi dan Rasul, mereka yang syahid, alim ulama… 
Fakirullah Molazade pula meninggal dunia pada tahun 1973 ketika berumur 100 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan