الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء
Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma� ertinya mengesakan allah ta�ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan (shahadan) bermula kifiyat mengesakan allah ta�ala pada segala asma�nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahawasanya segala asma� itu kembali kepada ia kepada esa allah ta�ala ya�ni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma� iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya allah ta�ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada allah ta�ala maka sebab itulah kembali segala asma� itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu wata�ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma� dan zhohir ia dengan dia itu satu jua ya�ni bahawasanya segala asyia� itu kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala asyia� itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul maha tinggi allah ta�ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua (ada pun) allah subhanahu wata�ala itu maha suci dan maha tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap2 sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta�ala akan dikau pada barangyang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barang yang kami mithalkan akan dia itu.(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta�ala atasmu menselak2 daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri ahadiyah allah ta�ala
petikan dari :
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t61-syarah-kitab-darul-nafis-karangan-as-syeh-muhammad-nafis-ibn-idris-al-banjari#1087
Tiada ulasan:
Catat Ulasan