1-Zikir Darajat
2-Zikir Hasanat
•
Para mujtahid sufiyah menumpukan usaha mereka secara khusus dalam ilmu dan amalan zikrullah dengan digariskan berbagai adab dan kaedah amalannya yang akhirnya ilmu dan amalan zikrullah yang diijitihadkan itu dinisbahkan kepadanya.Maka wujudlah berbagai nama tarekat seperti Naqshabandiah,Qadiriah,Ahmadiah,Satariah dan lain-lain lagi.berbagai aliran tarikat tersebut dari stu sudut samalah seperti wujudnya berbagai mazhab fekah;Hanafi,Maliki.Shafi'e dan Hambali.

Kini zaman Nabi s.a.w telah berlalu lebih dari 14 abad yang bermakna banyak ilmu yang hilang berikutan kewafatan para ulamak.Tidak semua yang mereka ketahuai,fahami dan amalkan dapat kita warisi sepenuhnya.Abu Talib Makki (w.386 H) dalam kitabnya ,Qutul-Qulub menyatakan bahawa di abad ke 4 hijrah telah berlaku salah faham uamat islam menganai berbagai amalan islam sehingga sesetengah amalan yang diamalkan oleh orang ramai telah lari jauh dari kebenaran.Pengkhususan dalam pengajian islam menyebabkan kebanyakkan ulamak sekarang hanya dapat mengetahui dan memahami sesuatu bidang sahaja.Semua faktor-faktor tersebut di samping berbagai faktor lain menyebabkan ilmu dan amalan zikrullah menjadi luput secara beransur- ansur Akhirnya ianya menjadi satu amalan yang paling kontroversi dan selalu dihubungkan dengan amalan bid’ah dan sesat.

Syaitan yang menjadi musuh ketat manusia memang sentiasa menyesatkan manusia.Syaitan mengadakan berbagai ilmu dan amalan tiruan atau mencampur-adukkan unsur-unsur batil dalam ilmu dan amalan islam.Faktor tersebut menyebabkan ilmu dan amalan zikrullah mudah bertukar dari sunnah kepada bida'ah,dari hak kepada bathil.Disebabkan kejahilan juga makaamat sukar untuk menentukan yang hak yang bathil, sunnah dan bida'ah.Akhirnya kita ambil jalan mudah dengan menolak semua jenis amalan zikrullah, semua tarikat, walaupun disudut hati kesedaran adanya tarikat mu'tabarah.Dengan kurnia, rahmat dan hidayat Alah yang dibawa dari salsilah guru-guru yang murshid lagi arifbillah semoga sebagaian catatan ini dapat menjelaskan dan memberikan garis panduan dalam usaha kita memelihara kebenaran ilmu dan amalan zikrullah dari berbagai tarikat sufiah. Tidak dinafikan ujudnya percangahan ini apabila adanya segelintir pihak yang tanpa memperdulikan adab sebagai seorang yang ahlinya lagi rabbani bagi diberi pentauliahan sebenar dari Sheikh yang muktabar lagi bersalsilah untuk membawa atau memimpin amalan tersebut tanpa mengikut segala adab peraturan wibawa sheikh yang murshid.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan