.

.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tuan Guru Sheikh Wahab Rokan Telah Sampai Ke Batu Pahat

ALMAHRUM SYEKH ABDUL WAHAB ROKAN lebih terkenal dengan sebutan "Tuan Guru Babusalam" adalah seorang ulama terkemuka dan pahlawan nasional yang tergolong perintis kemerdekaan untuk negara Indonesia dari penjajahan Belanda.

Sebahagian besar dari usianya untuk menegakkan syiar agama, beliau telah membuka dan membangunkan beberapa desa di Sumatera terutama sekali di Babussalam, Tanjung Pura, Langkat Sumatera. Pembangunan tanah tersebut yang telah diterokai beliau adalah dari kurniaan oleh Sultan Langkat seluar hamper 20 km persegi.Sultan Langkat juga merupakan anak murid beliau, tanah tersebut berstatus otonomi sehinggalah sekarang ini telah dibangunkan dengan segala kemudahan seperti mushalla, asrama-asrama, balai kesihatan, dan bangunan-bangunan keperluan lainnya.

Sebagai seorang ulama ia tidak kurang dalam meninggalkan jasa terhadap kemerdekaan, hubungan rapat beliau dengan tokoh-tokoh pergerakan Islam seperti H.O.S Cokroaminato dan Raden Gunawan yang telah menubuhkan parti Islam PSII.
Sebagai seorang ulama, belaiau telah berjaya membangunkan sebuah perkampungan yang berstatus otonomi yang mempunyai peraturan perundangannya sendiri pada saat pemerintahan kolonial Belanda, kekaguman kerajaan Belanda waktu itu terhadap usaha beliau sehingga beliau telah dianugerahi bintang kehormat dari kerajaan Belanda.
Tuan Guru Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah anak kepada Abd manap B. M, Yasin Bin Maulana Tuanku Hj Abdullah Tembusai. Sewaktu kecilnya belaiu dikenali sebagai Abul Qasim, ibunya bernama Arbaiyah, beliau dilahrkan pada tanggal 10 Rabiulakhir 1230H bersamaan 28 September 1811 dikampung Danau Runda, Rantau Binuang Sakti, Negeri Tinggi, Rokan Tengah, Riau Sumatera.
Datuknya Haji Abdulah Tembusai terkenal sebagai seorang alim besar, waraq, soleh cukup terkenal dikalangan masyarakat Tembusai, Tuan Guru Sheikh Abd Wahab Rokan berperwatakan sederhana, pakaianya sering berwarna putih dan kadang-kadang hijau, warak, zahid, rendah hati, sikapnya yang tegas dan adil dalam menjalankan peraturan dan hukum, jujur pemurah dan baik hati, tidak bersifat mementingkan diri lebih utamakan membangunkan kepentingan umum.
Diatara sifat dan amalanya setiap hari :
  1. Istiqamah dalam setiap amalan dan pekerjaannya
  2. Mengekalkan solat berjemaah
  3. Berkekalan dalam zikrullah
  4. Berkekalan dalam beruduk
  5. Bersedekah setiap hari
  6. Tidak berkata kepada yang sia-sia
  7. Tidak cinta kepada dunia
  8. Pakaiannya lengkap, putih dan sentiasa berserban
  9. Kasih kepada mereka yang berbuat taat
  10. Marah dan tidak suka  kepada mereka yang merokok dihadapannya terutama anak-anak muridnya
  11. Berjalan sentiasa bertongkat
  12. Bersikap sama terhadap semua anak-anak muridnya
  13. Mengajar kitab-kitab agama setiap pagi, atau sesudah solat magrib
  14. Pada setiap pagi jumaat beliau akan bertadarus quraan selama 3 jam
  15. Sesudah solat isyak beliau tidur dan bangun awal malam hingga ke subuh. duduk berzikir.
  16. Sangat rajin membantu fakir miskin
  17. Tidak memutuskan harapan orang yang neninta
Beliau mula berguru dengan Hj.M Saleh, seorang alim besar dari Minangkabau dalam pengajian alquraan.
Berguru pula dalam pengajian kitab Arab, nahu saraf, lughah, bayan, mantik, maani, balaghah, arudh, istiqaa dan sebagainya.
Mendalami bidang  tauhid, fekah tasauf dan tarikat dengan Maulana Sheikh Abdullah Halim, Sultan Abdul Wahid Tembusai, Syekh Muhammad Saleh Tembusai. Diatara kitab-kitab pengajian yang telah dipelajari  oleh beliau seperti Fathul Qarib, Minhannjul Thalibin, Iqna', Tafsir Al Jalalain, 
Sebagai puncak dari kemajuannya dalam menuntut ilmu ini beliau telah mendapat gelaran dari gurunya sebagai "Fakih Muhammad" beliau ke Singapura menemui Habih Noh, dari Singapura beliau kemudian menaiki kapal ke Jedah Mekah unutk menyambung pengajianya disana, di Mekah beliau berguru kepada Sheikh M. Yunus Bin Abd Rahman Batu bara, Syekh Zainuddin Rawa, Syekh Ruknuddin Rawa, tinggal di Qararah dekat Baitullah, kemudian beliau berguru pula kepada Saidi Syarif Dahlan seorang mufti ahlul sunnah,
Beliau kemudian mendalami ajaran ilmu tasauf dari gurunya Sheikh M Yunus kemudian belajar pula dari Sheikh Sulaiman Zuhdi Jabal Abi Kubis. Sheikh Sulaiman Zuhdi adalah pemimpin tharikat Naqzsabandiayah yang terkenal sewaktu itu. Sheikh Abdul Wahab Rokan seorang yang tekun dan kuat beramal seperti berzikir, bertafakur duduk didepan Ka'bah dikatakan dari Magrib hingga ke Subuh hingga beliau telah diyakini guru beliau bagi mengijazahkan beliau menjadi seorang guru mursyid  bagi mengembangkan pula di Nusantara, belaiu telah diberi gelaran sebagai Sheikh Abd Wahab Rokan Al Khalidi Naqsyabandi. Setelah 6 tahun mengaji ilmu di Mekah beliau dikatakan pergi ke Madinah menziarahi Makam Rasulullah dan berdoa disana diatara doa beliau mohon keberkatan doa dari  Rasulullah dan dengan izin agar beliau diberi kemudahan oleh Allah menyebarkan ilmu yang telah dipelajarinya untuk dikembangkan di Nusantara.
Pada tahun 1285 H (1869M) beliau telah membangunkan sebuah kampung diwilayah Kubu, dinamainya " Kampun Masjid" dari kampung ini pengarannya terus tersebar ke serantau Sumatera dan Malaysia.
 Tuan Guru Sheikh Abdul Wahab Rokanmeneruskan perjalanan menyebarkan agama ke Perak, Melaka dan ke Batu Pahat Johor. Diantara anak muridnya dari Batu Pahat Hj.Zakaria dan Hj Usman telah melanjutkan pengajian di Mesir kemudian kembali ke Babusalam.
Selain memimpin jemaah  Sheikh Abdul Wahab Rokan telah membangunkan projek pertanian, ternakan dan percetakan di  Babussalam.
Di anntara murid beliau yang terkenal telah dilantik sebagai guru mursyid di Malaysia.
  1. Tuan Guru Sheikh Umar Al-Khalidi (Pahang)
  2. Tuan Guru Sheikh Zakaria (Batu Pahat).
  3. Tuan Guru Sheikh Muhammad (Batu pahat)
  4. Tuan Guru M. Said (Kelantan)
  5. Tuan Guru Haji M. Saleh (Kelang)
  6. Tuan Guru Sheikh Hj Usman (Batu Pahat)
Murid-murid yang datang menuntut ilmu dengan beliau selain datang dari Indonesia ada juga yang datang dari Siam, Cina Singapura, India, sementara di Babussalam ada bangunan asrama yang telah dibina untuk asrama penuntut antaranya di berinama sebagai rumah Batu Pahat,  boleh menempatkan seramai 150 orang pada satu masa.
Tuan Guru Sheikh Abd Wahab Rokan telah pulang kerahmutullah pada tanggal 27 Disembrer 1926 (21 Jamadil Awal 1345 H)

 INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH AL-KHOLIDIAH
1).MUHAMMAD RASULLULLAHHU ALAIHIWASSALAM PENGHULU SELURUH ALAM.BELIAU MENUMPAHKAN RAHSIA INI KEPADA;
2). ABU BAKAR AS-SIDIQ RADIALLAHUAN.
3). SALMAN AL-FARISY RADIALAHHUAN KEMUDIAN KEPADA;
4). QASIM BIN MUHAMMAD B.ABU BAKAR AS-SIDIQ R.A,
5). IMAM JAAFAR SIDIQ R.A,
6). ABU YAZID BUSTAMI R.A,
7). ABU HASSAN KHARQANI R.A,
8). ABU ALI FRMADY R.A,
9). SHEIKH YUSUF HAMDANI QADASSALLAH,
10).SHEIKH ABD.KHALID FAJADUANI,Q.S
11).SHEIKH ARIF RIYAU GHARI Q.S,
12).SHEIKH MAHMUD ANJARI A.S,
13).SHEIKH ALI RAMATHANI Q.S,
14).SHEIKH MUHAMMAD BABUSSAMASI,
15).SHEIKH AMIR KULALI,
16).SHEIKH BAHAUDIN SHAH NAQSABANDI,
17).SHEIKH MUHAMMAD ALAUDDIN A'THARI,
18).SHEIKH YAAKUP CHARKI,
19).SHEIKH ABDULLAH AHRARI SAMAR QANDI,
20).SHEIKH MUHAMMAD ZAHIDI,
21).SHEIKH DARWIS MUHAMMAD,
22).SHEIKH MUHAMMAD KHAUJAKI AMKANAKI,
23).SHEIKH MUHAMMAD BAQI BILLAHI,
24).SHEIKH MUHAMMAD FARUQI SARHINDI,
25).SHEIKH MUHAMMAD MAKSOM,
26).SHEIKH SHAIFUDIN,
27).SHEIKH NUR MUHAMMAD BADAWANI,
28).SHEIKH SHAMSUDIN HABIBULLAH JAN JANANI,
29).SHEIKH ABDULLAH DAHLAWI,
30).SHEIKH MAULANA KHALID QARDI, LAHIR 1193 WAFAT 1239H,
31).SHEIKH ABDULLAH AFANDY,
32).SHEIKH SULAIMAN QARIMI,
33).SHEIKH SULAIMAN ZUHDI, yang menetap di Jabal Qubis, Makah Al-Mukarramah.
34).SHEIKH ABD WAHAB ROKAN AL-KHOLIDI, yang menetap di Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara, Indonesia.

2 ulasan: