• HIKMAT ZIKRULLAH
Ibnu Qayyim telah menerangkan sebuah kitab bernama Al Wabil-al shayyib yang menjelaskan mengenai kelebihan zikir.Beliau menyatakan bahawa zikir mempunyai kira-kira lebih daripada seratus faedahnya.Diantaranya yg dapat kami utarakannya ialah;
1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkannya.
2. Zikir menyebabkan Allah Taala redha
3. Zikir menghilangkan perasaan dukacita
4. Zikir melapang dan menenangkan hati
5. Zikir menguatakn rohani dan jasmani
6. Zikir menjadikan hati dan wajah bercahaya
7. Zikir menyebabkan murah rezeki
8. Zikir menanpakkan kehebatan dan kegagahan kepada orang yang memandang wajah org yyang berzikir
9. Zikir melahirkan perasaan cinta sejati terhadap Allah kerana cinta merupakan roh islam,jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagian.barangsiapa ingin mendapatkan cinta Ilahi itu,maka hendaklah ia berzikir sebanyak- banyaknya.sebagaimana mentelaah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu,demikianlah zikrullah itu merupan pintu kecintaan kepada Ilahi
10. Zikir menghasilkan hakikat muraqabah dan muraqabah itu menyampaikan seseorang kepada maqam ihsan.dengan adanya maqam ihsan ,maka seseorang dapat beribadah kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatnya.(keadaan inilah yang merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi)
11. Zikir menjadikan seseorang itu bersifat inabah iaitu menyerahkan dirinya zahir dan batin hanya kepada Allah Taala semata-mata.
12. Zikir menyebabkan turunnya sakinah (ketenangan)dan para malaikat melingkungiorang yang berzikir sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis.
13. orang yang berzikir tergolong ari golongan orang-orang yang berbahagia termasuklah orang yang mendampingi mereka.Sebaliknya orang yang lalai dan mengerjakan yang sia-sia adalah tercampak ke kancah kecelakaan.Demikian juga orang yang menyertai mereka itu.
14. zikir merupakan suatu ibadah yang ringan dan mudah,namun ia adalah lebih afdhal dan utama daripada sekelian ibadah kerana mengerakkan lidah itu lebih mudah daripada mengerakkan seluruh badan.
15. Zikir merupakan sebuah pohon yang setiap masa menghasilkan buah makrifat(sama ada ahwal dan maqamat).Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin kukuh akarnya dan akan bertambah buah kesedaran tauhidnya.

walllahu'alam
•
Tiada ulasan:
Catat Ulasan