.

.

Ahad, 6 Oktober 2013

Ilmu Tasauf Fardu Ain Perentah Untuk Dituntut

Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau sakit batinnya melainkan para Nabi”.

Setengah al-Arifin berkata: “Barangsiapa tiada baginya ilmu kaum ini, yakni ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya su’ul khatimah yakni mati di dalam maksiat”.

Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili: “Barangsiapa tiada masuk lagi mahir di dalam ilmu ini, yakni ilmu tasauf nescaya mati ia padahal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”.

Kata Syeikh Ibnu Abbad dalam syarah Hikam: “Dan inilah yakni ilmu tasauf inilah segala ilmu yang sayugianya bagi manusia bahawa dikaramkannya di dalamnya akan umurnya yang lanjut pada menuntutnya, dan jangan memadai daripadanya dengan banyak apakan lagi kalau hanya dengan sedikit”

Adapun kadar fardu ain pada ilmu batin itu yakni ilmu tasauf maka iaitu mengetahui barang yang sejahtera dengan dia segala amal yang zahir daripada fasad(rosak), dan sejahtera daripada yang membatalkan pahalanya, seperti bahawa seorang apabila solat ia serta riya’ atau ujub atau sum’ah atau barang sebagainya maka membatalkan ia akan pahala solatnya itu.

Wajib hukumnya mencari al-warits al-Muhammadi(guru yang Mursyid) untuk mempelajari adab dan fadhilat dan mengenali aib2 yang tersembunyi dan peyakit2 hati.Akan tetapi mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk mencari dan mengenal guru yang mursyid.Apakah syarat2 dab sifat2 guru mursyid?

Ketika seseorang tolib berhajat kepada mursyid seperti perasaan seorang pesakit berhajat kepada doktor, maka ia perlu menguatkan azamnya dan membetulkan niat dan bertawajjuh kepada Allah Taala dengan hati yang tadharru’.Lalu menyeruNya di tengah malam dan berdoa dalam sujudnya dan selepas solat dengan doa begini:
اللهم دلني على من يدلني عليك واوصلني الى من يوصلني اليك.

Maksud: “Ya Allah, tunjukilah daku kepada orang yang akan menujukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah aku kepada orang yang menyampaikan daku kepadaMu”.

Setelah itu dia mesti mencari Mursyid di negerinya dan jangan terpedaya dengan dakwaan sesetengah orang bahawa guru Mursyid Murabbi sudah tiada di zaman ini.Sekiranya tidak ditemui Mursyid di bandarnya maka dia mesti mencari di bandar2 yang lain.Bukankah kita lihat seorang penderita penyakit zahir sanggup bermusafir ke Negara yang jauh untuk berubat mencari doctor pakar.Maka mengubati hati dan ruh lebih memerlukan kepada doktor2 yang lebih mahir daripada doktor2 jisim.

Bagi mursyid perlu ada 4 syarat untuk memandu manusia:
1) Mestilah alim dengan hukum2 fardhu ain.
2) Mestilah seorang yang Arif Billah
3) Mahir cara-cara tazkiah nafsu dan wasilah tarbiah
4) Telah mendapat keizinan mengijazahkan daripada guru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan