.

.

Isnin, 7 Oktober 2013

Doa Agar Dijadikan Hamba Yang Tawadhu'

Mencapai Sifat Tawadhu',
Tawaduk biasanya di terjemahkan dengan erti merendah diri. Beberapa pandangan ulama berkaitan sifat tawaduk ialah; 
1. Bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan takabbur (sombong). 
2. Tawaduk adalah satu sifat orang mukmin yang termasuk siddiq.Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu walau dari sesiapa pun.Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain.
3. Orang yang yang tidak pernah membusungkan dada, orang yang bersifat lemah lembut dan hormat pada sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat. 
4. Sifat yang tegas, hanya 'menerima yang hak dan menolak yang batil' Satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar."
Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:
يقول الله : من تواضع لي هكذا - وجعل باطن كفه إلى الأرض وأدناها إلى الأرض - رفعته هكذا - وجعل باطن كفه إلى السماء ورفعها نحو السماء
Maksudnya;"Barangsiapa tawaduk (merendah diri) kerana Aku (Allah) seperti begini: Ia itu Rasulullah   menunjukkan dengan menelangkupkan tangannya ke bumi, nescaya Aku angkat seperti ini (ia itu Rasulullah membalikkan tangannya ke arah langit)."
(Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)



Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."
5. Walaupun pada zahirnya hamba Allah itu punyai kekayaan, tetapi apa yang dirasainya semua kekayaan itu adalah kepunyaan Allah sebagai kurniaan dan alat bagi dia mendekatkan diri kepada Allah, dan menjadi hamba yang tetap bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan