.

.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Sheikh Muhammad Baha`al-Din (Tarekat Naqshahbandiyah)

Tarekat Naqshabandiyyah ialah sebuah kumpulan pengamalan kerohanian tasawuf yang di asaskan oleh Shaykh Muhammad Baha` al-Din bin Muhammad bin Muhammad al-Uwaisiy al-Naqshabandiy al-Bukhariy. Beliau dilahirkan di sebuah desa Qashr al-cArifan lebih kurang empat kilometer dari bandar Bukhara, Uzbekistan pada tahun 717H bersamaan 1317M. Beliau meninggal dunia pada tahun 791H bersamaan 1389M.

 Pengaruh tareqat ini sungguh besar dalam dunia Islam dan menjadi anutan serta sumber kekuatan Sultan Murad dan anaknya Sultan Muhammad Al-Fateh menentang kerajaan Konstatinople pada 20 Jamadil Awal 857 Hijrah. Tareqat ini telah berkembang pesat di seluruh Negara Islam termasuklah di Malaysia.

Semasa hayatnya, Shaykh Muhammad Baha` al-Din sempat belajar dan mengambil tarekat daripada Shaykh al-Sharif al-Amir al-Kulal bin Syed Hamzah yang wafat 772H bersamaan 1371M . Beliau juga sempat berguru dengan Shaykh Muhammad Baba al-Samasiy (wafat pada tahun 740H bersamaan 1340M) iaitu tuan guru kepada gurunya, Shaykh al-Amir al-Kulal. Susur galur silsilah pengamalan Shaykh Muhammad Baha` al-Din dikatakan mendasar kepada Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq .

Dengan ini dapatlah diandaikan bahawa pengamalan tarekat ini secara zahirnya dinisbahkan kepada Naqshabandiy mungkin disebabkan wibawanya  yang terserlah dalam situasi pegangan agama masyarakat yang semakin goyah. Ataupun mungkin juga disebabkan oleh keahlian atau kemampuan beliau sebagai seorang mujtahid di dalam bidang dan zamannya yang tersendiri.

Menurut Shaykh Muhammad Amin al-Kurdiy, nama Naqshabandiyyah di ambil daripada dua lafaz arab iaitu نقش dan بند.. Lafaz نقش bermaksud ukiran yang dicop pada sesuatu benda. Manakala lafaz بند pula bermaksud layar atau bendera yang besar. Jadi, singkatan ini membawa maksud ‘gambaran yang tertera pada sesuatu samada pada bendera atau layar yang besar’.

Menurut sebahagian ulama Naqshabandiyyah, nama Naqshabandiy di ambil sempena dengan ahwal penyebarnya yang termasyhur iaitu Shaykh Muhammad Baha` al-Din al-Husainiy al-Naqshabandiy. Diriwayatkan juga bahawa beliau sentiasa melazimi berzikir mengingati Allah  dalam keadaan lafaz ism zat (lafaz al-Jalalah) terukir dihatinya tanpa terpisah sedikitpun. Sesetengah ulama Naqshabandiyyah mengatakan Naqshabandiy itu dinisbahkan kepada tempat kelahiran Shaykh Muhammad Baha` al-Din. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau pernah didatangi Rasulullah  secara rohani ketika berzikir. Lalu Baginda meletakkan tangannya ke atas dada beliau. Lanjutan dari peristiwa ini terukirnya ism zat dihati beliau secara berterusan.

Selebihnya, sebahagian ulama tarekat Naqshabandiyyah berpendapat Naqshabandiy adalah istilah yang lahir sahaja. Hakikatnya ialah gambaran dari lautan makrifat Allah yang tak bertepi diperlihatkan kepada mereka. Bagi penulis, hal seperti ini tentu sukar untuk digambarkan dengan dalil dan fikiran melainkan bagi mereka yang menempuh jalan dan benar-benar merasai geloranya sahaja yang akan mengerti.

Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa tarekat Naqshabandiyah adalah sejenis pengamalan kerohanian yang dinisbahkan kepada pengasasnya yang terkenal iaitu Shaykh Muhammad Baha` al-Din b. Muhammad al-Naqshabandiy al-Bukhariy. Di samping itu, boleh juga diandaikan bahawa penisbahan ini berlaku disebabkan oleh daya kebolehan dan keijtihadan beliau dalam bidang yang diceburinya. Manakala pengamalan kerohanian yang dipraktikkan pula merupakan kumpulan zikir yang bertindak sebagai wasilah untuk menyampaikan diri kepada Allah .

Al-Khalidiyyah pula dinisbahkan kepada cara pengamalan Shaykh Khalid cUthmaniy al-Kurdiy dalam tarekat al-Naqshabandiy. Beliau dilahirkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M di Kampung Karada, Kota Sulaymaniyyah, Iraq. Kepimpinan beliau di dalam tarekat al-Naqshabandiy diiktiraf sebagai mujtahid yang mujaddid pada kurun ke 13 H sehingga diberikan gelaran al-Mujaddidiyyah. Beliau dididik dan dibesarkan di Kota Sulaymaniyyah yang pada waktu itu pusat ilmu yang utama di Iraq. Beliau bermazhab al-Shaficiy dan berasal dari keturunan Sayyidina cUthman bin cAffan. Beliau mempelajari Al-Quran dan Tafsir Imam al-Rifaciy dan sangat masyur dengan gelaran seorang penyair. Ketika berumur lima belas tahun beliau mula hidup secara berzuhud.

Shaykh Khalid mula mempelajari ilmu dengan dua orang ulama besar iaitu Shaykh cAbd al-Karim al-Barzanjiy dan Shaykh cAbd Rahim al-Barzanjiy. Beliau juga belajar dengan Mulla Muhammad Saleh. Beliau juga turut mempelajari ilmu duniawi seperti ilmu hisab, falsafah dan mantiq. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad dan mempelajari pula kitab Mukhtasar al-Muntaha, iaitu satu ensiklopedia dalam bidang usul feqah.

Tidak cukup dengan itu, beliau mempelajari pula kitab-kitab karangan Imam Ibn Hajr al-cAsqalaniy, Imam al-Suyutiy dan Imam Ibn Hajr al-Haithamiy. Seluruh kitab tafsir al-Baidawiy dihafalnya. Dengan ilmunya, beliau dapat menyelesaikan banyak permasalahan feqah dengan mudah. Beliau dikatakan menguasai semua empat belas jenis qiraat dan menjadi masyhur di mana-mana sahaja dengan kemampuan ini.

Shaykh Khalid kemudiannya mula berkhalwat dan meninggalkan semua pengajiannya untuk mencari Allah dengan melakukan ibadat dan zikrullah samada secara jahr mahupun sir. Saat itu, dia mula menghentikan kebiasaannya menziarahi sultan-sultan dan menyendiri bersama murid-muridnya sehingga tahun 1220M bersamaan 1806M. Beliau kemudiannya berpindah ke India pada tahun 1224H/1809M melalui bandar Ray, Teheran dan beberapa kota lain di Iran. Di India, beliau telah dibaycah oleh shaykhnya iaitu Shaykh cAbd Allah al-Dahlawiy.

Beliau kemudiannya mempelajari ilmu hadis, tafsir, tasawwuf dan lain-lain ilmu dari Shaykh Abd cAllah al-Dahlawi. Beliau diberikan keizinan untuk mengajarkan ilmu-ilmu tersebut kepada murid-muridnya pula. Dia juga telah menghafaz kitab Imam Hadis Dua Belas. Dengan kemampuannya, beliau akhirnya telah diijazahkan dengan lima macam tarekat. Antaranya, tarekat Naqshabandiah, tarekat al-Qadiriyyah, tarekat Suhrawardiyyah, tarekat Kubrawiyyah dan tarekat Chistiyyah. Beliau meninggal dunia pada hari Jumacat 13 Zulqacedah 1242H bersamaan 1827M.

Akan tetapi, selepas daripada zaman Shaykh Khalid cUthmaniy al-Kurdiy, penisbahan ini amat sinonim untuk tarekat al-Naqshabandiah al-Khalidiyyah. Maka dengan kedudukan ini terbentuklah tarekat al-Naqshabandiah al-Khalidiyyah hingga sekarang . Maksudnya tidak berlaku apa-apa nisbah perubahan lagi terhadap pimpinan tarekat ini kerana syarat penisbahannya begitu ketat dikalangan mashaikh tarekat. Hal ini diambil kira bagi mengelak sebarang pengurangan, penambahan dan penyelewengan serta pandangan serong masyarakat terhadap aliran tarekat Naqshabandiah.

 Secara jelasnya, penisbahan itu berlaku disebabkan keijtihadan dan kewibawaan pemimpin berkenaan di dalam tarekat Naqshabandiah pada kedudukan dan zaman yang tertentu. Walau bagaimanapun, penisbahan tarekat Naqshabandiah al-Khalidiyyah dilihat lebih mononjol dan meluas rangkaiannya di alam Nusantara. Demikianlah rumusan mengenai tarekat Naqshabandiah al-Khalidiyyah yang menjadi fokus kepada kajian ini.



 SILSILAH TAREKAT NAQSYABANDIYAH ALQOLIDIYAH
 Tarekat ini Bermula dari Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW dan selanjutnya diteruskan oleh Sahabat beliau dan terus sampai pertalian kebawahnya :


1 Sayyidina Abu Bakar Siddiq radiyallhu ta’ala anhu (r.a.).Gelar As – Siddik yang berarti benar dan membenarkan kebenaran, dan melaksanakan kebenaran itu dalam perkataan dan perbuatan, lahir maupun batin, beliau adalah khalifah pertama dari Khulafaur Rasyidin.Dari beliau turun kepada,

2 Sayyidina Salman A – Farisi r.a.Beliau adalah murid utama Sayyidina Abu Bakar dan terkenal sebagai tokoh sufi dan tokoh ilmu alam, ilmu falak yang kenamaan.Dari beliau turun kepada,

3 Al Imam Sayyidina Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar AS Siddiq r.a Dari beliau turun kepada,

4 Al Imam Sayyidina Ja’far As Shadiq r.a.Imam Ja’far adalah anak cucu Sayyidina Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar Siddik r.a beliau terkenal sebagai ahli kesusasteraan dan ahli hukum dan karena keahliannya itu,serta kebenaran dan kesuciannya, menyebabkan dia sangat dihormati.Dari beliau turun kepada,

5 Al ‘Arif Billah Sultanul Arifin Asy Syekh Thaifur bin Isa bin Adam bin Sarusyan.Yang dimashurkan namanya dengan Asy Syekh Abud Yazid Al – Busthami quddusasirruhu (q.s) Gelar Sultanul arifin bearti imam besar, orang yang mengetahui, imam tasawuf, pemimpin besar yang pertama dalam tarekat keturunan Sayyidina Abu Bakar Siddiq r.a

6.Al ‘Arif Billah Asy Syekh Abul Hasan Ali bin Abu Ja’far Al Kharqani q.s.Keistimewaannya dia sangat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya, dan dari beliau turunkepada penghulu sekalian quthub.Dari beliau turun kepada,

7 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Abu Ali Al – Fadhal bin Muhammad Aththusi Al Farimadiq.s.Dari beliau turun kepada Wali Allah,

8 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Abu Yakub Yusuf Al – Hamadani bin Ayyub Bin Yusuf binAl – Husain q.sNama lain beliau adalah Abu Ali As Samadani.Dari beliau turun kepada Wali Allah, yaitu,

9 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Abdul Khaliq Al-Fajduwani Ibnu Al Imam Abdul Jamil q.s.Beliau itu nasabnya sampai kepada Al Imam Malik bin Anas r.a. dari beliau turun kepadaquthub penghulu sekalian Wali Allah yaitu ,

10 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Ar Riwikari q.s.Dari beliau turun kepada hamba Allah, kepada daripada sekalian guru guru yaitu,

11 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Mahmud Al – Anjir Faqhna
Beliau adalah aulia Allah yang mempunyai sifat dan perangai sempurna dalam menuntutridla Allah dan sempurna abdinya kepada Allah azza wajallah, dari beliau turun kepadawali yang sangat kasih akan Tuhannya yang ghani, yaitu,

12 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Al Ar RamitaniYang dimashyurkan namanya dengan Asy Syekh Azizan q.s. Dari beliau turun muridmurid yang sangat tinggi ilmu tarikat dan makrifatnya. Dari beliau turun kepada penghulu sekalian Wali Allah, yaitu,

13 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Muhammad Baba As Samasi q.s.Beliau adalah seorang aulia Allah dari keturunan Tionghoa, Beliau senantiasa mujahadahdan musyahadah kepada Tuhan dan beliau adalah penghulu sekalian wali wali Allah,Syekh Muhammad Baba As Samasi q.s hidup dalam satu zaman dengan Asy Syekh AliAr Ramitani dan denga Syekh Abdul Qadir Jaelani q.s dari beliau turun kepada raja yang besar lagi sayyid, kepada sekalian guru guru yaitu,

14 Al ‘Arif Billah Asy Syekh Sayyid Amir Kulal bin Sayyid Hamzah q.s.Syekh Sayyid Amir Kulal adalah raja di tanah Arab yang besar dan dia bergelar sayyidmempunyai keturunan bangsawan, dan beliau adalah guru hakikat dan makrifat, dari beliau turun kepada wali Allah yang mashyur keramatnya dan makmur, ialah imamTarekat Naqsyabandinyah yang terkenal namanya dengan Syah Naqsyabandy, yaitu,

15 Al’Arif Billah Asy Syekh As Sayyid Bahauddin Muhammad bin Muhammad binMuhammad Asy Syarif Al Husaini Al Hasani Al Uwaisi Al Bukhari q.s.Beliau meletakkan dasar dasar zikir qalbi yang sirri, zikir batin qalbi yang tidak berbunyidan tidak bergerak, dan beliau meletakkan kemurnian ibadat sematamata lillahi ta’ala,tergambar dalam doa beliau yang diajarkan kepada murid-muridnyaIlahii antamakshuudi waridlaaka mathluubi” . 
Secara murni terus menerus ibadat ThariqatusSirriyah zaman Rasulullah, Thariqatul Ubudiyah zaman Abu Bakar Siddiq dan Thariqatus Siddiqiyah zaman Salman Al Farisi, Beliau amat mashyur dengan keramat – keramatnya dan makmur dengan kekayaannya, lagi terkenal sebagai wali akbar dan waliquthub yang afdlal, yang amat tinggi hakikat dan makrifatnya. Dari murid- murid dahulu sampai dengan sekarang, banyak melahirkan wali wali besar di timur maupun di barat,sehingga ajarannya meluas keseluruh pelosok dunia, Beliau pulalah yang mengatur  pelaksanaan Iktikaf atau suluk dari 40 (empat puluh) hari menjadi 10 (sepuluhhari, yang dilaksanakan secara efisien dan efektif, dengan disiplin dan adab suluk yang teguh.

Seterusnya :
16).SHEIKH MUHAMMAD ALAUDDIN A'THARI, 
17).SHEIKH YAAKUP CHARKI, 
18).SHEIKH ABDULLAH AHRARI SAMAR QANDI, 
19).SHEIKH MUHAMMAD ZAHIDI, 
20).SHEIKH DARWIS MUHAMMAD, 
21).SHEIKH MUHAMMAD KHAUJAKI AMKANAKI, 
22).SHEIKH MUHAMMAD BAQI BILLAHI, 
23).SHEIKH MUHAMMAD FARUQI SARHINDI, 
24).SHEIKH MUHAMMAD MAKSOM, 
25).SHEIKH SHAIFUDIN, 
26).SHEIKH NUR MUHAMMAD BADAWANI, 
27).SHEIKH SHAMSUDIN HABIBULLAH JAN JANANI, 
28).SHEIKH ABDULLAH DAHLAWI, 
29).SHEIKH MAULANA KHALID QARDI, LAHIR 1193 WAFAT 1239H, 
30).SHEIKH ABDULLAH AFANDY, 
31).SHEIKH SULAIMAN QARIMI, 
32).SHEIKH SULAIMAN ZUHDI, yang menetap di Jabal Qubis, Makah Al-Mukarramah.
33).SHEIKH ABD WAHAB ROKAN AL-KHOLIDI, (Babussalam, Sumatera)

34) SEIKH DAUD ROKAN (Anak SHEIKH ABD WAHAB ROKAN- Babussalam)
35) SHEIKH OTHMAN  (Madrasah Pt.Ju Batu Pahat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan