Jalan mencapai takwa, faktor-faktor terpenting yang dapat menyuburkan takwa,
mengukuhkannya di dalam hati dan jiwa seseorang Mukmin, dan menyatukannya
dengan perasaan, semoga kita dapat mengikuti jejak menuju takwa.
Pertama: Mu’ahadah (Mengingat Perjanjian)
Kalimah ini diambil daripada firman Allah Yang Maha
Tinggi;
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu
berjanji…” [An-Nahl: 91]
Cara Mu’ahadah
“Wahai jiwaku, sesungguhnya
kamu telah berjanji kepada Rabbmu sebelum kamu dilahirkan masuk kemuka bumi ini semata-mata untuk beribadah menghadap diri semata hanya kepada Allah yang maha kebesarannya"
“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada
Engkau kami mohon Pertolongan.”
Kedua: Muraqabah (Merasakan Kehadiran Allah Subha Nahu wa
Taala sentiasa di dalam hati )
Dasar muraqabah dapat anda temukan dalam surah Asy-Syura,
iaitu firman Allah Subha Nahu wa Taala;
“Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan
melihat pula perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.”
[Asy-Syura: 218-219]
Dalam sebuah hadis, ketika nabi SAW ditanya tentang
ihsan, baginda menjawab;
“Hendaklah kamu beribadah kepada Allah
seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka
sesungguhnya Allah melihat kamu.”
Makna Muraqabah
Muraqabah sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran dan
hadis, ialah; Merasakan keagungan Allah Azza Wa Jalla di setiap waktu dan
keadaan serta merasakan kehadiran-Nya dikala bersendirian ataupun dikhalayak
ramai, sentiasa hati melihat tadbir Allah pada diri kita dan juga alam ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud..
“…Dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” [Al Hadid:4]
Firman Allah yang bermaksud....
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepada nya daripada urat lehernya” [Qaf:16]
Cara Muraqabah
Sebelum memulai sesuatu pekerjaan dan disaat
mengerjakannya, hendaklah seorang Mukmin menilik dirinya, apakah setiap gerak
laku dalam melaksanakan amal dan ketaatannya dibawah tadbir kurniaan rahmat Allah jua serta berpandukan kepada syariat yang telah ditunjukkan oleh nabi.
Sementara hanya redha Allah Subha Nahu wa Taala yang diharapkan,
maka teruskanlah melaksanakannya walaupun hawa nafsunya tidak setuju dan ingin
meninggalkannya. Kemudian teguhkan niat dan tekad untuk melangsungkan ketaatan
kepada-Nya
Hasan al-Basri berkata; “Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada
seorang hamba yang selalu mempertimbangkan niatnya. Bila semata-mata kerana
Allah Subha Nahu wa Taala, maka dilaksanakannya tetapi jika sebaliknya maka
ditinggalkannya.”
Bentuk-bentuk Muraqabah
Ada beberapa bentuk muraqabah;
- Mengingati Allah dalam keadaan berdiri duduk dan baring dan memikir atas kejadian langit dan bumi, seraya berkata hai! tuhanku tidaklah kau menjadikannya dengan sia-sia maha suci engkau dari segala yang sia-sia dan luputkan oleh mu akan kami dari siksaan api neraka firman Allah mathfumnya:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [Surah Ali ‘Imran: 190-191] - Melihat atau menilik pada sekelian diri kita zahir dan batin atas penciptaan dan tadbir Allah jua
- Muraqabah dalam menilik segala nikmat dan kebaikan adalah dari Allah jua.
- Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah Subha Nahu wa Taala serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan